Loading...

Wednesday, 15 July 2015

Biskut Semperit Susu Mudah dan Sedap

     Bila buka fb, tiap-tiap hari ada orang tayang biskut ni..memang jeles..ada macam-macam warna macam-macam bentuk.Disebabkan semangat sangat nak buat biskut ni..aku siap beli online ..acuan semperit pecah 15 ni..tapi.kualitinya...memamg tak berapa elok..kata tembaga..tapi lembik semacam je..baru guna je..bunganya dah macam sengat-senget.Apalah nasib.. Nak buat biskut raya ni.Alya lah yang paling semangat..semua bahan dia yang sediakan..tapi tak sangka pulak si kecik ni pun minat jugak nak menolong.


Mencabar betul nak buat biskut bila ada budak kecik yang tak reti duduk diam.



Biskut ni memang sedap..dan senang pula nak buat.Resepinya aku ambil kat fb.

250gm buttercups, 
1 tin susu pekat, (wa kurangkan susu)
400gm tepung jagung,(tambah banyak jugak sebab adunan tu lembik)
1Penutup esen vanila..(untuk hilangkan bau susu)
 ceri untuk hiasan. 

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan susu dan mentega. Pukul guna senduk kayu je.ataupun 
  2. Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C. 

Mula-mula buat warna kuning..bila bakar, nampak macam kesan hangus..tak cantikla pulak.

Bila buat dua warna macam ni , barulah ok .

Yang ni..bila dah masak pun masih lagi cantik warnanya. Tapi rasanya memang sedap.
Memang akan jadi resepi pilihan setiap kali hari raya..:)

9 comments:

  1. Alolo..rajinnya dia ye..
    singgah isi tabung nuff..

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. nampak gebus2 gittu

    Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  3. Rajin wa buat kuih.. akak kuih tunjuk aje ;)
    Salam lebaran aidilfitri buat wa sekeluarga ;)

    ReplyDelete
  4. sedap kan
    saya buat dua adunan lain lain warna.hihi
    saya pon suka tp suka letak coklat chip cepat sikit ..

    ReplyDelete
  5. Biskut susu memang sedap..tahun ni biskut ni terlajak laris :-))

    ReplyDelete
  6. da nak masuk raya qurban pulak...Wa nekcik guna nozzle yg buat icing tu...guna plastik bag..bunga nya cantik...

    ReplyDelete
  7. rajin nya 2 org dak comel ni...tolong ibu buat kuih ek

    ReplyDelete
  8. Diana belum pernah cuba lagi buat biskut ni...nmpak memang senanglah wa...

    ReplyDelete