Wednesday, 23 January 2013

Trip ke Ngong Ping 360

        Hari ni hari ke tiga di Hong Kong, plan asal nak ke MACAU dan petangnya kembali semula ke Hong Kong. Tapi mengingatkan betapa letihnya nak cross border China ke Hong Kong, aku rasa aku tak sanggup lagi sekali nak cross border Hong Kong ke Macau pulak. Pagi tu tak tau nak gi mana , kami bermalas-malas je dalam bilik sementara tunggu Alya bangun. Aku ajak huby pegi The Peak , dia kata kena jalan jauh dan kena queue panjang nanti. Bila check kat intenet , mana lagi tempat yang best kat Hong Kong ni, dia ajak aku pegi Ngong Ping , naik kerete kabel. Aku ikut jelah. Lagipun aku tak tahu mana pasal tempat ni .
     Nak ke Ngong Ping ni ikut laluan sama je nak ke Disneyland , tapi masa ni barulah kami sedar yang cara ni lagi senang nak ke Disneyland, turun je train terus naik train lain kat platform yang sama .Tapi aku betul-betul lupa kami berhenti kat stesen MRT yang mana hari tu.
     Harga tiket untuk round trip standard cabin dalam RM 53 tapi ada juga pakej Land, Sky n Sea. Mula-mula nak ambil pakej ni, tapi amoi kat kaunter cakap tak sempat sebab tutup pkul 6 , jadi kami cuma sempat naik cable car je.Nasib baik ..sebabnya aku takut mabuk je naik bot nak gi kampung nelayan tu :) . Laluan kereta kabel ni sepanjang 5.7 km. Memang best sebab kita akan melintasi lembah , menyeberang teluk dan mendaki bukit hingga ke dataran yang tinggi . View kat sini memang lawa..boleh nampak  bangunan pencakar langit Hong Kong.


   Kat sini juga boleh nampak lapangan terbang betul-betul kat tepi laut. Yang bestnya bila nik kereta cable ni.. kita akan masuk dalam awan sebab tinggi sangat nak ke puncak .Bila dah sampai puncak , memang terasa sejukkk yang amat..Sampai je , Alya terus berlari-lari kat 'Lantau island' nak naik lembu.. Amsyar lak tido dalam stroller , kami just duk je kat tepi souvenior shop tu sambil melihat gelagat orang ramai kat situ . Dari situ nampaklah patung pagoda besar gedabak , tapi kami tak gilah ke sana , just ambil angin kat situ je. Sambil tu , aku buatkan sandwich , Alya kami biarkan je dia berlari-lari kat situ. Mulalah dia berangan , petik bunga letak kat telinga pas tu mula nyanyi dan menari ..hehehe, orang pandang dia, dia buat tak tahu je...:)




  Memang nyaman cuaca kat atas ni . ditambah lagi kami yang memang tengah lapar , sandwich sardin pun rasa macam ayam goreng je hahaha...habis licin bekal hari tu , Alya pun bukan main selera lagi makan sandwich sadin kosong tu . Sebenarnya kat sini ada restoran halal , tapi bila dah balik Malaysia baru aku tahu, apalah...

    Ada banyak gak aktiviti kat atas ni, tapi kami malas nak masuk. Bacalah kat sini http://www.np360.com.hk/en/.Semua info ada kat website tu . Kat atas ni ada jugak show ..alah, just joget-joget je , bukannya apa pun.
      Bila cuaca dah mula mendung , kami terus bersiap-siap untuk balik.Nampak tak patung Budha yang besar gedabak kat gambar bawah tu ? Dari dalam cable car dah boleh nampak dah .Alya memang happy sangat dapat datang sini , suka sangat naik sampan dan lembu , macamlah kat rumah tok ki dia tak de lembu ..:) 
 Yang bestnya Amsyar , dari mula datang, dia tidur sampailah kami naik cable car nak turun baru dia bangun ..hahaha, sejuk sangat kot kat atas tu , lena bebeno dia tidur. Bila nak turun ,  ramai sangat orang , lama jugaklah beratur masa ni . Tapi view dari cable car memang lawa...saujana mata ,memandang.

   Kat seven e Hong Kong ni banyak straw colourful macam ni .Masa beli biskut kat situ , kata hubby Alya ambil banyak-banyak straw ni, bila huby tanya dia nak buat apa , dia kata nak bagi adik main. Mmmmm... tersentuh hati kejap masa tu , dia tahu Amsyar ni suka sangat main straw , tu yang dia ambil banyak-banyak :)
   Sebelum pulang , kami singgah di Citygate outlet .Citygate outlet ni sebelah je dengan tempat naik cable car ni . Kat sini ada factory outlet yang jual barang branded dengan harga yang murah, tapi kenapa aku tak jumpa pun yang murah-murah :)

       Sebelum balik kami plan nak singgah di Ladies street , tapi sebab dah penat, terus balik je hotel. 

7 comments:

Azian Elias said...

jadi teringin nak pegi. ingat nanti leh plan for company trip..

JOM JALAN said...

masa saya ke ngongping tu, kami naik crystal cabin cable car, ngeri + seronok gak sebab keseluruhan cable car tu dari kaca. Memang ada satu resto halal kat situ, kami pun terjumpa secara tak sengaja sebb hubby ternampak tanda halal kat luar resto tu

Mie said...

Tak jadilah ke Macau ye... Ruginya sbb proses imigresennya agak mudah dan orang pun taklah seramai di border China...

sisR said...

Cantiknya view kat sana ye...bila lah sy nak sampai ye...

FnF Simple Life said...

menariknye Wa

Kak Mahh said...

Bestnya...pemandangan yang cantik,bolehlah kami plan ke sana nanti.

Cho Zila said...

bilakah akak dapat pergi sinini...