Loading...

Friday, 20 June 2014

Shepherd's Pie


    Salam...rasanya first time aku masak Shepherd pie ni sepuluh tahun yang lepas, masa tu Alya pun belum ada lagi hehehe..
      Kisahnya masa tu minggu exam,jadi husband ada study group ngan kawan-kawan dia, dah jadi tuan rumah,kenalah sediakan makanan..walhal masa tu memang tak tau masak pong..kui kui kui.Jadi aku pun carilah resepi kat internet..terjumpa pulak resepi shepherd pie.Nampak macam sedap, so teruslah aku cuba.Balik dari study group..kata hubby..kawan abg kata nilah makanan orang putih yang paling sedap pernah dia makan ...hehehe..sampai sekrang aku ingat lgi kata- kata tu..                   
   Lama dah tinggal resepi shepherd pie ni,sampailah bulan lepas bila kawan-kawan ajak buat potluck, aduhh..memang pening ,tak tau nak masak apa untuk menu minum petang..bila search resepi,terjumpa lagi sekali Shephard Pie ni, dan alhamdulillah..masa pot luck tu, sekejap je abis licin.
      Untuk pengemar Shephard pie.cubalah...memang sedap..:)

Untuk resepi yang ni , resepi asal dari 


Memang sedap ..:)
Antara bahan-bahan yang digunakan..boleh je tambah apa-apa sayuran yang kita suka k..
Bahan  (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
Bahan  (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang - yang ni tak letak
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging - wa guna ayam
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
- Masukkan adunan kentang ke dalam bekas .
- Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. - Yang ni Wa guna piping beg dengan nozzle star .
Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.



Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang - yang ni tak letak
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging - wa guna ayam
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

17 comments:

  1. Replies
    1. Memang sedap..tak tipu ni..hehehe

      Delete
  2. Bila nak masak utk saya lak kak wa...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2....mehla kot puteri, k wa tlg masak...:)

      Delete
  3. Sedapnya...saya pun suka masak shepherd's pie sebab sgt mudah...nak buat pie biasa saya malas nak uli doh...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..first time buat rasa susah..bila dh biasa..senang je..

      Delete
  4. Nyummy nyummy Wa..mai setalam..peberet nekcik nii

    ReplyDelete
  5. Nyummy nyummy Wa..mai setalam..peberet nekcik nii

    ReplyDelete
  6. Alamak x pernah mkn nk buat jauh sekali sbb baru tahu resipi ni dari blog Wa nih. Perlu pegi cari oven dulu lah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jm , elokla beli oven, boleh buat kuih raya sekali..

      Delete
  7. Salam.. Nak cubalah nanti.. Tq share

    ReplyDelete
  8. Salam RAMADHAN We...
    rindunya nama ang kat Cari tu hah
    salam sayang untuk Alya jugek erl

    ReplyDelete
  9. wahhh shedapnyerrrr~ :D

    eh, ingredients tu kalau direbus dan blend pun sedap, jadi carrot soup :)

    ReplyDelete
  10. Tetiba mcm teringin nak buat wa......nak bawak rumah mertualah....hehe...

    ReplyDelete
  11. senang rupanya nak buat sheppard pie ni. saya nak cuba menggunakan lebihan mash potato semalam.tq sis :).

    ReplyDelete