Salam Ramadhan buat kawan-kawan semua..
Sedihh....sayu...pilu....tak dapat nak gambarkan perasaan aku tika ini....aku terkejut sangat-sangat bila baca status seseorang kat fb...
"Rest In Peace Siva" betul-betul membuatkan aku sedih ..dan aku rasa masih dalam mimpi...
Siva Sunthari ..aku dah lama jugak lost contact dengan dia.Tahun 2013 ..masih lagi bermesej dengannya..tapi bila baca statusnya yang sedih-sedih di fb membuatkan aku tertanya-tanya jugak kenapa dengan dia...
Kami selalu jugak bermesej dalam hp..tapi dia tak pernah cerita pun tentang kesedihannya..perbualan kami banyak berkisar pada memory-memory lama masa kami belajar dulu..last yang aku ingat dia kata nak berhenti jadi cikgu masa tu...
Siva .. classmate aku masa kat maktab dulu..dan memang kami akrab sangat-sangat. Dia seorang yang amat ceria..tiap-tiap hari dengar gelak tawanya dalam kelas..dan memang dalam dirinya penuh dengan sifat-sifat yang positif, suka sangat tolong kawan-kawan ..dan memang dia selalu tolong aku dalam pelajaran..Banyak sangat memori bersamanya yang tak dapat dilupakan.Dia dulu juga kesayangan pensyarah kat maktab, pendek kata memang dia disenangi semua orang sebab dirinya yang peramah dan periang.
Siv..memang seorang yang bijak pandai...dan langsung tak kedekut ilmu. Walaupun kami berlainan blok..tapi malam-malam dia selalu lepak dalam bilik aku..Ada satu ketika tu..memang dia ikut je mana aku pergi..hehehe....masa tu kawan-kawan aku ..bila nampak je dia mesti diorang cakap.. " tu,,kakak engkau dah datang tu "...
Husband aku pun terkejut jugak dengan pemergiannya..walaupun tak sekelas tapi dia dulu satu team wataniah masa kat maktab... kata huby..dia memang sangat friendly dan sangat supportive orangnya.Tiap kali husband aku nak masuk pertandingan ..dia mesti cakap..'You can do it kamal' dan memang dia yang paling kuat bagi semangat. Itu yang husband aku tak boleh lupakan dia sampai bila bila.
Husband aku pun terkejut jugak dengan pemergiannya..walaupun tak sekelas tapi dia dulu satu team wataniah masa kat maktab... kata huby..dia memang sangat friendly dan sangat supportive orangnya.Tiap kali husband aku nak masuk pertandingan ..dia mesti cakap..'You can do it kamal' dan memang dia yang paling kuat bagi semangat. Itu yang husband aku tak boleh lupakan dia sampai bila bila.
Ada satu statusnya di fb benar-benar buatkan aku seolah-olah tak percaya dengan apa yang aku baca,.. terus aku mesej dia kat fb. Masa tu aku dah hilang no phone dia .Masa tu dia kena warded kat PPUM....Memang mendalam sangat status dia masa tu..seolah-olah menanggung kesedihan yang amat sangat.
So aku mesej dia masa tu....
So aku mesej dia masa tu....
Masa tu dia kena warded kat PPUM. Memang niat aku nak mintak tolong adik aku tengokkan dia..sebab adik aku kerja kat PPUM masa tu. Tapi ntahlah..lepas dua bulan baru dia balas mesej tu. Siapalah aku nak menilai..apa yang terjadi pada dia..tapi ..macam mana aku nak percaya dia boleh jadi macam tu, sedangkan kat maktab dulu, jangankan nak tengok dia sedih...muka masam dia pun aku tak pernah tengok.So, lepas tu kami dah lost contact..
Tapi ,lepas dua tahun..dapat berita macam ni...sedihnyaaaaa............dan sampai sekarang aku tak tahu apa yang terjadi dengannya.
Hutan Bandar JB 1998..
Yang tinggal hanyalah kenangan...We will miss you so much Siv....We will miss your smile..thanks for everthing..
Mungkin ini yang terbaik untukmu dari menanggung beban yang tak terhingga.......
Berat lagi mata kami memandang ..berat lagi bahumu yang memikul...sesungguhnya susah nak cari sahabat sepertimu lagi..yang rela menjadi lilin untuk menerangi orang lain..
Sesungguhnya bila dengar berita kematian...terdetik dalam hati...bila pula sampai waktunya untuk aku ke sana.Tapi Ya Allah...panjangkanlah umurku..agar aku dapat jaga Amsyar sampai dia besar..sebab aku tahu..tak ada sesiapa yang boleh jaga dia selain dari kami.......
sedih membacanya, wa..emm, mmg sampai ke sudah ke wa tak tahu beliau sakit apa?
ReplyDeletemoga wa tabah dgn kehilangan teman tersayang :(
Ha..ah..zilla..memang tak tau sakit apa...cukup berahsia orangnya...
Deletesedihnya baca..sabar ye kak wa.mungkin sahabat kak wa ni tak nak orang susah hati kerana dia, jadi dia sembunyikan masalahnya. saya doa kak wa panjang umur dan dapat melihat Amsyar membesar
ReplyDeleteMungkin jugak tu Sal...tapi terkilan bila dia sedih..tapi tak dapat kita nak tolong....
DeleteSedih baca... Tapi... Hutan bandar tu tempat SS selalu lepak... Selamat berpuasa WA...
ReplyDeleteMemang best kan lepak kat hutan bandar tu SS...
DeleteIya Wa..sedih kan..walau berlainan ugama tapi kasih ssyang terjalin indah..mmg risau bila dengar berita kematian dan kesakitan...terbayang diri sendiri
ReplyDeleteSelamat berpussa Wa
Ha ahla nekchik...memang sedihhhhh....T_T
DeleteSedihnye.. :(..stp hr ade jer yg dpanggil pergi.. huhu..
ReplyDeleteYelah kan siss...lagi2.yang pergi tu orang yang rapat dengan kita...
Delete:(
DeleteSalam singgah!
ReplyDeleteSedih bila kehilangan seorang sahabat. Apatah lagi bila dah lama tak bersua, tiba-tiba dapat tahu si dia sudah tiada lagi di dunia ini. Sayu hati membaca kisah kawan Wa ni.
:'-C sahabat tak kira jantina mahupun bangsa..sukar dicari penganti kan wa..
ReplyDeletememang sedih bila kehilangan org yg kita sayang.lebih2 lagi org yg byk memori dengan kita.bertabahlah..mungkin ininyg terbaiklah untuk siv
ReplyDeletesedih kan bila.kehilangan seorang sahabat
ReplyDeletedan paling sedih kita tak tahu apa yg ditanggungnya.
bertabahlah kak wa..
smga kita yag masih hidup ini terus diberi kekuatan
saya juga tertanya tanya, siapalah yang mampu menjaga ibu_suri jika ditakdirkan saya pergi dulu...
ReplyDeletesetiap y hidup..pasti akan kembali...
ReplyDeletesemoga Wa tabah ye
ReplyDelete