Loading...

Saturday, 13 February 2016

Resepi Shell Out

Salam buat teman-teman..lama entry ni duk dalam folder draf :) 






      Idea nak bershell out ni datangnya bila adik Wa yang kerja kat Singapore tu whats up kata nak datang rumah cuti tahun baru hari tu ..katanya nanti bolehlah dia  belanja makan kat Jeram...mmmmm tempat ikan bakar yang bagi aku agak mahal ataupun bolehlah kita masak-masak katanya..untung dapat adik lelaki yang rajin masak dan rajin serba-serbi ni. So..bila diskuss ngan adik Wa yang tinggal satu taman dengan Wa ni..kitorang prefer lagilah masak je kat rumah..sebab anak-anak ni memang tengah lasak dan tak duduk diam. Then aku cakaplah..jomlah kita bershell out ..kalau setakat nak makan dua orang memnag malas nak masak-masak ala shell out ni. Tapi memang nampak menggoda betul bila tengok gambar shell out kat fb huhu.

        Untungnya rumah Wa ni setengah jam je nak ke Pasar Pasir Penambang kat Kuala Selangor. Walaupun taklah murah tapi dapat beli seafood yang fresh tu yang penting.
        So , pagi tu , adik-adik Wa gi beli barang basah ..manakala Wa lak prepare bahan-bahan nak masak .

       Untuk makan lima dewasa dan tiga anak-anak ..diorang beli dua ekor ikan siakap ,Ketam sekilo setengah , Udang harimau  , Udang lipan ..tak berapa direkomen sangat beli udang ni..sebab bila siang , tinggal sikit je isinya..sob-sob , Sotong .Memang jimat  dan kerang gergasi hahaha..sebab memang besar sangat kerang tu,,memang puas makan.Cuma yang tak ada masa tu lala..kalau ada lala lagi bestt :)Total kos semua ni dalam RM 100 lebih sikit je okey,,jimat kan 


   Sebab first time nak bershell out , kami pun googlelah resepi dulu . Bila google resepi shell out ni macam-macam cara diorang buat rupanya. Ada yang guna satu pes asas..dan masak semua makanan tu guna pes asas tu . Tapi aku rasa macam tak best pulak ..sebab semuanya rasa lebih kurang sama je.So..merangkap ketua chef hari tu kui kui kui...nilah resepi yang telah aku pilih untuk hidangan malam tu.


Ketam
Ketam ni dimasak oleh chef Akman :)

Mula mula kena buat pes dulu.

Bahan Pes : Blender Cili kering direbus + bawang besar + bawang merah + bawang putih + halia kemudian ditumis dgn sedikit minyak dan dua tiga asam keping.

( Tapi kami ubah sikit resepi ni..kami goreng separuh masak ketam ni )



Masak ketam
Panaskan minyak
Senduk pes diatas secukup dengan ketam yang nak dimasak
Tambah sos cili sos tomato sos tiram sos ikan (kalau guna sos ikan tak payah garam)
Cube ikan bilis/ Kami guna kiub ayam knorr
Sedikit gula
Serbuk cili
Sedikit air
Masuk ketam 
Tutup kuali supaya ketam masak
Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali.. balik² kan ketam dan tutup kuali
Siap di masak.

Resepi asal ambil kat sini

 http://www.azhafizah.com/2015/10/resepi-ala-ala-shell-out.html#ixzz3wbdUS7js


Udang Goreng Butter/Buttered Prawn
Oleh: Azie Kitchen

Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur.
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
Udang:
12 ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. 
Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann


Kerang

Kerang kami just rebus je ..campur bawang dan serai dan juga garam.Memang puas makan kerang ni sebab bersize giant hahahaha..:) First time makan kerang besor gedabak macam ni.

Ikan Siakap Bakar



Resepi ikan ni aku tengok dalam 5 rempah 5 rasa .

Ikan siakap perap dengan garam, sedikit blackpapper dan lemon.
Ketuk 2 batang serai dan masukkan dalam perut ikan bersama dengan 2 hiris lemon
Balut dengan daun kunyit
Bakar dalam kuali ajaib.Tapi masa tu daun kunyit tu macam melekat sikit..next time kalau nak buat better sapu sikit minyak kat daun kunyit tu baru balut. 
Memang sedap rasa ikan bakar ni..simple tapi sedap 

Air Asam
Bahan A
4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat


Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/air-asam-mabeles.html#ixzz3zwmjZU3z


Ikan Siakap Tiga Rasa


Resepi ambil kat sini 

 http://dayangjack.blogspot.com/2010/08/ikan-bawal-tiga-rasa.html#ixzz3wqkMtGrY 
Ikan Bawal Tiga Rasa

Bahan-bahan : 

  • 1 ekor ikan bawal hitam (digoreng hingga masak)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi (dihiris)
  • sos cili secukupnya
  • sos plum @ sos tomato
  • sedikit sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 2-3 sb sos cili thai
  • sedikit bancuhan tepung jagung
  • hirisan nanas, epal, tomato, timun, cili benggala dsb
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Boleh tambah garam dan gula jika suka.
  3. Seterusnya, masukkan tomato, nanas, timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika. Kemudian, tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.
  4. Setelah masak, angkat dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan yg sudah digoreng.
  5. Hidangkan.
Udang Lipan

Sebenarnya tak tahu nak masak apa udang lipan ni sebab tak pernah beli udang ni. dahlah tu bila dah bersihkan jadi kecik je isi nya..
So kami just lettak cheese n blackpapper ..pas tu masak je dalam kuali ajaib sekejap.

Sotong Celup Tepung



Bahan
Tepung gandum , serbuk kari ,,sedikit baking powder dan garam .
Gaul rata
Cara
Celup sotong dalam telur dalam masukkan dalam tepung yang dah di gaul sebati.
Goreng sekejap sahaja.

          Menu tambahan..gulai ayam untuk anak-anak kecik :)Bahan- bahan lain untuk shell out ni , kami beli jagung dan brokkoli je. 

Pengalaman pertama bershell out memang best dan makanan yang kami masak memang sedap2 belaka hihihi.





      Alhamdulillah..memang kenyang dan sedap ..puas hati bila masak sendirikan..jimat pun jimat .TQ Akman sebab sponsor semua barang-barang untuk bershell out kali ni. SELAMAT MENCUBA ..





45 comments:

  1. Masak sendiri ,makan dengan ramai2 lagi bertambah selera kan wa...

    ReplyDelete
  2. Nanti nak order shell out ni dengan chef Kemang... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh-boleh..Kemang memang pandai masak Mie.. :)

      Delete
  3. Mmg best shell out kt umh..kita aritu pn dh buat..ingt nk repeat lg..try resepi lain plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Siss...memang best bershell out kat rumah :)

      Delete
  4. sedapnya masakan menggunakan sumber laut yg segar menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Kak..lagi-lagi dapat yang fresh :)

      Delete
  5. Banyaknyer resipi yang lazat2 kat sini... lapar pulak walaupun dah makan...

    Salam dari Bunda...

    ReplyDelete
  6. Emmmmm look so yummy!!!.
    Teringat Rest Manhattan kat Msia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Yummy ni Miss Mirror..:)

      Delete
  7. Eh, 100 utk mcm tu murah sgt tu dik. Tp betul, kalau seafood, baiklah buat sendiri kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul sangat tu Aziela...murah dan terjamin kebersihannya

      Delete
  8. Wah tak sangka kemang pandai masak ea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syieda...dia lagi pandai masak dari kakak dia ekekeke...especially sayur keladi

      Delete
  9. Best makan ramai-ramai mcm ni... tak sedar je makan lebih dan bajet diet lari..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha...betul sungguh tu Sweetie :)

      Delete
  10. Memang puas dan berbaloi bershell out kt rumah..mabeleslah menu2nya..lain2 pulak tu resepinya memang terbaik.boleh dijadikan panduan ni klu cuba bershell out sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kalau makan ramai-ramai Pn Kutu :)

      Delete
  11. waaaa.....sedap nya. itu ari jumpa resepi shell out kat facebook. resepi tu step by step di tulis ikut gambar. senang nak tengok dari awal sampai akhir. tapi lupa nak share....kesudahannya nak cari balik dah tak jumpa

    ReplyDelete
  12. Itu dia semua dah selonggok tu makanlah puas-puas
    Senang dah tak payah nak bangun-duduk lagi.
    Dah kenyang baru bangun:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..akak ni macam tau-tau je :)

      Delete
  13. aduhai menggodanya menu tuh.... bt sndiri lg puashati...
    lagi2 bila di msk ngn pelbagai menu lg syok layan kan
    kalau beli brng basah rm100 kire ok jgk tuh kan...
    kalu kt shellout yg kt restoren rasa tak dpt harga tuh kot kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak dapat kak..mahal kan kat restoran...sob sob sob...

      Delete
  14. Kat tempat kak baru masuk shell out ni...belum cuba lagi

    ReplyDelete
  15. ALHAMDULLILAHHH.. seronok gak sesekali cam tu ek... ehh.. wa duk kat pasir penambang? seriously? akak suka ke area sana tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa duk Kota Puteri kak Yan..tapi selalu gak gi Pasir Penambang tu

      Delete
  16. aduh..duh..sedapnya nampak semua resepi yang dimasak tu, terliur dibuatnya. bolehlah cuba bershell out kat rumah juga nanti

    ReplyDelete
  17. Nanti boleh buat ni. dah lama nak bershell out dirumah je. lebih jimat. :)

    ReplyDelete
  18. Puas hatikan Wa bila masak sendiri ni..
    Nak mkn kat luar kena pulak bersopan santun..
    Kat rumah sendiri.. buat lah anak2 nak mkn mcm mana..
    Terliur pulak akak tengok shell out wa tu..

    ReplyDelete
  19. akak pun dah follow blog ni.. wow sodapnya, terliur tengok gambar tapi x terbuat lagi... kot2 mama sendiri je yang makan semua coz anak2 jenis memilih ayam je baru nak makan.. haru laa

    ReplyDelete
  20. hai..assalam..saya follow back..

    amboi, kalau macam ni la menunya sure makan bertambah2..semua pun favourite wana ^_^

    ReplyDelete
  21. Terbaekkkk...buat gini lagi puas hatikan...nampak mewah gak sume jenia menatang laut pon ada...akak pon berangan je nak buat gini tapi ntah bila tak tau la

    ReplyDelete
  22. Wa!!! masak sendiri? mak aih!! ingatkan order dari kedai..pergh!! thums up

    ReplyDelete
  23. Bestnya! Memang puas makan masak sendiri :)

    ReplyDelete
  24. udang lipan kalau goreng saje pun sedap. buat masak cili pun sedap. saya suka udang lipan.

    shell out ni makan ramai2 baru besttttt. setakat makan berdua tak berasa sgt hihihihi

    ReplyDelete
  25. sedapnya..ada gk beli nk buat ni..tp x terbuat lg..last2 msk lauk biasa jgk lps ni..puas hati buat sdri..leh mkn byk2 kat rmh

    ReplyDelete
  26. waweee sedapnya.. tp kat umah ni budak2 tak suka sgt seafood sob sob sob..

    ReplyDelete
  27. Tapi nak buat jugaklah nanti.. macam best je.. kos pun murah tu..

    ReplyDelete
  28. Mewahnya seafood. Jimat banyak rasanya kalau dah semua buat sendiri di rumah. Kalau makan kat luar ni, tak tahulah tahap berapa kekenyangannya. Mesti main cuit-cuit aje takut termahal. Hahaha!

    Teringin jugalah nak bershell out macam ni tapi siapa ya pulak nak dijadikan team makan-makan kali ni...

    ReplyDelete