Loading...

Wednesday, 14 January 2015

Ayam Golek Sedap

 






                Selalunya kalau hujung minggu...alya request nak makan special hehehe... special bagi dia maknanya kena masak ayam seekor dan tak payah potong ayam tu .Selalunya kalau masak ayam seekor tu..cukuplah untuk  kami makan bertiga sampai ke malam.Selalunya aku masak ayam bakar..tapi minggu lepas teringin pulak nak masak ayam golek.
       Resepi asal ayam golek ni aku ambik kat Dari dapur Madiha.Bila dah masak ayam golek..aku masak sekali dengan nasi tiga warna, Resepi ni aku dapat dari my  myresipi . Aku suka masak nasi ni sebab senang je nak masak dan rasanyapun sedap. Kebetulan pulak kawan huby ada bagi nenas hari tu..aku buat sekali acar nenas .Resepi acar nenas aku dapat kat sini. Hahaha..acar nenas pong nak tengok resepi jugak .. :)


       
AYAM GOLEK SIMPLE

Bahan-bahan ( 5 orang atau lebih )

  • 3 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 3 batang serai* (MaDiHaA letak 4 btg)
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas* (anggaran sama byk dengan halia)
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam*
  • 1 ekor ayam
  • Garam & serbuk kunyit secukupnya
  • 1 cawan santan
  • 1 kpg asam gelugor @ 1/2 cwn air asam jawa

Cara-cara

  1. Rebus ayam separuh masak dan separuh empuk bersama garam dan serbuk kunyi. (MaDiHaA letak garam 3 sudu kecil & serbuk kunyit 3 sudu kecil, masukkan air dlm periuk sehingga ayam tenggelam.. balik2kan ayam masa merebus)

  1. Tos kan ayam lalu digoreng hingga masak.
  2. Sementara menunggu ayam masak, mesin/blender semua bahan2 bertanda* lalu ditumis hingga garing dan naik minyak.

  1. Masukkan santan, asam, garam, gula & aji sikit. Biar secukup rasa kemudian masukkan ayam.
  2. Ratakan ayam bersama kuahnya sambil rasa asam garam nye.

(jika nak bakar.. siramkan kuah atas ayam & bakar dlm oven hingga masak)(MaDiHaA bakar dalam 20 - 25 minit... agak2 kuah jadi gelap sikit..)

*Masa buat hari tu ....aku goreng dulu ayam tu..kemudian letak sikit sos atas ayam dan bakar dalam oven dalam 10 minit..guna function masak bahagian atas je .Sos yang lebih jadikan kuahnya.

Masa makan tu..hubby kata sedap ...dia siap pesan suruh simpan kalau ada lebih sebab nak makan lagi...:)


























Nasi Tiga Warna
Bahan-bahan ( 4-6 orang )

3 cawan beras (saya guna beras basmati)
3 cawan air
pewarna merah, hijau dan kuning secubit garam
satu ketul stok ayam (Knorr atau maggi) beberapa helai daun pandan
2 sudu makan margerin
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara

Cuci beras dan toskan
Blend bawang besar, bawang putih dan halia
Panaskan periuk dan masukkan margerin hingga cair
Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya
Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan
Masukkan beras dan masak hingga nasi kering


Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga2 pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
Biarkan hingga nasi masak.
Kacau nasi setelah betul2 masak


























ACAR NENAS
Bahan-bahan

- setengah biji nenas
- 4 sb gula putih*
- 1 cawan air masak*
- garam secukup rasa*
- 1 sb cili boh*
- 1 sb asam jawa*

Cara masak
- kupas nenas, buang empulur dan potong kecil-kecil
- satukan semua bahan * dalam periuk. Masak seketika sehingga semua sebati. Matikan api dan    biar sejuk
- masukkan nenas, gaul rata dan sedia dihidang


Selamat Mencuba !

23 comments:

  1. waduh , menggoda betul . kebetulan my an buah akan sambut b'day 1 feb ni . ada lah idea nak masak2 nanti ...

    ReplyDelete
  2. menarik juga ni. Ayam golek tu kena rebus dulu ye. Baru tahu. Ingat boleh terus bakar.

    *Dah tu nape ada ikan kering plak atas nasi ujan panas tu. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..rebus dulu ..ikut je resepi... ikan kering tu mmg kitorang selalu makan ngan nasi tu he he

      Delete
  3. stok knorr boleh digantikan dengan rebusan ayam tadi kan..
    macam nak masak nasi ayam juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kan mar...lebih kurang je...

      Delete
  4. terus dapat idea nak masak apa weekend ni...thanks for sharing resepi, sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Ann..weekend kena masak special sikit...

      Delete
  5. waaa.bestnya .nak tiru resipi ayam tu tau :)

    FAD

    ReplyDelete
  6. lebey kurang mcm buat ayam nasi ayam cma bezanya ada santan..
    menyelerakan la nasi hujan panas tu..
    nak buat la.. hihi
    lps berpantang ni blm buat nasi mcm mcm lagi.hari hari nasi putih bihun sup je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rania...lepas pantang..memanglah nak makan yg sedap2 je kan..

      Delete
  7. arghh..step lengkap..boleh cuba hujung mggu nih

    ReplyDelete
  8. tergodanya tengok ayam tu.. sape nak tolong Rose buatkan ni.. hihi.

    terima kasih untuk resepi tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros..senang je ...hujung minggu leh buat :-)

      Delete
  9. rajintu... sedap tak henggakan... anak2pun sukaler tu...

    ReplyDelete
  10. mak aii sedapnya rupa ayam golek tu, pasti seenak rasanya, tq berkongsi resepi disini Wa.. :)

    ReplyDelete
  11. Wa....dah mengalahkan makan kat kenduri kawen ni namanya hihi. Ayam tu macam masak percik pun ye jugak ek...
    Sedap sangat tu kalau tidak takkan le hubby request suh simpan yer dak

    ReplyDelete