Loading...

Tuesday, 15 July 2014

Resipi Chicken Chop - Memang Sedap



        Salam Ramadhan buat semua , nak buat entry Ramadhan asyik tertangguh sebab handphone dah retak seribu dibuat Amsyar ,adoilaaa....makin lasak si anak autismku..:-( .  
      Cerita hari pertama Ramadhan, kami balik kampung sebab kebetulan puasa kan hari Sabtu, hubby pulak request nak makan chicken chop..berpeluh-peluh masak untuk 15 orang makan..
       Hari pertama puasa , memang bermalas malasan je..pukul 12 baru pegi beli ayam dan barang-barang nak masak. Dah sampai rumah mil masa tu dah pukul 2 , bermulalah kerja nak asingkan isi ayam dari paha...masa tu beli dalam 25 ketul paha ayam, nak asingkan isi ayam tu sampai merah-merah dah pedih tangan. Dah siapkan semua tu , buat pulak mashed potato dan sos blackpaper . Hasilnya sampai dah azan pun,masih lagi goreng ayam sebab tak sempat siap...heehe...nasiblahhh.Memang ambil masa nak masak chicken chop ni kalau untuk makan ramai-ramai.                 
        "Banyak dapat pahala kita bagi orang makan pada bulan puasa.." kata hubby..huhuhu..

Untuk resepi chicken chop ni , memang dari dulu lagi aku guna resepi dari   blog Jintan Manis

Bahan-bahanya
2 keping dada ayam atau bahagian peha boneless -ayam ni wa ketuk-ketuk dulu biar jadi nipis isinya
1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*
2 sudu kecil serbuk lada hitam*
2 inci halia*
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)*
2 ulas bwg putih*
1/2 kiub pati ayam maggi*

Untuk salutan ( sedikit tepung gandum, 1 biji telur yang telah dikocak dan 1 cawan serbuk roti)
Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, kemudian cucuk ayam tadi dengan garpu, gaul ayam dengan bahan kisar dan perap 2 atau 3 jam di dalam bekas bertutup, simpan dalam peti ais

Setelah diperap, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, next salut telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing.


Tepung gandum, telor dan serbuk roti



    1- Salut ayam dengan tepung gandum(tekan-tekan sikit supaya gandum tu melekat kat ayam )                                                                
    2 - Lepas tu salut ayam dengan telur 
    3- Salut pula dengan serbuk roti (sama jugak, tekan-tekan sikit supaya elok tersalut serbuk roti tu) ,kemudian goreng hingga garing.


Resepi sos lada hitam pula . resepi asalnya wa ambil di...
myresipi

Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah )

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara

Cairkan butter dengan api kecil.
Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..

40 comments:

  1. SEDAPNI BOLEH CUBA BUAT...

    ReplyDelete
  2. Saya lebih suka chicken chop yang di grill...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mie,boleh je nak grill,x pyah letak bread crumbs tu

      Delete
  3. salam, tk sudi singgah blog sy. best chic chop ni..feveret kitorg sekuarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menjadi kegemaran kitorang sekeluarga jugak.

      Delete
  4. Mmg nampak sedap.. nanti boleh try buat jugak.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tryla siss, jangan x try :-)

      Delete
  5. Assalam...nampak sedap dan menyelerakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, fazli..comfirm sedap..

      Delete
  6. Nampak sedap..posa2 semua teringin nk makan...salam perkenalan kak sarah done folo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he, mmgla sarah..kan, semua nak makn

      Delete
  7. Wa....sungguh menggiurkan ni hehe....pernah gak buat chicken black paper ni tp bukan chop, grill hehe....
    Bis tu depa makan apa masa buka Wa...kurma je ke ?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he...sempala makan sorg satu siss, nak tambah tu tak cukup..

      Delete
  8. Nak buat jugak la nanti.. thanks Wa atas perkongsian resepi.

    ReplyDelete
  9. mmg nmpak sedapppp sgt..masak utk 15 org makan dah mcm chef kat restoren kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he...yelah lily..habis berterabur dapur MIL:-)

      Delete
  10. Terima kasih, sudi singgah blog che mid. Lama tak buat chicken chop ni...betul cakap suami, besar pahala siapkan makan untuk berbuka puasa ni. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah che mid..kan.besar pahalanya..:-)

      Delete
  11. wow sedapnya
    saya belum lagi sampai level ni...hehe
    anyway saya membalas kunjungan n done follow sini juga =)

    ReplyDelete
  12. alamakk....tengok ni lapa jadinya...

    done follow here..:)

    ReplyDelete
  13. ooo guna tepung gandum je ek nice...sedap lgi buat sndri kan...

    ReplyDelete
  14. teringat anak buah tanya camna nak buat chicken chop ...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak wa, alaa sedapnya. semalam baru teringat nak macam chicken chop. hehe singgah menabung groupon sini dan follow blog kak wa ~~~

    ReplyDelete
  16. nampak sedap. suami suka ni. nanti free2 bole la sy try..

    ReplyDelete
  17. salam. wahhh..bole cuba ni hihi

    ReplyDelete
  18. assalam wa..terima kasih..kongsi resepi dan tunujuk gambar sekali..

    ReplyDelete
  19. betul ke sedap nie? nanti nak cuba laaa.. :D thanks wa

    ReplyDelete
  20. patutlah kedai jual mahal..bukan senang nak buat..huhu

    ReplyDelete
  21. buat sendiri lagi puas hatikan...

    ReplyDelete
  22. wahh..xtertahan nk tgok mknn nie sdp sgt..suke,,nk try buat la sndri

    ReplyDelete
  23. Dah cuba sedap tq

    ReplyDelete
  24. Banyaknya 15, berpeluh iolls kalo kena buat banyak tu

    ReplyDelete
  25. Kalau jadikan sos tu utk sos mashed potato okay ke?

    ReplyDelete
  26. Sedapnya chicken chop...ada masa nak try buat ni Wa....

    ReplyDelete
  27. sedapnyer chicken chop my fav..
    boleh lah buat sendiri nanti
    http://mummyumardian.blogspot.my/
    http://dnibabyscute1.blogspot.my/

    ReplyDelete
  28. Dah try arini, simple recipe and memang menjadi :)

    ReplyDelete