Loading...

Sunday, 25 March 2012

I love India - Part 1


         Alhamdullilah , kami telah selamat kembali dari bercuti ke Golden Triangle dan Kashmir baru-baru ni . Aku bersyukur sangat-sangat sebab sejak kebelakangan ni..banyak impian aku dah tercapai, Cuma nak ke Mekah belum lagi dapat dilaksanakan memandangkan anak-anak kecik lagi dan tak de orang yang boleh aku tinggalkan untuk jaga mereka ..
       Korang pernah tak terbaca atau mengalami sendiri situasi ni , 
     
 ' India..?? Ko nak gi Indiaa..??? ..Eeeeee India kotorla... '
      ' Aku kalau dapat tiket free sekalipun aku tak nak pergi India tu '
     ' Eh, India tu tempat orang berak dan kencing meratalahh....' 

  Hmmmmm......aku pun sama , nilah kata kawan2 aku bila tahu aku nak ke India. Mungkin apa yang korang kata tu betul, tapi korang pernah ke sampai India , korang pernah ke baca buku pasal negara India ni.. jangan sebab nila setitik  rosak susu sebelanga k..Banyak lagi perkara2 best kat India ni , jangan dengar kata2 orang je..:) . So tepuk dada tanya seleralahh...yang pasti I loooooovee Indiaaa..:)

          
       
   Sebenarnya huru hara jugak plan aku kali ni , tiket AA ke delhi dah beli lama , tiket dari delhi ke Srinagar aku lambat beli sebab takut tak jadi travel je. Hotel pun semua last minit booking . Kali ni aku cadang upah driver untuk kami memandangkan aku tak confiden nak bawa anak-anak naik train dan teksi kat India tu . Dan aku nasihatkan kalau ada sapa-sapa yang bawak orang tua atau anak-anak , jangan cuba-cuba bawa diorang naik teksi atau tuk-tuk kat sana  terutama Delhi sebab, banyak debu dan habuk , sekejap je boleh batuk nanti .
           Dua minggu sebelum pergi , aku ada beremel dengan beberapa TA di India untuk bawa kami ke Agra Jaipur , Delhi dan Kashmir .Mula-mula aku dah deal dengan Vardham Vacation , itenary ikut itenary aku sebab aku bawa budak kecik, memang tak boleh masuk dengan itenary yang diorang sediakan.
           Tiga hari sebelum pergi , aku mintak no account semua untuk bayar deposit, tunggu punya tunggu sampai ke hari kami nak bertolak tu dia tak balas. Gerammm betullah
keli## ni..bayangkan betapa huru haranya hari tu , so dalam hati aku kalau tak dapat TA ni, terpaksalah aku turun naik teksi dan keretapi gak. 
         Masa tu dah pukul 2 ptg dah..dan kali kena ke airport dalam 3.15, mana sempat dah aku nak cari TA lain. Sambil2 kemas barang mana yang belum setel lagi , sempat gak aku print notes untuk ke Agra, ke Jaipur aku dah tak cukup masa dah..aku tawakal jelah nanti .   
         Then tiba-tiba aku teringat nak call kawan aku yang baru balik dari Kashmir . Ambil no contact TA tu dan suruh je dia tunggu kat airport malam ni . Masa tu tak deal harga semua lagi. Dalam hati aku, kalau mahal..matilah kali ni..lari budget aku.. tapi aku tak de choice …sekurang-kurangnya dah ada orang tunggu aku kat airport malam ni . Aku pun malas nak pening-pening kepala dengan ulat-ulat kat airport tu .

lawa airport India ni...

Kami sampai ke Delhi awal 30 minit , dalam pukul 9.15 kalau tak silap . Perjalanan 5 jam tu rasa lamaa sangatt sebab aku asik dok fikir , macam manalah travel kali ni , boleh ke Alya ngan Amsyar tahan dengan cuaca sejuk di Kashmir dan cuaca panas kat Delhi , tapi sekurang-kurangkan segala kelengkapan untuk mereka berdua aku dah sediakan , aku berdoa je moga dimudahkan perjalanan kali ni.

Sampai je airport , bila dah ambil beg , aku perasan stroller tak de, lama gak aku tunggu ..bila tanya staff kat situ rupa2nya stroller dia hantar tempat lain , bukannya tempat kita ambil beg tu . Stroller biasanya diorang letak kat kaunter no 12 . Bila dah setel semua , kami tercari-cari driver kami . 
       Alamakkk..tak ada!!!… aku dah gabra dah..takkan aku kena tipu kot…Panik gak masa tu , so kalau tak de driver , plan B cari teksi government warna kuning hitam kat luar tu .So masa kami keluar dari airport nak naik cab tu , kat luar tu , rupa-rupanya ramai driver yang memegang kertas bernama . Baru aku perasan rupanya yang kat dalam tu , semuanya pelanggan hotel 4/5 star je..hik..hik… Yang duk hotel budget cam kami ni driver kena tunggu luar . Kami dijemput oleh driver kami Jose  dengan Toyota Innova dan terus kami dibawa untuk dinner.

Ok jugak makan kat restoran ni , sedap nasi goreng beserta sate tu , dan kami order juga roti naan.Total makan malam ni dalam RM60 beserta air mineral berbotol-botol.
       Lepas tu kami dihantar ke hotel . Bila sampai je hotel tu , aku terperanjat…kalau sebelum ni aku pernah terbaca , kalau booking hotel online kat India ni , jangan hairanlah kat website lawa semacam, tapi bila masuk ,memang totally different dengan ada kat website tu . kali ni aku pulak yang terkena..aduhhhh, aku memang tak suka sangat hotel ni ….. tapi disebabkan mengantuk dan letih sangat dah, tido jelah.  Bila call room servis suruh hantar air mineral ,
     ‘ Sir , can you give me some money …’ hb aku terkejut … dia tak tahu yang kat sinni semua orang keje mintak tips je  :( ...

16 comments:

  1. Permulaan yg agak baik rasanya...
    Kagum, sbb gigih bawa anak2 yg masih kecil makan angin jauh2...

    ReplyDelete
  2. Haaa sama la.. i love india too.
    Rasa nak repeat lg tp tempat lain le pulok.

    Nape tak suka hotel tu?
    Cer cerita :D

    ReplyDelete
  3. India memang cantik, tp penuh dgn ranjau duri.

    Kalau dia mintak duit tu ok lagi, masa kat Mumbai dulu kalau tak kasik duit, dia calit air liur letak dgn badan kita. Lagi geli gelimat.

    ReplyDelete
  4. sambung2, suka baca cara wa menulis. :D

    ReplyDelete
  5. Mie, payah nak tinggal si kecik 2 orang tu , nanti tak boleh tido malam :)

    ReplyDelete
  6. dekdaa, hotel tu mecam bukan hotel je :(

    ReplyDelete
  7. wa..rajinnya travel..
    tapi,bagusla kan,jauh berjalan,luas permandangan ye..
    sambung cepat..nak jugak tahu kisah selanjutnya..

    ReplyDelete
  8. alamak...cerita tersangkut nih...suspen2...

    ReplyDelete
  9. salam wa...seronok jln2 tgk negra org kan...kalo nak g Mekah, bwk jer anak2 tu Wa...cam2 pengalaman leh rasa...

    ReplyDelete
  10. salam cik wa..kalau nak minta no agent tu boleh x?..plan nak pegi next year..mcm best je agent tu..

    ReplyDelete
  11. salam cik wa..nak minta contact no agent tu boleh x?..plan nak pegi next year..tq

    ReplyDelete
  12. Cerita kedai kopi-
    Sheikh Ahad
    +91 - 9419009591

    sangatlah baik orangnya..:)

    ReplyDelete
  13. http://www.theweeklypay.com/index.php?share=226603

    ReplyDelete
  14. http://www.theweeklypay.com/index.php?share=226603

    ReplyDelete
  15. http://www.theweeklypay.com/index.php?share=226603

    ReplyDelete
  16. http://www.theweeklypay.com/index.php?share=226603

    ReplyDelete