Loading...

Tuesday, 14 July 2015

BUTTER PRAWN SEDAP

             
  
          Salam Ramadhan buat semua...diam tak diam dah masuk akhir bulan Ramadhan dah..cepat je masa berlalu kan...Alhamdulillah..kali ni Alya dah mula berpuasa ..cuma sehari je dia tak puasa hari tu sebab aku tak bangun sahur. Seronok bila tengok dia makan banyak-banyak time berbuka dan juga waktu Sahur..kadang-kadang tu, waktu sahur pun dia boleh tambah sampai 3 pinggan.Bila anak dah suka makan banyak-banyak..kita sebagai ibu kenalah masak makanan kegemaran dia.Kebetulan minggu lepas hubby ajak pergi pasar Pasir Penambang di Kuala Selangor..ni first time kami pergi.Yang excited si Alyalah...dia lah yang pilih ..udang..ketam..sotong....Selain tu aku belikan jugak ikan kembung, ikan bawal dan cencaru . Dari pasar tu , sampai rumah dah jam 5 ptg..so masa tu aku terus je masak ketam cili padi dengan ikan bakar dan sotong bakar.Memang sedap sangat bila dapat makan seafood yang fresh .Semalam pulak ..masak ikan bakar dan udang butter.Memang puas hati dapat makan udang yang besar-besar gedabak..yang makan paling banyak..dah tentulah Alya hehehe. Untuk resepi udang butter ni..aku guna resepi Kak Azlita masam manis. Memang sedap..just ikut je resepi step by step..memang tak rasa pun sebab puasakan..tapi alhamdulillah...memang bila makan masa buka puasa tu..rasanya memang sedap.Alhamdulillah.Resepi asal kat  sini

BUTTER PRAWN TERLAJAK LARIS

15 ekor udang segar yang besar atau sederhana besar. ( jumlah bergantung pada besar keluarga)
Buang bahagian yang tajam di muncungnya, di atas kepala dan di bahagian ekor dengan gunting.
Guntingkan juga kakinya
Guntingkan cengkerang belakang dan belah, keluarkan selaput atau tali hitam di situ
Kemudian cuci bersih udang dan toskan airnya.

Tambahkan
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
2 sudu besar tepung jagung atau tepung kentang

gaulkan semua bahan ini bersama udang.
Panaskan minyak yang banyak, dan goreng udang secara terendam hingga merah keemasan.
Angkat udang dan toskan minyaknya.
Ketepikan

Bahan Floss ( kuning telur)
4 biji kuning telur
1/2 sudu teh secukup rasa / serbuk pati ayam
secubit garam
secubit gula
3 tangkai daun kari di raut 

Pukul semua bahan kecuali daun kari bersama kuning telur
Dalam kuali panaskan 1 senduk minyak jagung dan 1/2 buku butter
Bagi mereka yang menjaga kesihatan, kalau tak nak guna butter guna semua minyak jagung pun boleh
Panaskan minyak dan butter.
Tuangkan kuning telur dengan kaedah mengangkatnyanya pada kedudukan yang tinggi dan bila ia jatuh dalam kuali tu ia halus.
Sementara itu senduk telah tersedia di tangan sebelah lagi untuk segera mengacau.
Bila dah tuang terus kacaiu dengan belakang senduk tanpa henti.
Kemudian masukkan daun kari dan terus kacau hingga ia berbuih
Bila dah kekuningan, tuangkan dalam tapis dan tuskan minyaknya.
Ketepikan 

Ada dua kaedah nak buat floss ni, satu menggunakan api yang panas. Dan satu kaedah lagi menggunakan api yang perlahan. Terpulang pada anda nak ikut cara yang bagaimana

Bahan Tumis

3 tangkai daun kari ~ di raut dari tangkai dan hiris halus
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 tangkai cili padi ~ di hiris
1/2 cawan susu cair 
garam dan gula secukup rasa

Anda boleh gunakan baki minyak goreng telur tadi
atau ambil 1 senduk kecil butter dan panaskan
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau
Tambahkan susu cair 
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan udang dan gaul mesra.
Bila dah masak angkat dan hidangkan di dalam pinggan
tuangkan floss telur tadi
Sedia di nikmati.





































7 comments:

  1. terima kasih kongsi resipi..ni ratah saja pun lazat..

    ReplyDelete
  2. Sungguh menggugat betol melihat udang butter itu....huhuhu... saya x brani nak buat tp suka makan .. coz takut x jadi msa nak carik2 telor tu

    ReplyDelete
  3. Ni klau oder kat kedai rabak poket klau nak puas makan

    ReplyDelete
  4. Ñi klau nak makan kat luar memang rabak poket Wa

    ReplyDelete
  5. dapp ermm..lya biasa mkn kt kedai..nk buat sndri mmg x jadi sarang dia tu

    ReplyDelete
  6. Suka makan butter prawn...sedap...

    ReplyDelete