Loading...

Wednesday, 26 December 2012

HK- Disneyland

  Plan hari ni nak ke Disneyland. Aku bangun awal masak nasi lemak pagi ni. Memang bawak santan serbuk dari rumah lagi dan makan bersama sambal ikan bilis. Memang sedap sangat-sangat . Sementara menunggu Alya dan Amsyar bangun aku dah pack makanan siap-siap . Nak masuk Disneyland HK ni memang strict sikit sebab kalau diorang tahu kita bawa makanan , memang dia suruh makan dulu atau tinggalkan kat luar.    
        Kami keluar dalam pukul 10.30 pagi. Train nak ke Disneyland ni ada banyak , kalau boleh elakkan ke central sebab kena jalan jauh. Hari tu dari East Tsim Tsa TSui stesyen, kami ke Lai King .

    Oklah tak ramai sangat orang tapi kena jalan sikit. Dari situ naik je train ke Disneyland.Sebenarnya adacara yang lagi senang nak ke Disneyland ni, turun je train terus naik train lain kat line sebelah..tak payah nak jalan jauh, tapi aku lupa stesen mana, nanti kalau aku ingat aku update balik k.



     Alya..tak sabar-sabar
     Sampai-sampai je hujan.Kat pintu masuk tu staff yang jaga gate tu bukak semua beg , dan dalam beg sandang aku memang ada nasi lemak lagi. Tapi aku dah bungkus dalam kain batik , then kat atas kain tu letak pampers , botol susu dan makanan Amsyar . Masa dia tengah cek tu , aku cakap
                                  ' All baby food sir '
Aku risau gak takut dia buka kain batik tu..naya jee... Lepas tu dia cek stroller , adalah makanan aku sorok kat belakang Amsyar pas tu tutup dengan jaket , yang tu diorang tak cek , kat bawah stroller diorang cek , nasib baik ada air mineral je. So lepas je semuanya, Dalam poket seluar dan baju Alya aku masukkan biskut-biskut , pun diorang tak cek. Alhamdulillah..lepas smua makanan. Bila masuk je Disneyland , aku rasa macam biasa je..taklah seexcited masa first time pegi dulu. Kali ni kat Dsneyland ni , kami masuk tempat yang tak dapat masuk masa Disneyland Tokyo dulu.

   HK Disneyland  ni memang lawa..Mulanya aku plan nak bermalam kat dalam ni kat Hotel Hollywood Disneyland ..tapi bila tengok harga  semalam..fuhhhhhhh.....mahalnya.., boleh cover hotel Benito untuk 3 malam, so aku malas nak membazir, lagipun masa kat Tokyo dulu dah pernah duk Hotel Partner Tokyo Disneyland, baru RM 300 lebih je semalam, dapat harga offer. Berbaloi-baloi.Hotel Hollywood Disneyland HK ni tengok rate hampir RM 700 semalam. Lagipuk HK Disneyland ni tak berapa besar, boleh je cover dalam masa sehari.

     Masa kami kat dalam tu, aku tengok banyak rombongan veteran..seriously..orang-orang tua yang dah berumur 60 tahun ramai sangat. Hmmm...bagus gak bawak orang tua datang sini, boleh mengimbau balik zaman diorang muda-muda dulu :).
    Yang seronok Alya lah dapat jumpa Minnie Mouse , tapi kat sini kebanyakan character tak de yang keluar merayau-rayau macam kat Tokyo , semuanya ada pondok comel sendiri.Kalau nak bergambar dengan diorang kenalah beratur kat pondok diorang. Walaupun tak ramai orang tapi , jenuh gak nak menunggu.

    Lepas bergambar dengan Minnie Mouse , dia nak bergambar dengan Goofy pulak. Adehhh Alya ni, dahlah tengah hujan, ikut jelah, kang sampai balik dia tuntut. Bila sampai je turn kitorang nak bergambar ngan Goofy , staff yang ada kat situ cakap kena tunggu 15 min , sebab ni time tukar orang.Tunggu lagi........Masa tengah tunggu tu , kat belakang pondok Goofy tu , kami nampak semua character tengah berjalan masuk ke pondok masing2.Masa ni memang ada can nak ambil gambar semua character, tapi...... dangggggg!!!!! DSLR pulak buat hal.So ni jelah gambar yang sempat kami snap.
         Masa bergambar dengan Goofy tu, aku perasan yang Goofy ni dia akan peluk bahu kita. Tapi baguslahhh..agaknya dia nampak aku bertudung , dia just letak tangan atas bahu huby je..:)
    Kemudian kami bawa Alya main games area situ . Memang banyak games yang best-best .

     Yang silapnya aku bawa dia  naik game cawan, Mad Hatter Tea Cups ni. Sudahnya aku yang tak tahan mabuk..terlupa pula tengah pregnant masa tu..he he he. Nasib baik kejap je . Kat dalam ni kami main redah je, tak tengok map pun, nampak je mana yang best kami pegi. Then kami nampak It's a small world. Dulu aku teringin nak masuk masa kat Tokyo , tapi punyalah ramai orang beratur masa tu , tak sanggup nak queue sama. Kat sini oklah , tak berapa ramai sangat , tapi lama gak kena queue. 









  Memang mengasyikkan sangat-sangat naik bot sambil tengok mende-mende ni semua.Kalau ada kesempatan ke HK Disneyland, jangan lupa masuk dalam ni, mesti anak-anak korang happy sangat-sangat.
......bersambung

10 comments:

  1. Rindu plak kt sini.. Hehe.. Bestkan kan? Kami pun br pergi bulan september hari tu..

    ReplyDelete
  2. strict nyer wa...abis semua celah diorang check pasal bawak makanan ni, kalau pergi memang kena pandai menyorok lah nih...

    ReplyDelete
  3. Saya ke sini tapi tak masuk sbb masa tu anak-anak tak ikut sama. Cuma bersiar di sekitar kawasannya yang cantik tu...

    ReplyDelete
  4. ala bestnyer ramai kawan2 blog akak dah gi sini.. bilakah akak boleh dapatni...
    kelakar baca masa nak masuktu dia tak tau taktik orang malaysia simpan makanan..

    ReplyDelete
  5. hehehe budak2 mesti seronok kan dapat masuk sini...:D

    ReplyDelete
  6. YA ALLAHHH..seronoknya. kalau anak2 seusia anak2 u mmg berbaloi lah kann.. sure depa happy sangat.. tp tak tau bila leh sampai..

    ReplyDelete
  7. tokyo disneyland yg jaraknye setgh jam dari rumah kami pun tak sampai2 lagiii...haishhh...teruja plak singgah sini...

    ReplyDelete
  8. Masa akak ke HK memang tak masuk ke dlm disney ni sebab masa tu tak bawa anak. Tapi memang ada plan nak masuk ke sini pada masa akan datang...
    Nak tanya Wa.. wa bawak travel cooker tu, masak dalam bilik hotel tu tak de orang hotel tegur ke. Macam best jugak travel cooker ni saya tengok. Kat mana boleh beli travel cooker tu Wa ?

    ReplyDelete
  9. Nampak best disneyland HK ni,tapi kena tunggu 2-3 tahun lagi baru best pergi sebab kena tunggu baby besar..hehehe...

    ReplyDelete
  10. satu waktu dulu bersama menteri rasmikan visit malaysia year..selesai gimik perasmian..menteri nk bersalam la dgn maskot...sekali buka kepala maskot...bangla yg muncul!!!

    kat disneyand hk...sy fikir perkara yg sama x mungkin berlaku kot..buka kepala mickey mouse sekali bangla yg muncul..

    ReplyDelete