Wednesday 28 March 2012

I love India - Beautiful Kashmir

        Hari ni hari ke 2 kami di India. Hari ni memang aku excited sangat sebab kami akan ke Kashmir. Sebenarnya sebelum sampai ke Kashmir , aku pun konfius , sebab setahu aku Kashmir ni dalam negara Pakistan. Rupa-rupanya Kashmir ni dikongsi oleh tiga negara iaitu Pakistan , India dan juga China.Menarik gak fakta ni , dan aku pun baru tahu je..apalahhh..agaknya kalau aku tak ke Kashmir, sampai bila-bila aku ingat Kashmir ni kat Pakistan je. Kashmir juga dikenali dengan  “Surga Dunia”, karena keindahan alamnya yang mempesona. Betul ke ?...Mungkin betul, mungkin juga tak..:) Aku pun tak sabar-sabar nak melihat sendiri syurga dunia yang digambarkan tu.       Kitorang check out awal dari hotel sebab flight ke srinagar jam 10.45 . Kalau nak ke sana ,dinasihatkan berada 2 atau 3 jam lebih awal diairport  .  Masa kami keluar je dari hotel ,driver dah tunggu dan terus hantar kami ke terminal 1D untuk ke Srinagar . Oh ye, masa nak keluar hotel je tadi, dah ada yang tunggu kat luar bilik
nak tolong angkat beg. Macam biasalah..
           ' Sir, money sir...  , 
Selagi tak bagi, selagi tulah dia tak beredar, masalahnya bukan sorang , 3 orang sekali mintak..adehhhh.. 
 Terminal 1D , Setiap bag yang masuk cabin , even beg kecik pun , pastikan diorang cop dekat tag tu.

Sebenarnya banyak local flight ke Srinagar ni , tapi yang ni paling murah aku dapat dan tak transit mana-mana. Kalau nak murah lagi ada gak, tapi flight ni transit kat Jammu jap ambil penumpang. So far kat airport ni kami tak de apa-apa masalah, jauh beza dengan apa yang aku baca kat internet . Memang ada beberapa kali security check , tapi sebab aku bawak baby kot peramah je diorang tu semua tegur si Amsyar.:) . 
      Masa kat dalam flight ni sempat gak aku berebut tempat ngan Alya,hahaha... Aku memang nak duk tepi sebab nak amik gambar Banjaran Himalaya dari dalam flight, tapi dia degil gak nak duk tepi. Rasa macam nak debik je dia masa tu , hihi..taklaaa..just kidding k..Ni jelah sekeping gambar banjaran Himalaya yang sempat aku snap, tu pun setelah puas bertolak-tolak dengan Alya.Perjalanan kami ke Srinagar menaiki GoAir mengambil masa 1 jam 15 minit dan kami sampai dalam pukul 1.13 .
dah tidur budak-budak ni, barulah boleh rest kejap :)
        Sampai je di Srinagar , bila keluar dari airport, kami telah ditunggu oleh dua jejaka . Bila aku keluar je , dia terus hampiri aku dan tanya Miss Azlina?.Sambil tersenyum dan memegang kertas yang dah tertulis nama aku. Sebenarnya ramai pelancong dari Malaysia dah pernah sampai kesini , jadi diorang ni dah kenal rupa orang Malaysia, hehe...Diorang ni   peramah sangat-sangat macam dah lama kenal je. Terus je diorang dukung Aya dan Amsyar .Legaaa kejap.. dari tadi duk  meriba dan dukung Amsyar , lengoh satu badan., sekarang barulah  boleh berlenggang kankung . Kat sini tak payah risau kalau bawak beg melambak-lambak pun sebab dah ada orang yang tunggu nak bawak beg kita. Just bayar tips je. Tips terpulanglah pada diri masing-masing , 20rupee , 30 rupee , 50 rupee , tapi ada gak yang demand nak lebih . 
       Bila je berada di luar airport tu , dari jauh dah kelihatan gunung ganang yang diliputi salji. Punyalah aku seronok..hik..hik , rasa macam budak2 je, ni first time tengok salji real, walau dari jauh je.

  lawa kan Kashmir ?
  Dari airport kami  terus menuju ke pekan Srinagar.Kashmir ni masih lagi bergolak , sebab tulah sepanjang jalan kami nampak ramai askar bersenjata di kiri dan kanan jalan. Sebenarnya rasa lega dan bimbang bersilih ganti dalam fikiran aku sepanjang perjalanan ke jeti. Lega sebab dah selamat menjejakkan kaki ke bumi Kashmir yang indah , tapi bimbang jugak sebab urusan belum selesai dan belum mula lagipun. Bimbang gak nak deal ngan Sheikh Ahad ni. Manalah tahu charge dia mahal kan ?
      Dalam perjalanan , kami singgah ke kedai kasut dan belikan kasut Alya. Kemudian kami terus dibawa untuk menaiki Shikara dan akan dibawa ke ‘houseboat’.Macam mana aku nak gambarkan pekan Srinagar ni ek…  tenang je, dengan pemandangan musim winter belum habis lagi. Tapi yang bestnya bila dapat lihat gunung-ganang bersalji dari jauh.Memang lawa sangat pemandangannya. 
       Masa kat dalam kereta, Mansur dan kawannya asyik memuji Sheikh Ahad. Menurut mereka , Sheikh Ahadlah  boss yang paling baik didunia, setiap kebajikan pekerja dijaga dari yang sebesar-besar hinggalah yang paling kecil. Alhamdullillah, syukurlah dan seronok aku mendengar kata-kata diorang, dengan harapan dia caj aku murah jelah nanti ,hahaha....tolonglahhhhh, kalau tak , misi aku nak shopping sakan kat Sarojini market nanti tergendalalah gamaknya.
       Sampai je jeti , Sheikh telah menunggu dan dia membawa kami ke  houseboat.Subhanallah.

ni kat jeti..
shikara..semuanya berhias lawa.


      Pemandangan dari Shikara tu tersangatlah lawa dan tempat ni cukup unik sebab kiri-kanan ada floating market/shop . 


antara floating shop yang ada
Terleka kami seketika menyaksikan betapa indahnya ciptaan Ilahi. Masa tu aku rasa syahdu pun ada jugak.Kesempatan menikmati keindahan alam  bersama suami dan anak-anak tersayang aku rasa amat berharga dan terlalu bernilai, tak dapat ditukar dengan harta dunia. Amsyar yang masih kecik , mungkin belum mengerti , tapi aku tengok Alya ni dia macam dah pandai menghargai apa yang ada disekeliling dia. Tak putus2 bibir comelnya bekata
       ' Ibu ...cantikkan tempat ni '
       'Abah ...cantikkan tempat ni ,
Senyuman tak lekang dari bibirnya menggambarkan betapa dia terpegun dengan apa yang ada kat sekeliling dia.
Syukurlah Alya , kita diberi peluang untuk melihat keindahan alam ni, tak semua orang bernasib baik macam kita tau.
Bila nampak je salji kat gunung tu terus dia jerit ..'ibuuuu...snowww, ibu..snoww...' . 
   Untuk pengetahuan , houseboat terletak di Dal Lake dan dikelilingi gunung ganang bersalji terutama musim winter. Ada antara houseboat ni yang mengadap jeti dan dekat jelah dari jeti tu , dan ada juga houseboat yang terletak dikawasan belakang mengadap gunung. 
      Sambil kami menyaksikan keindahan dal lake , sambil tu jugak kami berkenalan dengan Sheikh Ahmad, lembut je bicara dia , orangnya  segak dan tak lekang dengan senyuman.Dia sangat mengalu-alukan kedatangan kami sekeluarga. Dalam hati aku , syukurlah dapat jumpa dengan Sheikh ni ,kalau tak tak taulah macam mana. Semasa di dalam shikara , kami dihimpit oleh beberapa shikara yang menjual macam-macam barang . Sebenarnya disini tulah cara mereka mencari pelanggan.Masa dalam houseboat tu menggigil jugak sejuknya ditambah dengan angin kuat yang bertiup, dah pakai winter coat pun terasa lagi sejuk sampai ke tulang.. 
        Bila sampai di houseboat kami disambut oleh penjaga houseboat , Sajar ..agak pendiam orangnya tapi baik sangat.Houseboat Green Paradise yang kami duduk   cukup unik dan bersih . 
Green Paradise Houseboat
Pemandangan dari houseboat kami memanglah sangat mengasyikkan . Sesekali kelihatan wanita tempatan mendayung sampan , memang bestlahh, pengalaman ni aku rasa memang terlalu besttttt. Rasa macam nak pinjam je sampan dia nak nak try pusing-pusing area tasik ni..boleh tak ?..hik..hik...hikkk..

..view dari houseboat
        Menurut Sheikh Ahad , kalau  bulan April , pokok lotus akan memenuhi tasik ni, wahhhhh...mesti lawakan, dan bermula april kawasan ni dikatakan peak season, kalau nak datang bulan April better book cepat-cepat ,satu lagi harga akan berganda-ganda mahal kalau nak compare dengan winter.Bermula April jugak Kat Kashmir ni 'tulip garden' akan mula dibuka.Jadi kitorang tak sempat nak melihat semua tu sebab datang musim winter dan sampai bila2 pun tak boleh datang bulan April sebab tak sama dengan cuti sekolah.
cantiknya..tak dapat nak explain dengan apa jua perkataan :)


55 comments:

  1. salam wa..sangat cantikla..subhanallah,teruja saya baca sampai habis ,tengok sume gambar tu..house boat pun nmpk best jugak..
    nak pigi..nak pigi..
    *tak salah saya ,husband kpd kwn saya ada buat pakej melancong ke kashmir..tapi,tula tak tanya lebih lanjut pulak*

    ReplyDelete
  2. Salam Yong Ladywa,

    Salam ziarah dr Istanbul.
    Tima kasih singgah dan follow blog akak.
    Waaahhh rajin berjalan jugak yaa. Subhanallah mmg cantik Kashmir, sayangnya politik dia bergolak. Sonok nampak dok dlm bot tu!

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...tengok gambar2 ni seolah2 melambai2 kami ke kashmir... entah bila la tu

    ReplyDelete
  4. Sayangnya flight ke Delhi dah ditamatkan, kalau tak boleh juga ambil peluang ke sana.

    Kashmir memang cantik...

    ReplyDelete
  5. seronoknyaaa sangat adventurous!

    ReplyDelete
  6. cantik la..tuh seronoknye kalau ber belog ni kan..walau tak pegi tp dapat jugak tgk...betul saya sokong, menikmati percutian dgn famili mmg tak terkata bahagianya..hehe

    ReplyDelete
  7. Kamalia, memang tak dapat nak cerota , kene tengok sendiri baru dapat feel dia hihi

    ReplyDelete
  8. Moh Kembara , memang best , duk dalam boat tu rasa macam permaisuri je :)

    ReplyDelete
  9. Mie, tulah..kalau ada lagi tiket ke DElhi , mau aku beli semata2 nak gi Sarojini market je..

    ReplyDelete
  10. Baru tahu pasal fakta Kashmir tu... Wahh... banyak pengalaman menarik dia lah dekat sini :) Mana-mana tempat asal kita hargai suasananya pada saya semua seronok aje kan?

    ReplyDelete
  11. cantiknya...

    seronok plak bila tengok gambar2 kt sini....bila la sy nk smpi sana jugak...hehe

    ReplyDelete
  12. wa,
    teruja sgt nak baca entry. tp awat tulisannya kecik bebeno. adeh... sakit mata. tp pic ok.. ada perubahan, ada yg besar. ida suka sgt2.
    boleh tak tukar saiz font... hehe.... jgn marah ye...

    ReplyDelete
  13. haah la wa, tulisan terguna font kecik eh? hehe.. kene besarkan baru puas baca ni. tp SubhanaAllah mmg cantik!

    ReplyDelete
  14. salam kunjung balas ke sini..wah menarik tgk gambar holiday ni...saya lum sampai sana lagi:)

    ReplyDelete
  15. salam wa

    kashmir memang antara tempat yang menarik dr segi landscape utk dikunjungi


    kalau saya kat sana pasti leka dok cari spot baik utk dirakamkan ke dslr

    psss tulisan wa kecik sangat , mata saya terpaksa cegilkan nak baca hehehe

    anyway, enjoy baca pengalaman wa sekeluarga ke sana

    ReplyDelete
  16. salam wa.. Nice blog indeed. Bestnye dapat travel g Delhi. Kepingin nak ke sana tapi dgn anak kecik2 alahai...tapi
    Insya Allah, ada rezeki sampai

    jemput exchange link dgn saya ye^^
    REDCOMEL

    ReplyDelete
  17. waa...akak pun tinggal kat houseboat??? tgok entry ni, buat saye plak rindu nk ke kashmir lagi.. btw tyme akak gi sana, dapat tengok pesta tulip x?

    ReplyDelete
  18. wa,
    tak tahan... walau font kecik, redah jugak bc sampai abis sebab tak tahan tgk picnya yg subhanallah cantik sgt2...
    wa, nak minta izin save gambar tasik yang cantik sgt itu.
    tak sabar nyer nak pegi jugak. akak pernah sampai India tp sekejap aje..

    ReplyDelete
  19. kecik ke tulisannya,,,hehehe, wa baca ok je, ok nanti next entry wa besarkan k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum pn, boleh share no phone. saya berminat utk kesana march 2018 bersama suami dan anak. banyak yang perlu saya tanya. kalau tidak keberatan....tq

      Delete
    2. 0123560857 maaf ye lambat balas..tak perasan

      Delete
  20. assalamualaikum dr mama..bestnya dah sampai India..bila pulak ek mamablh kesana?..he2x..thanks ..

    ReplyDelete
  21. salam wa,

    smlm dh singgah tp t.dpt komen n tngok gmba dgn baik. wah mmng mnakjubkan!

    ReplyDelete
  22. Assalam sis, boleh tau brape pkej sis dpat mase ke kashmir nie?

    Email sy:
    fiza.annisa@gmail.com

    Kalau ade rezeki n dlm budget, insyaallah berhajat nak ke sane :)

    ReplyDelete
  23. asslamualaikum sis...sy mmg sdg survey nak bercuti ke india..boleh sis bg contact atau email adress sykt pelancongan yg sis gunakan di sana...ni alamat email saya.

    noridayu77@gmail.com

    ReplyDelete
  24. Salam blh tak bg contact person kat kashmir sy plan nak pergi bulan 5 nie secara backpackers dgn hubby...emai sy hilmiyaton@gmail.com

    ReplyDelete
  25. Salam sis, sy dh lama plan nk ke India & kashmir tp xdpt contact mana2 agent di kashmir.. Boleh tlg email contact no agent yg akak guna di kashmir? Email sy fazleeda_fazin@yahoo.com

    ReplyDelete
  26. Salam..blh tak bg contact kat kashmir sy plan jk pegi sana jun ni sec backpacker...aidayusop@yahoo.com

    ReplyDelete
  27. Salam. Interesting sangat pengalaman sis. Boleh ke email kpd saya kontak no utk hoseboat n ajen di kashmir/srinagar tu. Saya akan ke sana 17 jun ini. Tk

    ReplyDelete
  28. Salam, kak

    Saya nak dapatkan contact no yang kashmir tuh juga boleh? hehe

    email
    watashi_buzz@yahoo.com

    terima kasih banyak2!

    ReplyDelete
  29. Assalam LadyWa,

    Sangat menarik post @ Kashmir.
    Bole bagi saya info tentang agent di Kashmir & berapa budget

    my email nfadzilahz@yahoo.com

    ReplyDelete
  30. Salam kak.blh tlg email contact agen di kashmir tu.tq
    chaos_id83@yahoo.com

    ReplyDelete
  31. Assalam.. boleh bg sy contact yg dikashmir tu?

    Email sy nurakma2612@yahoo.com

    Thnx

    ReplyDelete
  32. As salam..blh bg sy contact agen di Kashmir dan brapa budget

    Email sy asroha.saad@gmail.com

    Tqvm

    ReplyDelete
  33. Saya pun nak ctc no agent tu..e mail saya masarris_6556@yahoo.com.
    Tksh

    ReplyDelete
  34. Assalam
    Blh br sy ctc no agent di kashmir tu?
    Email sy..masarris_6556@yahoo,com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  35. Salam.sy fariza...sy tgh cri travel agent untuk ke india...boleh sis emelkn ke sy... emerald_fareeza@yahoo.com plan nk g bulan 7 nie....after raya...tolong ye sis...thank u...

    ReplyDelete
  36. Salam.sy fariza...sy tgh cri travel agent untuk ke india...boleh sis emelkn ke sy... emerald_fareeza@yahoo.com plan nk g bulan 7 nie....after raya...tolong ye sis...thank u...

    ReplyDelete
  37. Salam.sy fariza...sy tgh cri travel agent untuk ke india...boleh sis emelkn ke sy... emerald_fareeza@yahoo.com plan nk g bulan 7 nie....after raya...tolong ye sis...thank u...

    ReplyDelete
  38. Salam.sy fariza...sy tgh cri travel agent untuk ke india...boleh sis emelkn ke sy... emerald_fareeza@yahoo.com plan nk g bulan 7 nie....after raya...tolong ye sis...thank u..

    ReplyDelete
  39. Salam.sy fariza...sy tgh cri travel agent untuk ke india...boleh sis emelkn ke sy... emerald_fareeza@yahoo.com plan nk g bulan 7 nie....after raya...tolong ye sis...thank u...

    ReplyDelete
  40. Salam.sy fariza...sy tgh cri travel agent untuk ke india...boleh sis emelkn ke sy... emerald_fareeza@yahoo.com plan nk g bulan 7 nie....after raya...tolong ye sis...thank u...

    ReplyDelete
  41. Salam.sy fariza...sy tgh cri travel agent untuk ke india...boleh sis emelkn ke sy... emerald_fareeza@yahoo.com plan nk g bulan 7 nie....after raya...tolong ye sis...thank u...

    ReplyDelete
  42. Salam.sy fariza...sy tgh cri travel agent untuk ke india...boleh sis emelkn ke sy... emerald_fareeza@yahoo.com plan nk g bulan 7 nie....after raya...tolong ye sis...thank u...

    ReplyDelete
  43. Alamak ...sorry lambat,dah lama x bukak blog...bleh cek kat sini....http://ladywa.blogspot.com/2014/11/india-itenary-kos-travel-agent.html?m=1

    ReplyDelete
  44. Salam sis, nk nombor sheikh tu boleh?

    ReplyDelete
  45. Wan.... ada kat sini.....http://ladywa.blogspot.com/2014/11/india-itenary-kos-travel-agent.html?m=1

    ReplyDelete
  46. Salam...nak tanya, masa u pegi india, semua hotel book sendiri atau pakai travel agent? Sy nk pegi bulan apr ni to apa pun x book lg..

    ReplyDelete
  47. salam..
    boleh bagi contact agen kat khasmir. tuanazizahtuanngah@yahoo.com

    ReplyDelete
  48. Ada kat sini .... http://ladywa.blogspot.my/2014/11/india-itenary-kos-travel-agent.html?m=1

    ReplyDelete
  49. Minta contact number agent di India.
    Thanks

    ReplyDelete
  50. My email fazelina74@gmail.com

    ReplyDelete