Loading...

Monday, 3 December 2012

Shenzhen- HK - Border Crossing

      Hari ni hari ke dua kami di Shenzhen, lepas sarapan dan tunggu anak-anak bangun , dalam pukul 11 pagi kami check out dari hotel . Berbekalkan dua bagpack , beg yang lain kami tinggalkan di luggage room kat hotel ni . Cadangan asal , Alya n Amsyar naik stroller , aku bawa 1 bagpack, huby pulak bawa 1 lagi beg. Tapi Ya Allah ..berat nak mampus beg tu dua-dua hahaha....Last-last dua-dua beg tu kami letak atas atroller , Alya jalan kaki dan Amsyar pulak aku gilir-gilir dukung ngan huby.

   Alya..ceria je nak ke HK , Mak Cik ni pagi-pagi dah jual strawberry manis depan hotel.
Bila keluar hotel , cari jalan nak ke subway ..pelik pulak aku , ada signboard depan hotel tu , tapi bila masuk macam jalan mati.
..pelik

    Masa pagi tu , kat hujung tu penuh dengan orang yang bawa plastik sampah hitam yang besar gedabak , so aku ingat ni tempat pembuangan sampah. Tapi arrow train station tu memang menuju ke dalam ni pun. Aku masuk dalam ni sampai ke hujung..rupa-rupanya kat sebelah kanan tu ada lif , dan orang ramai tu tengah tunggu nak naik lif rupanya. Kami pun berasak-asak jugak dengan diorang ni sebab diorang ni suka-suka hati je potong queue.
        Bila keluar lif, terus sampai kat train. Masa tu ambil masa gak nak faham sebab ni first time naik train kat China ni . 


 1-Mesin tiket         2-Bersih sangat stesen train diorang         3.Bila dah masuk duit akan dapat mende hijau macam duit siling.

       Sebenarnya tak susah pun, kalau kat Jepun guna kad , kat sini kena beli tiket kat mesin yang disediakan  tapi kena guna duit 5 yuen , kalau tak de duit kecik boleh tukar kat customer service kat situ.Kat mesin tu pilih je destinasi mana korang nak pergi, kemudian akan keluar berapa harga tiket nak kedestinasi tu.Kacang je..:) yang payahnya time nak tukar duit kat customer service tu..:(
   Berpandukan map , kami kena naik train ke Luo Hu untuk cross border ke Hong Kong.Murah je tiket , sorang 2 yuen sama dengan singgit duit Malaysia.
Untuk ke Luo Hu , dari Lao Jie cuma lalu 1 stesyen je , ikut je laluan warna hijau tu , Luobao Line.Yang aku suka pasal train China ni sebab ada cermin bertutup , so dari segi keselamatan bila bawa anak-anak tu terjamin la sikit.
cermin kaca bertutup..cool sangat..:)


dalam train..nasib baik anak-anak ok je :)

Keluar je dari trainkami nampak dataran yang sangat luas...fuhh..jenuh gak nak berjalan ni.Dari sini kami ikut je signboard to Hong Kong.



Honestly..memang jauh pun kena jalan kaki, dahlah aku tengah pregnant..dengan Amsyar yang berat ntah berapa kilo dah,rasa macam nak tercabut kaki.Manusia pulak punyalah ramai , memang bersesak-sesak , sampailah kat satu section tu , ada staff kat situ bagi kami ikut short cut sebab aku bawak budak..short cut short cut pun, dah rasa kaki ni besar gajah je hahaha.

Bila dah setel imigresen tu, barulah rasa lega sikit . Masuk je border Hong Kong , kami terus beli Octopus card kat customer servis. Beli kad ni senang nanti nak naik train, tak payah beli tiket lagi.Ingatkan lepas tu tak payah jalan jauh lagi..bila keluar je bangunan tu..fuhhhhh.... rasa nak terduduk dah..jauh lagi wehhhh...


 ...jalan lagi nak ke train stesen
    Tapi memandangkan kami dah masuk sempadan Hong Kong , kenalah bersemangat waja sikit , letih-letih pong, posing dulu kan Alya :) .Sampai je kat train sempat gak aku bertekak ngan huby sebab tak sure nak naik ke tak train yang dah sedia menunggu kat bawah. Dia ajak naik, tapi aku tak nak . Sebenarnya , aku tak abis study, so aku takut salah naik train je , bila bukak map MRT Hong Kong  memang tulah trainnya.Heh..heh..heh..
    Kalau tengok map MTR Hong Kong, nak ke Hotel Benito , kami kena ambil line biru dari Lo Wu ke Hong Hom , lepas tu kena tukar ke line warna pink dari Hong Hum ke East Tsim Sha Tsui.Perjalanan dari Lo Wu ke East Tsim Tsa Tsui dalam 45 minit .Tambang train kalau tak silap dalam 31 HK Dollar.

....dalam train...letih tapi seronok bila anak-anak ada bersama :)

 Hung Hom Stesyen,tunggu train nak ke East Tsim Tsa Tsui

Naik train bawak budak ni memang best, kalau penuh pun, mesti ada orang bagi tempat duduk :).

Sampai je East Tsim Tsa Tsui stesyen, belum habis rupanya episod kena jalan jauh. Jauh betul nak cari Exit B2 nak ke hotel.Dahlah tu, ramai pulak orang.Nasiblah ..hari ni memang exercise kaki sambil dukung Amsyar je sepanjang jalan . Keluar je stesyen train tu , terpinga-pinga jap , tak nampak pun hotelnya.Masa tu dah pening pun ada . Aku tunjuk je map Hotel tu kat orang ,chesss rupa-rupanya depan tu je.Memang dekat bila Exit B2 tu. Sampai hotel je, aku  terus baring..letihnya takyah cakaplah. Oh ye , hotel kat Hong Kong ni memang mahal , Hotel Benito ni pun dah RM3++ semalam.Tapi dekat dengan train stesyen dan nak makan pun senang sebab banyak restoran halal kat sini. 
     Petang tu ,kami terus mencari restoran Ziafat. Nilah satu-satunya tempat makan halal yang aku survey kat area situ. Tapi sebenarnya banyak tempat makan halal kat situ. Bila kita jalan je area Chungkin Mansion tu , nanti ramailah Bangla hulur pamplet restoran halal.
      Restoran Ziafat ni , kat area rumah flat , haha buruk je lif nak naik restoran ni.

Menu kat Ziafat hari tu , fried chicken wing dan nasi putih untuk Alya , aku order beryani chicken dan huby aku pulak order Mandy chicken , pastu yang panjang tu tak tau namanya apa. Air, kitorang minum air mineral je.Total dalam RM 131 . Mahal kan ?..tapi oklah sedap..siap tapau lagi sebab tak abis makan.Masa makan tu kitorang berkenalan dengan abang ni dari Singapore, dia berdua je dengan anak perempuan dia , baya Alya. Dia datang bawa anak dia gi Disneyland. Tabiklah aku kat brother ni sebab datang berdua je dengan anak dia. Agaknya kalau aku suruh laki aku datang berdua dengan Alya je , dia nak tak ?..hehehe..mestilah tak sebab semua mende aku yang study ..kalau sesat pung memang sebab akulah..ngeh ngeh ngeh.
       Lepas dah kenyang, kami cepat-cepat ke Avenue of Stars, nak tengok Symphony of light. Jauh jugak berjalan, tapi sebab dah kenyang , kitorang happylah,dahlah sejuk,memang tak rasa letih jalan kaki.Masa tu barulah dapat lihat Hong Kong ni , bangunan dihiasi dengan lampu-lampu warna warni. Memang happening! Nak ke Avenue of Stars tu, kami cuma ikut signboard je.Memang senang cuma bila masuk dalam shopping complex tu , kena tanya orang sebab tak jumpa exit.

view disekitar Avenue of Stars
    Pemandangan kat sini lawa , pas tu berangin sangat-sangat. Symphony of lights tu sebenarnya pancaran lampu warna warni dari bangunan-bangunan ikut iringan muzik. Aku tak menghayati sangat pun show tu sebab sibuk kejar Amsyar yang tak reti duduk diam.Balik je dari show , kami singgah kat area Chungkin Mansion , tak masuk pun dalam tu , just masuk lorong kecik-kecik kat tepi tu je. Dapat beli fridge magnet HK 100 , 12 keping yang biasa tu .Lepas shopping beberapa cenderamata , kami terus pulang ke hotel dengan hati yang gumbira..walaupun sakit kaki sebab jalan jauh.Tulah perjalanan sepanjang hari kami sekeluarga, harapnya catatan yang ada disini dapatlah bantu korang yang nak ke Shenzen @ HK serba sedikit k. 




14 comments:

  1. view dekat avenue of stars tu dah macam dalam movie dah wa, cantik sangat dengan lampu-lampu semua tu...

    ReplyDelete
  2. Nekcik pun hari tu ikut shenzen utk ke HK..murah sikit...Nekcik pun suka kat shenzen...ada kedai makan halal kat situ..mamak stail..refer teratak 66..kalau siapa berminat...boleh delivery makanan lagi

    ReplyDelete
  3. Memang lebih jimat pergi HK ikut Shenzhen, cuma kena buat double entry visa.

    Kat Stesyen Tsim Sha Tsui tu memang kena jalan teramat jauh, nasib baik semuanya kat bawah tanah, tapi boleh tersesat dibuatnya...

    Mahalnya FM tu...

    ReplyDelete
  4. Memang lebih jimat pergi HK ikut Shenzhen, cuma kena buat double entry visa.

    Kat Stesyen Tsim Sha Tsui tu memang kena jalan teramat jauh, nasib baik semuanya kat bawah tanah, tapi boleh tersesat dibuatnya...

    Mahalnya FM tu...

    ReplyDelete
  5. salam


    masa pegi HK dulu tu pun, kami makan kat ziafat

    rasanya boleh tahan sedap

    kalau sapa tak tahu , memang tak jumpa ziafat ni hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Respect gile kat akak! You can travel while pregnant + 2 kids around. Kudos to akak and husband. Btw, belum pernah ke Shenzen + Hong Kong. Hubby did it once with her friends before this. Harus pergi jugak nie.

    ReplyDelete
  7. Bestlah gi HK. bila kita nak smpi sana gaknya...huhuhu

    ReplyDelete
  8. best sesangat baca travellogni ... banyak jalan luas pemandangan luas gak fikiran...

    ReplyDelete
  9. hah.. nak kene stay sejam due ni nak hbis kan bace n3 hk ni.. nk kne buat note sgale.. tq for sharing.

    byk nye tempat dah pg. tokyo pon. haaa syiok kn?

    **oh hi salam kenal :)

    ReplyDelete
  10. Kak wa, lepas ni kalau nk travel kena babywearing la.. Heheh

    So seronok baca ur pengalaman ;)

    ReplyDelete
  11. Sorry, kak wa...boleh tak email Aja at ajasuakeem [at] yahoo [dot]com
    Ada soalan nk tanya. Berharap. Thanks ya... sebab terasa nak bawa my 5 kids there.

    ReplyDelete
  12. rindu nak meredah lautan manusia di MTR TST lagi...tp kat MTR Central lg gempak padat sesak ..

    ReplyDelete