Loading...

Tuesday, 28 February 2012

Day 6 ~ Tokyo Disneysea -Part 1

        Hari ni kami check out dari Maihama Bay hotel dan akan menjelajah DisneySea. Dari hotel, kami kena naik bus Mickey Mouse yang comel tu, dan kemudian dari Station train kena naik train Mickey Mouse pula ke Disneysea. Bila berhenti je dekat Stesyen Disneysea , jangan lupa cari photo spot ni . Dari sini lawa view untuk ambil gambar. Masa gi Disneyland tu aku  tak perasan pulak ada photo spot ni..adehh..
       Sebenarnya , Disneysea ni pada asalnya dicadangkan dibina di California, tapi memandangkan masalah kewangan melanda syarikat yang diamanahkan untuk menyiapkannya,sebab tulah ianya di bina di Jepun hasil kajian selama 20 tahun.Dan Disneysea ni ada satu je kat dunia ni , tak macam Disneyland . So, kalau datang Jepun jangan lupa datang sini k, memang besttt.

Bila masuk je entrance Disneysea, macam biasa diorang akan cek beg dulu.Oh ya jangan lupa ambil FASTPASS . Selepas tu , kami terus je masuk..ingat nak tengok  parade kat Disneysea pula. Masa tengah jalan tu , aku nampak ramai sangat orang queue..Lepas tu aku dengar Alya jerit ,
                                          ‘Ibuuuu..Mimmie Mouseeee ‘..
Patutlahh, ramai orang beratur , diorang nak bergambar dengan Mimmie Mouse rupanya…kami queue jugaklah sebab Alya nak sangat bergambar dengan Mimmie Mouse..tapi bila tengok jam, show dah nak mula..so aku  pujuk Alya masuk dalam dulu.. nasib baik dia ok je walau macam frustt je..hihi.

  Bila masuk je dalam Disneysea ni …memanglah aku terpegun sangat dengan binaan Disneysea ni. Susah nak cakap..macam biasa korang kena tengok sendiri baru korang paham apa yang aku maksudkan ni .. .

   Kalau Disneyland terkenal dengan Mickey Mouse dan Minnie Mouse , Disneysea pula terkenal dengan Duffy ..tengok tu ..punyalah ramai manusia yang nak bergambar dengan Duffy ni . Tabik ahh aku kat orang Jepun ni , sangup beratur panjang2 semata2 nak bergambar dengan karakter Disneyeasea ni.Aku rasa masa ni adalah dekat2 dua ratus orang beratur kat sini.Korang sanggup? .... aku tak sanggupla...baik ronda tempat lain dulukan..
Maskot Disneysea, Duffy
Sebenarnya aku lupa nak bawak map Disneysea , so kami redah dan tanya orang je..tapi malangnya, kami memang terlepas parade tu .Dahlah electical parade kat Disneyland terlepas , kali pun sama gak. Tapi tu tak mematahkan semangat kami, sebab perjalanan kami baru nak bermula..heh..heh..he...
    So dengan semangat yang berkobar2 bertemankan hero dan heroin kecik kami yang langsung tak menyusahkan kami sepanjang perjalanan, kami teruskan langkah menjelajah Disneysea.Terdapat 7 tarikan utama di sini iaitu 


    
Lokasi pertama yang kami tempuh membuatkan kami seolah-olah  berada di Venice Italy .Mediterranean Harbour dibina bertemakan sebuah pelabuhan di Italy.Memang macam kat Italy, jadi lepas ni tak yahlah pegi Italy kot sebab dah rasa pengalaman suasana Italy di sini.




Kat sini boleh naik , gondola tapi kami tak naik pun sebab nak kejar masa.Lagipun cuaca dah mendung masa tu.Masa dalam Disneysea tu , kami ikut je langkah Alya sebab dia dulu yang berlari-lari ke depan. Nak ambil gambar dia pun susah .Dia dengan dunia je masa tu .
        Gambar yang kat bawah ni aku pun tak sure samada Meditranean Harbour ke kat mana,tapi best je jalan-jalan kat sini..kenapa ek , aku pun tak tahu, rasa macam perkampungan nelayan je..:)


Masa kat sini , kami nampak ada Disneysea Transit Steamer Line .  Masa tu queue tak panjang so kami naik yang ni dulu. Perjalanan ambil masa dalam 7 minit dan dari sini kami dapat lihat Keseluruhan disneysea dari luar. Pemandangan dari dalam boat ni memang lawa . Tapi sejuk nak mampus..heh.heh..dahlah winter ditambah lagi dengan angin dari luar tu , menggigil jugak duk dalam tu. Tapi Alya ngan , Amsyar ok je masa ni , sikit pun  pun tak meragam . Gambar-gambar ni semua view dari dalam boat tu.


   Kemudian , kami teruskan perjalanan ke  Port Discovery. Kat Port Discovery ni ada beberapa attraction, mula-mula hb nak bawak Alya naik Aquatopia , masa tengah queue tu, tiba-tiba dia tak nak naik pula sebab takut. Buat penat je beratur...
silap eja pulak..
Bila kitorang naik atas , tiba-tiba Alya Nampak Mimmie Mouse dan Guffy kat dalam restoran. Dia ajak masuk restoran tu..aduiii mana lah boleh..restoran tu untuk orang yang dah tempah je , dan dah tentu tak halal makanan dalam tu. Bila kitorang tak masuk..dia mula meragam..dan mula menangis .Kali ni dia merajuk sangat2 sebab dah dua kali jumpa Mimmie Mouse , tapi tak dapat juga bergambar dengan Mimmie Mouse. Lama gaklah aku ngan huby pujuk Alya masa ni … bila dah belikan dia popcorn, barulah dia ok …huhu... 
          Dekat Port Discovery ni ada Disneysea Electric Railway .Bestttla naik train ni ..he..he..,  ni. Masa nak naik tu Amsyar tengah lena tidur dalam stroller, mula2 dia suruh turunkan Amsyar dan lipat stroller tu ..dengan bersusah payah huby guna bahasa isyarat agar boleh bawak masuk stroller dengan Amsyar sekali. Nasib baiklah staff tu ok,cuma dia bagi orang lain naik dulu dan kami duduk tepi sekali. 















view dari dalam train



Rupa-rupanya train ni dropkan kami kat American Waterfront. Hek eleh....tadi kitorang dah sampai kat sini..padan muka, tulah main redah je..map tu dah siap print dari rumah tapi lupa nak bawak..


bersambung.....



24 comments:

  1. bila masuk disneysea rasas mcm kat tempt lain kan... gambar semua gojes mojes... cantik!

    ReplyDelete
  2. Memang superb tempat ni...

    Masa saya ke sana berzaman dulu, tempat ni belum buka lagi... :)

    ReplyDelete
  3. ala sesangat bestnyer baca entry ini... kalauler akak dapat gi gak.. memang akak tak tahupun pasal disneyseani tau disneylandjer..

    ReplyDelete
  4. salam ziarah

    pasti kita yg dah berumur ni pun rasa seronok mcm bebudak kecil hehe

    insyallah ,
    suatu hari yg indah pasti sampai ke disneyland tokyo

    dah lama tak ke disneyland, dulu anak2 kecik2 masa muda2 dulu dah merasai ke disneyland paris, 3 tahun lepas pula, kami ke disneyland HK , cuma hajat nak ke disneyland US je belum terlaksana krn duduk di selatan dan nak berurusan dgn US Embbasy di KL utk urusan visa yg buat sampai sekarang perancangan asyik tergendala je hehehe

    ReplyDelete
  5. Hanis- memang pun, akak ada baca gak entry Hanis pasal Disneysea tu

    ReplyDelete
  6. Mie - kalau belum buka masa tu, nampaknya Mie kena pegi lagi sekali :)

    Kak Zila - Wa doakan akan sampai 1 hari nanti ya

    ReplyDelete
  7. En Rezeki - memang murah rezeki ni..insyaallah , akan sampai nanti.Bawak anak2 , memang lebih bermakna percutian kita .

    ReplyDelete
  8. serius,tengok gambar dah nampak best..
    kami belum sampai lagi ke sini..
    iA,sebelum balik kena terjah sini..

    ReplyDelete
  9. Kamalia..memang wajib pegilah kalau dah duk sana huhu,,:)

    ReplyDelete
  10. salam kenal dr duisburg germany..hehehe...cantik2 kan view dia..seronok ronda2 kalau camtuh..aaa venice tuh sama je, so dah tayah datang hihihi

    ReplyDelete
  11. e'eh cam kenal je sitizahim ni hehe...
    salam kenal dr KL jugak hehe, bukan Kuala Lumpur, Kaiserslautern :) org sini panggil KL jugak.
    nice pics :)

    ReplyDelete
  12. cantik menarik tertarik semua gmbr2 wa ni...suka tgk!

    ReplyDelete
  13. wah bestnya! bestnya! bestnyaaaaa!
    Belum pernah ke mana2 Disneyland lagi.. tengok dlm buku & tv je, huhuhu ...nangis...

    ReplyDelete
  14. this year sepatutnyer weols terjah disneysea balik la sebab last year dah disneyland but x sure bila sebab lately bz...pics semua cantekkk!

    ReplyDelete
  15. Disneysea/land dalam Chiba prefecture...dekat dah dari tempat kami. Tp dah 2 tahun dok chiba, Disneyland pun kami x sampai lagi...ha3x... Disneysea Alhamdulillah dah pergi tahun lepas...memang best...

    ReplyDelete
  16. Salam kenal.

    thanks sebab sudi follow. follow u back.

    serronoknya kala dapat berlibur ke sanan ek..INSYALLAH je lah..hee

    ReplyDelete
  17. wow... cool!... huhuh... sau gi tokyo but still takde mase gi disneyland... hehehe.... anyway, i follow ur blog... :)

    ReplyDelete
  18. Wa,
    kak ida mmg suka bc kesah jalan2. nak2 tempat yg belum pernah sampai lagi.
    aci tak nak request letak gambar besar2.. hehe.. tak puaslah tengok gambar kecik2... hehe....

    tq dear....

    ReplyDelete
  19. Agaknya macam saya ni xkawen lg..xde anak..syok ke kalo gi sana?? Hehe

    ReplyDelete
  20. Agaknya macam saya ni xkawen lg..xde anak..syok ke kalo gi sana?? Hehe

    ReplyDelete
  21. zila.banyak je tempat main dewasa ..cuma kitorg yang tak sempat masuk haritu sbb hujan :)

    ReplyDelete
  22. Salam perkenalan.. Bestnya gi japan.. Seronok dpt bc kt sini.. Kami sekeluarga pun suka travel juga.. Japan mmg antara impian kami.. Jom tukar link :)

    ReplyDelete
  23. Hi! I'm at work browsing your blog from my new apple iphone! Just wanted to say I love reading your blog and look forward to all your posts! Keep up the outstanding work!

    my web page ... pub entertainment

    ReplyDelete
  24. Goοd day! I could hаve sworn I've been to this site before but after browsing through some of the post I realized it's new
    to me. Anywaуs, I'm definitely happy I found it and I'll be bοokmaгking
    anԁ chесκing back often!


    mу blоg post: unbelievable

    ReplyDelete