Monday, 4 February 2013

HK- Shenzen & Shopping Di Dong Meng Street

Hari ni kami bersiap-siap untuk pulang ke Shenzhen. Mula-mula cadangnya nak singgah kat Ladies Market , tapi hujan renyai-renyai pulak pagi tu. Jadi kensel jelah , terus naik MRT ke border HK - China .
                                 Hari terakhir di Hotel Benito- Alya dapat kawan baru..:)
Macam biasa ..kami turun naik train , orang boleh tahan gak ramainya, tapi bila bawak baby memang sentiasa ada orang yang murah hati bagi seat.
     Pemandangan luar train , macam biasa je macam kat negara kita jugak, aku ingatkan adalah daun-daun merah kuning macam kat Jepun, maklumlah time autumn..hahaha nampak sangatlah lemah betul subjek geografi aku....Tapi bila dah nak sampai sempadan tu view memang lawa dengan bukit bukau yang menghijau.
Dalam masa tak sampai sejam, kami sampai ke border HK - Shenzhen.Nak masuk Shenzhen tak sesusah nak masuk HK . Yang  best tak payah beratur lama-lama dan tak yah jalan jauh.
1- Dah sampai, ikut je sighboard ni, dont worry k, mana2 je ada signboard.
2. Ni masa nak masuk border
3. Jangan lupa  tukar kad octopus sebelum masuk Shenzhen , dapat balik duit deposit dan balance, dan ada charge sikit, tapi dah lupa berapa.
4. Dah sampai...senang je crooss border ni :)

    Sampai je hotel , aku terus masak nasi . Macam biasa, lauk sardin, sambal ikan bilis. Amsyar memang makan roti je, nasi dia langsung tak nak. 

Lepas je rehat jap , kami terus keluar shopping kat Dong Meng Street.
    Dong Meng Street ni memang happening sangat-sangat . Macam-macam ada dijual di sini. Rambang mata aku dibuatnya. Lagi-lagi bila tengok baju budak , kain tebal baru RM 5 sepasang . Beg travel dan handbag pun murah sangat-sangat dengan syarat korang pandai tawar menawar . Kat sini memang diorang letak gila-gila mahalnya. Tapi boleh tawar sampai 70% ..ha tak percaya???? Cubalah...Aku beli beg travel Alya macam dalam gambar kat belakang Alya tu ..memang dah pusing semua tempat , rata-rata diorang jual RM 200 , lagi gila ada yang jual sampai RM 300 . Tapi kalau korang tawar , dia tak bagi ..korang angkat kaki je k..sebab banyak kedai jual mende yang sama. Lepas pusing - pusing area street tu , paling murah kami jumpa kedai yang jual beg tu RM 60 je, terus kami belikan untuk Alya.
  Mula-mula aku pelik gak kenapa , kat situ banyak fixed price , bila tanya no discount! no discount! . Rupa-rupanya kena masuk kat celah-celah kedai , banyak lagi kedai kecik-kecik.Kat sini , kalau korang mintak tawar , dia tak bagi , korang buat-buat jual mahal , terus blah je..gerenti dia akan panggil korang..hahaha..Betul ni ,kami guna taktik ni banyak kali , dan semua barang kami dapat dengan harga yang kami nak. Memang puas hati lah  beli kat sini . Cuma yang terkilannya, huby belikan aku mouse wireless RM 20 , rasa cam murah dah , masa kami jalan-jalan , jumpa amoi ni , dia tegor kitorang , dari Malaysia ke bang?..Then terus je sembang ngan budak ni , dia beli mouse wireless tu dengan harga RM 10 je..rugi RM 10..ngeee...:)




Sebelum pulang , kami beli buah yang jual kat tepi jalan, memang fresh sangat-sangat dan juga beli  sate kambing , duk sini memang tiap-tiap hari pun makan sate kambing .Balik hotel je , kami lepak sampai pagi , budak-budak ni memang selalu tidur lambat  :) . Tapi tak sabar nak tunggu besok - Pusing dunia dalam masa sehari....??

Wednesday, 23 January 2013

Trip ke Ngong Ping 360

        Hari ni hari ke tiga di Hong Kong, plan asal nak ke MACAU dan petangnya kembali semula ke Hong Kong. Tapi mengingatkan betapa letihnya nak cross border China ke Hong Kong, aku rasa aku tak sanggup lagi sekali nak cross border Hong Kong ke Macau pulak. Pagi tu tak tau nak gi mana , kami bermalas-malas je dalam bilik sementara tunggu Alya bangun. Aku ajak huby pegi The Peak , dia kata kena jalan jauh dan kena queue panjang nanti. Bila check kat intenet , mana lagi tempat yang best kat Hong Kong ni, dia ajak aku pegi Ngong Ping , naik kerete kabel. Aku ikut jelah. Lagipun aku tak tahu mana pasal tempat ni .
     Nak ke Ngong Ping ni ikut laluan sama je nak ke Disneyland , tapi masa ni barulah kami sedar yang cara ni lagi senang nak ke Disneyland, turun je train terus naik train lain kat platform yang sama .Tapi aku betul-betul lupa kami berhenti kat stesen MRT yang mana hari tu.
     Harga tiket untuk round trip standard cabin dalam RM 53 tapi ada juga pakej Land, Sky n Sea. Mula-mula nak ambil pakej ni, tapi amoi kat kaunter cakap tak sempat sebab tutup pkul 6 , jadi kami cuma sempat naik cable car je.Nasib baik ..sebabnya aku takut mabuk je naik bot nak gi kampung nelayan tu :) . Laluan kereta kabel ni sepanjang 5.7 km. Memang best sebab kita akan melintasi lembah , menyeberang teluk dan mendaki bukit hingga ke dataran yang tinggi . View kat sini memang lawa..boleh nampak  bangunan pencakar langit Hong Kong.


   Kat sini juga boleh nampak lapangan terbang betul-betul kat tepi laut. Yang bestnya bila nik kereta cable ni.. kita akan masuk dalam awan sebab tinggi sangat nak ke puncak .Bila dah sampai puncak , memang terasa sejukkk yang amat..Sampai je , Alya terus berlari-lari kat 'Lantau island' nak naik lembu.. Amsyar lak tido dalam stroller , kami just duk je kat tepi souvenior shop tu sambil melihat gelagat orang ramai kat situ . Dari situ nampaklah patung pagoda besar gedabak , tapi kami tak gilah ke sana , just ambil angin kat situ je. Sambil tu , aku buatkan sandwich , Alya kami biarkan je dia berlari-lari kat situ. Mulalah dia berangan , petik bunga letak kat telinga pas tu mula nyanyi dan menari ..hehehe, orang pandang dia, dia buat tak tahu je...:)




  Memang nyaman cuaca kat atas ni . ditambah lagi kami yang memang tengah lapar , sandwich sardin pun rasa macam ayam goreng je hahaha...habis licin bekal hari tu , Alya pun bukan main selera lagi makan sandwich sadin kosong tu . Sebenarnya kat sini ada restoran halal , tapi bila dah balik Malaysia baru aku tahu, apalah...

    Ada banyak gak aktiviti kat atas ni, tapi kami malas nak masuk. Bacalah kat sini http://www.np360.com.hk/en/.Semua info ada kat website tu . Kat atas ni ada jugak show ..alah, just joget-joget je , bukannya apa pun.
      Bila cuaca dah mula mendung , kami terus bersiap-siap untuk balik.Nampak tak patung Budha yang besar gedabak kat gambar bawah tu ? Dari dalam cable car dah boleh nampak dah .Alya memang happy sangat dapat datang sini , suka sangat naik sampan dan lembu , macamlah kat rumah tok ki dia tak de lembu ..:) 
 Yang bestnya Amsyar , dari mula datang, dia tidur sampailah kami naik cable car nak turun baru dia bangun ..hahaha, sejuk sangat kot kat atas tu , lena bebeno dia tidur. Bila nak turun ,  ramai sangat orang , lama jugaklah beratur masa ni . Tapi view dari cable car memang lawa...saujana mata ,memandang.

   Kat seven e Hong Kong ni banyak straw colourful macam ni .Masa beli biskut kat situ , kata hubby Alya ambil banyak-banyak straw ni, bila huby tanya dia nak buat apa , dia kata nak bagi adik main. Mmmmm... tersentuh hati kejap masa tu , dia tahu Amsyar ni suka sangat main straw , tu yang dia ambil banyak-banyak :)
   Sebelum pulang , kami singgah di Citygate outlet .Citygate outlet ni sebelah je dengan tempat naik cable car ni . Kat sini ada factory outlet yang jual barang branded dengan harga yang murah, tapi kenapa aku tak jumpa pun yang murah-murah :)

       Sebelum balik kami plan nak singgah di Ladies street , tapi sebab dah penat, terus balik je hotel. 

Wednesday, 26 December 2012

HK- Disneyland

  Plan hari ni nak ke Disneyland. Aku bangun awal masak nasi lemak pagi ni. Memang bawak santan serbuk dari rumah lagi dan makan bersama sambal ikan bilis. Memang sedap sangat-sangat . Sementara menunggu Alya dan Amsyar bangun aku dah pack makanan siap-siap . Nak masuk Disneyland HK ni memang strict sikit sebab kalau diorang tahu kita bawa makanan , memang dia suruh makan dulu atau tinggalkan kat luar.    
        Kami keluar dalam pukul 10.30 pagi. Train nak ke Disneyland ni ada banyak , kalau boleh elakkan ke central sebab kena jalan jauh. Hari tu dari East Tsim Tsa TSui stesyen, kami ke Lai King .

    Oklah tak ramai sangat orang tapi kena jalan sikit. Dari situ naik je train ke Disneyland.Sebenarnya adacara yang lagi senang nak ke Disneyland ni, turun je train terus naik train lain kat line sebelah..tak payah nak jalan jauh, tapi aku lupa stesen mana, nanti kalau aku ingat aku update balik k.



     Alya..tak sabar-sabar
     Sampai-sampai je hujan.Kat pintu masuk tu staff yang jaga gate tu bukak semua beg , dan dalam beg sandang aku memang ada nasi lemak lagi. Tapi aku dah bungkus dalam kain batik , then kat atas kain tu letak pampers , botol susu dan makanan Amsyar . Masa dia tengah cek tu , aku cakap
                                  ' All baby food sir '
Aku risau gak takut dia buka kain batik tu..naya jee... Lepas tu dia cek stroller , adalah makanan aku sorok kat belakang Amsyar pas tu tutup dengan jaket , yang tu diorang tak cek , kat bawah stroller diorang cek , nasib baik ada air mineral je. So lepas je semuanya, Dalam poket seluar dan baju Alya aku masukkan biskut-biskut , pun diorang tak cek. Alhamdulillah..lepas smua makanan. Bila masuk je Disneyland , aku rasa macam biasa je..taklah seexcited masa first time pegi dulu. Kali ni kat Dsneyland ni , kami masuk tempat yang tak dapat masuk masa Disneyland Tokyo dulu.

   HK Disneyland  ni memang lawa..Mulanya aku plan nak bermalam kat dalam ni kat Hotel Hollywood Disneyland ..tapi bila tengok harga  semalam..fuhhhhhhh.....mahalnya.., boleh cover hotel Benito untuk 3 malam, so aku malas nak membazir, lagipun masa kat Tokyo dulu dah pernah duk Hotel Partner Tokyo Disneyland, baru RM 300 lebih je semalam, dapat harga offer. Berbaloi-baloi.Hotel Hollywood Disneyland HK ni tengok rate hampir RM 700 semalam. Lagipuk HK Disneyland ni tak berapa besar, boleh je cover dalam masa sehari.

     Masa kami kat dalam tu, aku tengok banyak rombongan veteran..seriously..orang-orang tua yang dah berumur 60 tahun ramai sangat. Hmmm...bagus gak bawak orang tua datang sini, boleh mengimbau balik zaman diorang muda-muda dulu :).
    Yang seronok Alya lah dapat jumpa Minnie Mouse , tapi kat sini kebanyakan character tak de yang keluar merayau-rayau macam kat Tokyo , semuanya ada pondok comel sendiri.Kalau nak bergambar dengan diorang kenalah beratur kat pondok diorang. Walaupun tak ramai orang tapi , jenuh gak nak menunggu.

    Lepas bergambar dengan Minnie Mouse , dia nak bergambar dengan Goofy pulak. Adehhh Alya ni, dahlah tengah hujan, ikut jelah, kang sampai balik dia tuntut. Bila sampai je turn kitorang nak bergambar ngan Goofy , staff yang ada kat situ cakap kena tunggu 15 min , sebab ni time tukar orang.Tunggu lagi........Masa tengah tunggu tu , kat belakang pondok Goofy tu , kami nampak semua character tengah berjalan masuk ke pondok masing2.Masa ni memang ada can nak ambil gambar semua character, tapi...... dangggggg!!!!! DSLR pulak buat hal.So ni jelah gambar yang sempat kami snap.
         Masa bergambar dengan Goofy tu, aku perasan yang Goofy ni dia akan peluk bahu kita. Tapi baguslahhh..agaknya dia nampak aku bertudung , dia just letak tangan atas bahu huby je..:)
    Kemudian kami bawa Alya main games area situ . Memang banyak games yang best-best .

     Yang silapnya aku bawa dia  naik game cawan, Mad Hatter Tea Cups ni. Sudahnya aku yang tak tahan mabuk..terlupa pula tengah pregnant masa tu..he he he. Nasib baik kejap je . Kat dalam ni kami main redah je, tak tengok map pun, nampak je mana yang best kami pegi. Then kami nampak It's a small world. Dulu aku teringin nak masuk masa kat Tokyo , tapi punyalah ramai orang beratur masa tu , tak sanggup nak queue sama. Kat sini oklah , tak berapa ramai sangat , tapi lama gak kena queue. 









  Memang mengasyikkan sangat-sangat naik bot sambil tengok mende-mende ni semua.Kalau ada kesempatan ke HK Disneyland, jangan lupa masuk dalam ni, mesti anak-anak korang happy sangat-sangat.
......bersambung

Monday, 3 December 2012

Shenzhen- HK - Border Crossing

      Hari ni hari ke dua kami di Shenzhen, lepas sarapan dan tunggu anak-anak bangun , dalam pukul 11 pagi kami check out dari hotel . Berbekalkan dua bagpack , beg yang lain kami tinggalkan di luggage room kat hotel ni . Cadangan asal , Alya n Amsyar naik stroller , aku bawa 1 bagpack, huby pulak bawa 1 lagi beg. Tapi Ya Allah ..berat nak mampus beg tu dua-dua hahaha....Last-last dua-dua beg tu kami letak atas atroller , Alya jalan kaki dan Amsyar pulak aku gilir-gilir dukung ngan huby.

   Alya..ceria je nak ke HK , Mak Cik ni pagi-pagi dah jual strawberry manis depan hotel.
Bila keluar hotel , cari jalan nak ke subway ..pelik pulak aku , ada signboard depan hotel tu , tapi bila masuk macam jalan mati.
..pelik

    Masa pagi tu , kat hujung tu penuh dengan orang yang bawa plastik sampah hitam yang besar gedabak , so aku ingat ni tempat pembuangan sampah. Tapi arrow train station tu memang menuju ke dalam ni pun. Aku masuk dalam ni sampai ke hujung..rupa-rupanya kat sebelah kanan tu ada lif , dan orang ramai tu tengah tunggu nak naik lif rupanya. Kami pun berasak-asak jugak dengan diorang ni sebab diorang ni suka-suka hati je potong queue.
        Bila keluar lif, terus sampai kat train. Masa tu ambil masa gak nak faham sebab ni first time naik train kat China ni . 


 1-Mesin tiket         2-Bersih sangat stesen train diorang         3.Bila dah masuk duit akan dapat mende hijau macam duit siling.

       Sebenarnya tak susah pun, kalau kat Jepun guna kad , kat sini kena beli tiket kat mesin yang disediakan  tapi kena guna duit 5 yuen , kalau tak de duit kecik boleh tukar kat customer service kat situ.Kat mesin tu pilih je destinasi mana korang nak pergi, kemudian akan keluar berapa harga tiket nak kedestinasi tu.Kacang je..:) yang payahnya time nak tukar duit kat customer service tu..:(
   Berpandukan map , kami kena naik train ke Luo Hu untuk cross border ke Hong Kong.Murah je tiket , sorang 2 yuen sama dengan singgit duit Malaysia.
Untuk ke Luo Hu , dari Lao Jie cuma lalu 1 stesyen je , ikut je laluan warna hijau tu , Luobao Line.Yang aku suka pasal train China ni sebab ada cermin bertutup , so dari segi keselamatan bila bawa anak-anak tu terjamin la sikit.
cermin kaca bertutup..cool sangat..:)


dalam train..nasib baik anak-anak ok je :)

Keluar je dari trainkami nampak dataran yang sangat luas...fuhh..jenuh gak nak berjalan ni.Dari sini kami ikut je signboard to Hong Kong.



Honestly..memang jauh pun kena jalan kaki, dahlah aku tengah pregnant..dengan Amsyar yang berat ntah berapa kilo dah,rasa macam nak tercabut kaki.Manusia pulak punyalah ramai , memang bersesak-sesak , sampailah kat satu section tu , ada staff kat situ bagi kami ikut short cut sebab aku bawak budak..short cut short cut pun, dah rasa kaki ni besar gajah je hahaha.

Bila dah setel imigresen tu, barulah rasa lega sikit . Masuk je border Hong Kong , kami terus beli Octopus card kat customer servis. Beli kad ni senang nanti nak naik train, tak payah beli tiket lagi.Ingatkan lepas tu tak payah jalan jauh lagi..bila keluar je bangunan tu..fuhhhhh.... rasa nak terduduk dah..jauh lagi wehhhh...


 ...jalan lagi nak ke train stesen
    Tapi memandangkan kami dah masuk sempadan Hong Kong , kenalah bersemangat waja sikit , letih-letih pong, posing dulu kan Alya :) .Sampai je kat train sempat gak aku bertekak ngan huby sebab tak sure nak naik ke tak train yang dah sedia menunggu kat bawah. Dia ajak naik, tapi aku tak nak . Sebenarnya , aku tak abis study, so aku takut salah naik train je , bila bukak map MRT Hong Kong  memang tulah trainnya.Heh..heh..heh..
    Kalau tengok map MTR Hong Kong, nak ke Hotel Benito , kami kena ambil line biru dari Lo Wu ke Hong Hom , lepas tu kena tukar ke line warna pink dari Hong Hum ke East Tsim Sha Tsui.Perjalanan dari Lo Wu ke East Tsim Tsa Tsui dalam 45 minit .Tambang train kalau tak silap dalam 31 HK Dollar.

....dalam train...letih tapi seronok bila anak-anak ada bersama :)

 Hung Hom Stesyen,tunggu train nak ke East Tsim Tsa Tsui

Naik train bawak budak ni memang best, kalau penuh pun, mesti ada orang bagi tempat duduk :).

Sampai je East Tsim Tsa Tsui stesyen, belum habis rupanya episod kena jalan jauh. Jauh betul nak cari Exit B2 nak ke hotel.Dahlah tu, ramai pulak orang.Nasiblah ..hari ni memang exercise kaki sambil dukung Amsyar je sepanjang jalan . Keluar je stesyen train tu , terpinga-pinga jap , tak nampak pun hotelnya.Masa tu dah pening pun ada . Aku tunjuk je map Hotel tu kat orang ,chesss rupa-rupanya depan tu je.Memang dekat bila Exit B2 tu. Sampai hotel je, aku  terus baring..letihnya takyah cakaplah. Oh ye , hotel kat Hong Kong ni memang mahal , Hotel Benito ni pun dah RM3++ semalam.Tapi dekat dengan train stesyen dan nak makan pun senang sebab banyak restoran halal kat sini. 
     Petang tu ,kami terus mencari restoran Ziafat. Nilah satu-satunya tempat makan halal yang aku survey kat area situ. Tapi sebenarnya banyak tempat makan halal kat situ. Bila kita jalan je area Chungkin Mansion tu , nanti ramailah Bangla hulur pamplet restoran halal.
      Restoran Ziafat ni , kat area rumah flat , haha buruk je lif nak naik restoran ni.

Menu kat Ziafat hari tu , fried chicken wing dan nasi putih untuk Alya , aku order beryani chicken dan huby aku pulak order Mandy chicken , pastu yang panjang tu tak tau namanya apa. Air, kitorang minum air mineral je.Total dalam RM 131 . Mahal kan ?..tapi oklah sedap..siap tapau lagi sebab tak abis makan.Masa makan tu kitorang berkenalan dengan abang ni dari Singapore, dia berdua je dengan anak perempuan dia , baya Alya. Dia datang bawa anak dia gi Disneyland. Tabiklah aku kat brother ni sebab datang berdua je dengan anak dia. Agaknya kalau aku suruh laki aku datang berdua dengan Alya je , dia nak tak ?..hehehe..mestilah tak sebab semua mende aku yang study ..kalau sesat pung memang sebab akulah..ngeh ngeh ngeh.
       Lepas dah kenyang, kami cepat-cepat ke Avenue of Stars, nak tengok Symphony of light. Jauh jugak berjalan, tapi sebab dah kenyang , kitorang happylah,dahlah sejuk,memang tak rasa letih jalan kaki.Masa tu barulah dapat lihat Hong Kong ni , bangunan dihiasi dengan lampu-lampu warna warni. Memang happening! Nak ke Avenue of Stars tu, kami cuma ikut signboard je.Memang senang cuma bila masuk dalam shopping complex tu , kena tanya orang sebab tak jumpa exit.

view disekitar Avenue of Stars
    Pemandangan kat sini lawa , pas tu berangin sangat-sangat. Symphony of lights tu sebenarnya pancaran lampu warna warni dari bangunan-bangunan ikut iringan muzik. Aku tak menghayati sangat pun show tu sebab sibuk kejar Amsyar yang tak reti duduk diam.Balik je dari show , kami singgah kat area Chungkin Mansion , tak masuk pun dalam tu , just masuk lorong kecik-kecik kat tepi tu je. Dapat beli fridge magnet HK 100 , 12 keping yang biasa tu .Lepas shopping beberapa cenderamata , kami terus pulang ke hotel dengan hati yang gumbira..walaupun sakit kaki sebab jalan jauh.Tulah perjalanan sepanjang hari kami sekeluarga, harapnya catatan yang ada disini dapatlah bantu korang yang nak ke Shenzen @ HK serba sedikit k.