Loading...

Friday, 6 January 2012

Day 4 - Day Trip To Hakone

Four Seasons ~ Mount Fujiyama
Hari ini kami teruskan perjalanan ke Hakone – Yumato . Apa yang menarik di sana..? Di sana nantilah bermulanya perjalanan untuk ke Tasik Ashinoko di mana situlah tempatnya untuk kami melihat Gunung Fujiyama dengan dekat . Untuk ke sana,dari stesyen Ikebukuro ,kami menaiki YamanoteLine ke stesyen Shinjuku. Stesen JR Shinjuku adalah stesen keretapi yang sangat sibuk lagi-lagi waktu rush hour. Dari stesyen Shinjuku kami menaiki RomanceCar terus ke Hakone-Yamato. Dari sini boleh juga naik train biasa tapi train akan berhenti di Odawara dah kena transfer dan ambil train lain ke HakonaYamato.











Sebelum ke Hakone Yamato , kami membeli Hakone Pass.Harga Hakone Pass ialah 5000yen , kalau convert ke RM = 200 .Mahal ek? Murah lagi tiket flight ke Tokyo masa aku beli  haritu ..:) .

Bila dah beli Hakone Pass, harga Romance car , kita cuma tambah 870 yen je , so total Hakone Pass dan harga tiket Rmance Car , 5870 yen = RM 234 .Kalau beli Romance car je tanpa Hakone Pass , harga tiket akan jadi lain. Ni harga untuk one way je . Biasanya kalau pergi naik Romance car , balik naik train biasa je sebab nak jimat . Perjalanan ke Hakoneyamato mengambil masa 1 jam lebih . Kat dalam Romance car ni , ada jual makanan macam AA juga. Yang bestnya seat Romance Car ni , kita oleh pusing . Means kalau kita duduk berempat , orang depan boleh pusing seat mengadap kita .








Perjalanan ke Hakoneyamato memang sangat mengasyikkan . Kita akan melalui sawah padi , gunung ganang , perkampungan orang Jepun , anak-anak sungai yang mengalir jernih , ditambah lagi masa kami pergi tu,musim luruh belum habis walaupun dah masuk musim sejuk . Memang indah sangat alam ciptaan Allah ni dengan daun-daun pokok yang bewarna merah , kuning , orange , hijau .. tak terucap dengan kata-kata . Dalam hati aku terdetik jugak , sukurlah aku dikurniakan rezeki untuk melihat semua ni dengan mata aku sendiri . Jauh berjalan luas pemandangan . Memang betul ...

Tak rasa masa berlalu , dan pemandangan makin lama makin indah ... Alya  dan Amsyar dah tidur kat pangkuan aku . 


 

Aku masih lagi menanti kemunculan Gunung Fujiyama. Masa kat Kaunter tu , staff kaunter tu bagi seat sebelah kanan , nanti akan nampak Gunung Fuji dari dalam train katanya .
Tiba-tiba je Gunung Fuji memunculkan diri..

dlm pic tak clear sangat , tapi dalamtrain mmg clear ,lagi2 kalau cuaca cerah


'Abang!!!!...Mount Fuji....’ sempat gak aku menjerit panggil hb masa tu..:)

Memang masa tu aku dah sengih sampai ke telinga dah.. alhamdulillah.... ..Walaupun aku dah banyak kali kena perli ngan hb malam sebelum tu.

' Alya ..Mama Alya ni nak sangat tengok Mount Fuji..kalau nak ke Mekah semangat macam tu kan  lagi baik..lagi baik ..’   he..he..he..aku sengeh jelah ..

Tapi aku tengok dia pun excited jugak dapat tengok Mount Fuji...dah lah tu ajak pegi lagi sekali . Heh..heh... Tau tak pe...kalau ke Jepun tak tengok Mount Fuji tak bestlaa..just the same macam pegi India tapi tak tengok Taj Mahal, also pegi beijing tapi tak panjat Great Wall...missing the valuable one orang kata .


Bila dah sampai ke hakone Yamato , kami ikut je laluan ni .Ada banyak cara sebenarnya nak meronda area Hakone ni . Nak naik bas pun boleh jugak 





    Tiba ke di Hakoneyomato , kami terus ambil Hakone Tozan Railway ke Gora  . 

bersambung...:) entry ni tengok pemandangan je ye..next entry, aku akan cerita macam mana nak ke sana .

10 comments:

  1. cantik jgk negara jepun ni. memula cam terkejut bila tgk gmbr yg first tu sbb jap ada salji, jap takde, then lama2 baru paham rupa2nya tmpt ni musimnya combine sekaligus. mmg menarik. tp tiket ketapi ke sini mahal ye...gulp~

    ReplyDelete
  2. Wa san, ogenki desuka?

    Saya sempat naik Fuji san hingga ke pertengahan. Tapi tak mencabar langsung sbb dah disediakan laluan bertali.

    Ntah bila dapat ke sana lagi...

    ReplyDelete
  3. fatt ~ duit mcm air keluar ..gi sorang ok lagi ..gi 1 family .. mmg banyak abis duit.. tapi pengalaman tu tak ternilai...betol tak ?...hehe..

    - kalau naik train biasa murah sket tiket , romance car ni mahal..

    ReplyDelete
  4. Mie , ogenki desuka tu mende ek ?..lupa dah..hehe..

    bestttnya panjat gunung Fuji , mesti lawa gilee pemandangan dari atas tu kan..

    ~ jom pegilagi....bestt gi Jepun ni..

    ReplyDelete
  5. wa, bestnyer Japan...wish to go there someday...maybe next year ..huhuhu

    ReplyDelete
  6. salam kak, suhu berapa eh time akak pergi ni?

    ReplyDelete
  7. cantik gambar2, pandai cend ambik gambar....

    ReplyDelete
  8. cantik gambar2, pandai cend ambik gambar....

    ReplyDelete
  9. menarikla pulak lepas tengok wa punya trip ke Hakone nie. wa, nak tanya sikit, tang mana nak beli Hakone pass tu? ada jual kat Shinjuku station ke?

    ReplyDelete
  10. orga, ada kat shinjuku stesen dan odawara station. nak murah naik train biasa je k, dan kalau nak best lagi tidur kat sana, byak tempat boleh explore kat situ:-)

    ReplyDelete