Loading...

Sunday, 11 January 2015

Sehari di Bukit Fraser

        Salam buat semua kawan-kawan .Masa cuti sekolah baru-baru ni kami bawak anak-anak ke Fraser Hill.Cuti kali ni tak dirancang pun..dah pulak tu rumah MIL kat Kuala Kubu Bharu , memang dekat sangat dengan Bukit Fraser Hill ni. Kami bertolak dalam pukul 11.30 tengahari. Aku pun dah bertahun tak naik Bukit Fraser ni ..rasanya 10 tahun yang lepas aku ke Bukit Fraser masa tu Alya pun belum ada lagi. Plannya nak berpiknik je kat sana.  Jalan nak ke sana..almaklum jelah ye ..memang berbengkang bengkok ...tapi nasib baik budak-budak ni semua ok je. Last time aku gi sana..memang aku pening yang amat sangat..tapi kali ni alhamdulillah, ok jer..:) 


      Sampai je kat sana, hujan renyai-renyai so..kami pusing-pusing je..cantik bukit Fraser ni untuk yang cintakan alam sekitar memang berbaloi datang.Bila hujan dah berhenti  kami terus singgah kat taman awam sebab nampak ada playground kat situ. 


   Nampak je playground , Amsyar terus berlari keluar dari kereta.Lepas satu -satu permainan yang dia main.Seronok pulak tengok dia bila dia happy sangat-sangat.Memang highly recommended bawak anak-anak kat sini.Taman ni pun luas dan bersih .


  Tapi..yang lotihya akulah....berkejar-kejar dengan Amsyar sebab dia ni seminit pun tak duduk diam.Nilah cabaran  ada anak autism yang masih belum faham arahan...kita marah ke..jeritke...dia buat ded je...hahaha...yang penatnya mak bapak dia lah.   

  Tapi lama-lama aku biarkan jelah dia berlari-lari kat area situ.Tak larat nak kejar dah.Sambil budak-budak ni main..kami pun berpikniklah kejap..pondok pun ada disediakan untuk kita berehat- berehat.  


    Aku suka lepak sini sebab masih lagi terasa sejuk kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highland.Sesekali kabus datang melewati tempat kami berpiknik..dah lama tak rasa suasana macam ni..huhuhu. 

 Lepas je berpiknik, kami singgah di masjid untuk sembahyang dan berehat sebentar.Cantiknya persekitaran masjid ni..tapi tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak sebab Absyar dah mengamok huhu. 

Memang cantik sebab banyak sangat bunga-bunga yang bewarna warni kat sini. 

         Lepas je sembahyang..kami ke The Paddock , nak bawak anak-anak naik kuda.Masa kami sampai tu nasib baik tak ada orang...Masa ni aku perasan...Amsyar suka sangat pandang kuda tu...tak berkelip mata dia.



    Mula-mula ingatkan dia tak minat dengan kuda sebab kucing dia langsung tak nak sentuh.Bila sampai je dekat dengan kuda ..tiba-tiba je dia usap badan dan telinga kuda tu..patutlah orang kata sukan berkuda ni terapi yang baik untuk anak autism.Bila dia naik kuda, dia senyummm je..tersentuh hati aku masa tu..aku rasa sebak tapi bercampur dengan bahagia sangat-sangat.Sekurang-kurangnya aku tahu yang Amsyar sukakan kuda.



  First time Amsyar naik kuda...:)

        Tapi si kecik Absyar yang selama ni suka sangat dengan kucing...suka sangat cium kucing...menangis pulak naik kuda hehehe...kelakar pulak tengok gelagat dia.Oh ya..bayaran naik kuda ni sorang kanak-kanak RM 6 , kalau naik 2 orang RM 10 ..tapi Amsyar free je naik 2 round sebab OKU.. :) 



      Insyaallah..nanti sambung ya...

18 comments:

  1. Dah lama tak ke sini... Rindu tempat ni..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal...singgah sini n terus folow...

    Amboi rilek je dorang ek mcm xsejuk jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugaSham..mana nak sejuknya kalau berlari2 je manjang...hahaha

      Delete
  3. Banyak betul perubahan kat Bukit Fraser ni... dah lama tak ke sini...

    ReplyDelete
  4. yerler dari segi sejuknyer sini lebih best.. untuk pencinta alam memang sesuai.. tapi untuk pecinta shoppping complex nak yang happeningjer memang boasankan...

    anak2 akakpun suka masa pergitu.. tapi nak menyampaikan puncaktu seksa gak yerk... tapi syukurlah takle pening2..

    Amsyar ada kad OKUker Wa... maksudnya camner nak bagi tau kat orang jaga kudatu.. sebab tengok diakan comeljer sempurna budaknya... sorry akak tanya tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah...ada kak..sebab nak masuk pdk kena ada kad oku...abah dia selamba je cakap..anak saya ni oku bang...tak ada diskaun ke :-)...dia tak ada pun mintak kad oku kak

      Delete
  5. Tengok kakak naik kuda teringin jua ye Amsyar. Takut-takut juga:)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah ke Fraser Hill. Menarik jgk tempat ni ye. The Paddock ni pun rasanya saya tahu pun sbb tgk drama apa ntah ari tu.

    Tersentuh hati saya baca reaksi Amsyar bila dia tgk kuda. Betul2 touching. Tapi dia tak la nampak mcm OKU pun. Nampak normal je.

    ReplyDelete
  7. tgk pic pn dah tahu sejuk sbb berkabus...
    Alhamdulillah..seronokkan tgk bila ada prkmbangan positif mcm nie....

    ReplyDelete
  8. Kena hantar kelas menunggang kuda si Amsyar tu Wa, kalau dah itu minat dia.

    Cantik Fraser Hill, saya tak pernah sampai lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah...kan...kena cari kelas utk dia lah

      Delete
  9. seronok amsyar ye..
    rasanya kan kak, kelas tu bagus la utk kanak kanak autism ni. pernah tgk kat mana erk hri tu.. lupa dah..
    sy x pernah sampai lg ke sana

    ReplyDelete
  10. menarik tempat ni tapi x feel kalau pegi sensorang kan

    ReplyDelete
  11. seronoknya ke sana.. Ros dah pernah ke sana. masa tahun 2010.. tu pun sebab ada kursus induksi bawah kementerian pertahanan.. 9 hari tu kat atas bukit tu. hihi

    ReplyDelete
  12. kak ana pernah ke sini juga, pada pendapat kak ana ia satu tempat yg amat mendamaikan,menarik dan dekat dgn alam, cuma perjalanannya ke puncak agak mencabar kan :)

    ReplyDelete
  13. Teringn nak ke sini. Tapi disebbkan anak beranak include mak budak yg fobia 'mabuk' terpaksa mbatalkn hasrat hati utk sementara waktu...jalan2 Cameron pun anak-anak muntah. Hahahah...tak tertadah dibuatnya.

    ReplyDelete