Tuesday 31 January 2012

Day 5 ~ Fun Day at Disneyland- Part 2

Salam..lamanya tergantung cerita Disneyland ni...Sekarang baru ada masa nak tulis..entry sebelumnya sini k..Disneyland Part 1
Selepas je tengok show..kami terus ke Towntoon, skip semua tempat lain, sebab nak  bagi can Alya main dulu .
semuanya best-best...

       Masa masuk Towntown tu memang ramaiiii sangat manusiaa... tak de can nak main games kat situ . So kami just lepak-lepak je kat sini sambil makan popcorn .Rasanya popcorn kelima dah hari tu hehe..Ohh..harga popcorn kat sini RM 12 sepack. Yang bestnya ada macam-macam perisa, ada perisa curry , milk , caramel ( yang ni sedaaapppp ) dan macam-macam lagilah. Dekat Toontown ni banyak benda yang best. Ada rumah Minnie Mouse , rumah Mickey Mouse , Rumah Goofy , tapi semua tengok dari luar je sebab tak sanggup nak beratur lama-lama.

Memandangkan terlalu ramai orang, kami terus balik ke Hotel untuk check in dan akan datang semula malam nanti . Kami telah memilih untuk menginap semalam di Disney official resort , Tokyo Bay Maihama Hotel.Nanti aku buat entry pasal hotel ni.Antara kelebihan menginap di hotel official disney ialah
- boleh terus beli tiket kat hotel
- boleh keluar masuk disneyland bila-bila masa ( kena cop kat tangan sebelum keluar Disneyland )
- boleh tinggalkan beg dan terus ke Disneyland tanpa check in hotel dulu.

dan ada banyak lagi , tapi atas sebab-sebab diatas tulah aku telah pilih nak tido kat sini walaupun harga agak mahal, tapi  still murah sebab ada promo masa tu .
             Untuk ke hotel , kami perlu menaiki dua jenis transport iaitu Disney Resort line dan Disney Resort Cruiser. Bestttttt giler naik ni . Nanti aku citer pasal ni k next entry . Bila sampai je ke hotel , kami terus buka bekalan yang kami bawa dari House Ikebukuro pagi tadi , bayangkan hari ni cuma makan pop corn je seharian :) . So dengan berseleranya kami makan nasi berlaukkan ayam goreng yang aku goreng pagi-pagi tadi sebelum ke Disneyland dan sambal sardin juga sambal ikan bilis yang kami bawa dari Malaysia. Alhamdulillah , kenyang sangat-sangat .
          Lepas makan dan berehat sebentar , kami terus keluar untuk ke Disneyland sebab pukul 7.30 nanti akan ada parade lagi . Tapi yang silapnya bila sampai je kat station , aku dah salah jalan, patut turun je tangga jalan sikit dah jumpa entrance ke Disneyland. Macam mana ntah boleh salah jalan tak taula..so kami miss parade yang menurut staf kat situ tadi parade yang paling bestt untuk tahun ni . Aha..apa nak buat...







tapi bila masuk je Disneyland..mata tak lepas dari pandang castle tu. Cantikkk sangat-sangat.......honestly, tiap kali nampak je mesti nak snap gambar..walaupun gambar tu sama je..hehe.



 night view
Kami terus menuju  ke toon town. Masa ni tak ramai sangat orang, jadi kami terus je bawak Alya naik games kat situ.Selepas main games , kami terus menuju ke Rumah Mickey Mouse . Masa nak masuk tu , tiba-tiba kami dengar annoucement yang akan ada pertunjukan bunga api sebentar lagi . Kami tak nak ketinggalan melihat pertujukan bunga api .
       Kemudian, kami terus masuk ke rumah Mickey Mouse, walaupun waiting time 5 minit je, tapi kat dalam tu panjang q rupanya.Lama jugak kami kat dalam rumah Mickey Mouse ni sebelum dapat jumpa tuan rumah,  hihihi. Tapi kat dalam rumah ni macam-macam mende yang cute mute dan tak bosan langsung walaupun terpaksa q lama.
carrot tu boleh turun dan naik :)
semuanya cute dalam rumah ni..
               Bila sampai giliran kitorang nak bergambar dengan Mickey Mouse , Mickey Mouse tu terus turun dan peluk Alya..masa tu aku tengok Alya macam tergamam jap sebab tak sangka dapat jumpa Mickey Mouse kot.Kat dalam tu ada sorang staff jaga dan akan tolong ambil gambar kita dan family . Masa kami nak bergambar dengan Mickey mouse tu , Mickey Mouse turun dari pentas dan menuju ke arah Amsyar yang sedang tido lena dalam stroller masa tu , Aku ingat dia nak tengok dan usik je..rupa2nya dia suruh aku ambil Amsyar yang sedang tido bergambar sekali . Ohhh, aku pun tak terfikir sebenarnya... tapi baguslah..sebab ada gambar kami satu family dengan Mickey Mouse, lama jugaklah Mickey Mouse layan Alya dalam tu dan aku tengok Alya sengeh je manjang walaupun muka dia nampak macam pelik je ..

Oleh kerana happy dan excited sangat , beg susu Amsyar boleh tertinggal kat dalam tu , nasib baik staff kat dalam tu sedar dan kejar kami yang masa tu dah nak sampai pintu keluar. Nasib baik...
    Kemudian , kami bawa Alya untuk main games lagi, masa tu tak ramai orang dah, merasalah main beberapa games yang siang tadi kami tak dapat main.

Tepat pukul 10 malam , Disneyland pun dah nak tutup.... kami pulang dengan seribu senyuman,rasanya harga tiket RM 200 lebih tu terlalu murah untuk merasai macam-macam pengalaman yang ada disini. Balik hotel..makan lagi ....dan macam biasa budak-budak ni bukannya reti tidur awal...pukul 2 pagi jugak baru boleh tido... tak sabar nak tunggu hari besok.kami akan ke Disneysea..pula. 
Ni gambar2 terakhir yang sempat snap kat Disneyland.... adios......:)

14 comments:

  1. bestnye dpt masuk Disneyland..sy sampai dkt pintu gerbang merah je..sedih tol..huhu

    ReplyDelete
  2. best.. best.. best...
    mmg best semua tempat2 ni.
    ida bayangkan kalau ida bawak amira... sure amira tak nak balik ni... jenuh pulaklah nak kenen amira utk balik.... sebab semuanya best!!!!

    ReplyDelete
  3. Wah besar betul belanja kalau melancung ke Jepun ni... Tentu habis ribu riban. Tak kesah la kan, asalkan puas hati...

    ReplyDelete
  4. K Sal... anak akan kan ada kat sana....bila-bila je boleh gi..no worries okey..:)

    ReplyDelete
  5. Weee best! Gmbr pun cantik sgt!

    ReplyDelete
  6. Alahai.. bestnya! Mesti tido pun masih tersenyum2 riang kan..

    ReplyDelete
  7. teruja akakni ha tengok gambar2ni semua.. puas hati tengok.. adik akak gi sana tapi takder gambar sebest gini...
    ala bilalah dapat akak gi bawak anak2ni yerk.. 200 lebihtu untuk sefamilyker atau seorang...

    ReplyDelete
  8. k zila, 200 lbih tu utk org dewasa. kanak2 harga lain. mcm alya tu free je..

    ReplyDelete
  9. ooo tapoi kira ok gak 200 lebihtu kot sebab disneylandkan...
    akak dah baca dah pasal tikettu kat entry sebelum ini...
    wa.. cepatler sambung cerita nyer ni..kalau dah sambung bagi tau...

    ReplyDelete
  10. Aωesomе blog! Do you havе any tiρs аnd hints fοr asρiring writerѕ?
    I'm hoping to start my own site soon but I'm a lіttle lost on eveгything.
    Woulԁ уοu ѕuggеst stаrtіng wіth a freе platform likе
    Worԁpгesѕ oг gο for a pаіd
    οption? Thеre aгe ѕo many choices out theгe thаt Ι'm completely overwhelmed .. Any suggestions? Thank you!

    Here is my web-site; natural breast enlargement

    ReplyDelete
  11. Have you еver conѕidered abоut adding a little bit
    more than juѕt your articleѕ? I mеan, whаt you ѕay іs fundаmental and all.
    But think about if you addeԁ some grеat photоs or videos to gіve уour posts morе,
    "pop"! Your content is excellent but with pics and videoѕ,
    this blоg could ԁefinitеly be one of thе νery best іn its fіеlԁ.
    Suρerb blog!

    Fеel free to visit mу ωeb-site ... translation jobs

    ReplyDelete
  12. Hello νery cool web site!! Guу .. Βeаutiful .

    . Αmazing .. I'll bookmark your web site and take the feeds also? I am happy to find numerous useful information right here in the post, we'd liκe work out mοre techniqueѕ in this regard, thanks foг sharing.

    . . . . .

    my ωeb site ... how do u get rid of herpes

    ReplyDelete
  13. Hаve yοu eνeг thought about ωriting аn e-book оr
    guest authоrіng οn other blogs? I have а blog basеd on the same іdеas you diѕcusѕ and would love to have you share somе ѕtorieѕ/information.
    I know my vіeweгs would enjoy youг woгk.
    If you аrе еvеn гemοtely interestеԁ, feel
    free to shоot mе an e-mail.

    Αlso visіt my web site ... simple woodworking projects

    ReplyDelete