Sunday 23 September 2012

Indahnya sunset di Dal Lake

      Lamanya terhenti cerita I love India ni, so sebelum aku lupa ..aku cuba juga siapkan kisah suka duka perjalanan kami sekeluarga :)
        Selepas kembali dari Gulmarg , kami menaiki shikara untuk melihat keindahan dan juga perkampungan di Dal Lake. Oh ye, nak naik ni kena bayar 300rupee dalam 18ringgit duit kita. Tapi aku lupa 18 ringgit tu utk sorang atau untuk 1 shikara tu..soriii..
        Cuaca sangat sejuk petang tu ,  budak-budak ni dah macam nak selsema pun ada. 
Pengalaman kami menaiki shikara teramatlah besttt. Melihat kehidupan penduduk di perkampungan Dal Lake ni, memang cukup mengasyikkan.  Dari dalam shikara kami melihat ada 3 orang budak sedang berkejaran di tasik dal , apalah....kat Malaysia pong tiap-hari ada budak berkejaran kan......tapi , yang uniknya diorang ni berkejaran menggunakan sampan... :)  Sungguh indah zaman kanak-kanak , tak ada apa yang nak difikirkan kan..?
   Kebetulan kami naik Shikara dah petang, dan dapatlah kami melihat sunset yang sunguh indah dari shikara . 



         Aku suka sangat tengok kawasan perkampungan diorang ni. Masa ni diorang tengah sibuk masukkan sayur-sayuran dalam sampan kecik macam dalam gambar tu untuk dijual pagi besok. 
   Tapi masa tengah2 syok menghayati pemandangan tu shikara kami dihampiri oleh beberapa jurujual dengan sampan diorang. Kacau jelah dia ni..sibuk suruh beli saffron. Bayangan dari 900 rupee dia boleh turunkan harga sampai 100 rupee..last2 beli jugak..hahaha.. 
         Kemudian pemandu shikara ni bawa kami ke tempat jual barang-barang macam pasu dn macam-macam lagilah.. Ntahlah..aku tak minat sangat mende2 macam tu, lagipun kalau travel aku ni jarang sangat shopping...yang penting beli fridge magnet je buat kenangan.
   Kemudian kami keluar dari kedai tu dan teruskan perjalanan, masa tu pun dah sejukkkk sangat , tapi suasana kat Dal Lake tu cukup tenang. Sesekali kami selisih dengan orang tempatan yang sedang mengayuh sampan masing-masing.    
       Semasa aku sedang asyik menghayati pemandangan dari shikara, aku terlihat gadis comel ni.
Gambar 1 - dia tak perasan kehadiran kami .
Gambar 2 - bila dia nampak kami dia jerit
                                         ' Sir !!!!!!!!! Sir!!!!!!!!!!!!wait sirrr!!!!


Gambar 3 - dia cepat-cepat naik sampan menuju ke shikara kami
            Sir!!Sir!! Hot chocolate sir... Sirr!! You want hot chocolate sir ?? sambil mengayuh laju sampannya..
Tiba-tiba pemandu shikara tu bersuara ..ahhhh..aku tak faham apa dia cakap sebab dia guna bahasa Hindi ,tapi aku boleh agak dia marah budak tu menghampiri kami .
Gambar 4 - Gadis comel tu mula memperlahankan sampannya ...
       Honestly, sampai sekarang aku masih teringat kat dia.. masih kedengaran lagi suara nyaringnya menyebut hot chocolate dan sampai hari ni aku kesal sebab aku tak beli hot chocolatenya..sebab aku nampak betapa hampanya wajah dia bila pemandu shikara kami memarahinya....

Kat sana pukul 6 pun dah gelap sebab winter.Kami pun dah mengiggil kat dalam shikara tu walaupun dah berwinter coat dan berselimut tebal.
 Selepas mengelilingi tasik dalam 2 jam lebih , kami pun pulang ke house boat, disambut oleh Sajar . Masa tu terus naik dan minum teh kashmir yang sedap..cubalah rasa , lain rasa tehnya dengan teh kita..dah terus dinner sebab lapar yang amat..cuaca sejuk memang buat kita cepat lapar :).Malam tu kami tidur cepat dalam kepenatan  dan kena bangun awal sebab untuk besok perjalanan kami lagi jauh . 


11 comments:

  1. cantiknya...dan dapat rasa ketenangan dan kesegaran tu..

    ReplyDelete
  2. alaaaaaa....windu balik dah niii.. waaaaa.. u kannnn.. huuu..huu..

    INSYALLAH next year akak akan ke sana lagi.. with group..

    ReplyDelete
  3. apsal dorang naik sampan betol2 kat ujung....x takut terbalik ke? hehe..

    ReplyDelete
  4. saya baca pon sayu je..mmm comel budak perempuan tu..

    ReplyDelete
  5. Norh..memang antik dan tenang sangat tempat tu ..:)

    ReplyDelete
  6. Hajar..nasib baik Alya tu tahan sejuk kan..kalau tak payah gak k wa nak bejalan :)

    K yan..memanglah kashmir ni tempat yang akan dirindu sampai bila2..:)

    ReplyDelete
  7. Hulubalang...tu namanya diorang dah expertt..dari kecik dah bawak sampan..:)

    Siti :...kan...?? rindu pulak kat budak tu..:(

    ReplyDelete
  8. bestnya nampak kashmir tu....bila nak jejak ke sana

    ReplyDelete
  9. subhanallah...cantiknya pemandangan di danau toba

    ReplyDelete
  10. tetiba rasa nak pi india...bukan apa, sebab kelainannya :)

    ReplyDelete