Tuesday, 27 August 2013

~ Pusing dunia naik motor je..boleh gitu :) ? ( WINDOWS OF THE WORLD )

        Sambungan dari sini . Hari ni plan kami nak ke Windows of the world. Windows of the world ni tempat semua replika yang menarik diseluruh dunia dipamerkan, macam Eiffel Tower , Taj Mahal , Mount Fuji dan banyak lagilah.Memandangkan budak-budak masih tidur , aku mintak izin ngan huby nak ke Dong Meng Street jap sebab nak beli sate kambing untuk kami bawak bekal ke sana nanti . Hb aku macam berat nak lepaskan aku jalan sendiri , tapi aku cakap ngan dia, dont worry..aku pandai jaga diri , heh..heh..heh... benonya pada masa yang sama aku nak menyelit kat kedai-kedai kecik kat dalam pasar tu , aku nak beli barang yang murah-murah. Kalau bawak budak-budak ni ngan stroller lagi , payah aku nak menyelit kat celah-celah kedai kecik tu. So misi aku keluar sorang pagi-pagi ni memang berjayalah, masa aku nak cross jalan aku nampak orang cacat ni , tengah lintas jalan, dan pada masa yang sama , aku, hampir-hampir kena langgar dengan motosikal yang dipandu laju sebab aku asyik tengok orang cacat tu. Dan insiden aku hampir kena langgar  tu , sampai sekarang aku tak cerita kat huby aku :) .

    Lama gak aku menyopping kat Dong Meng Strret tu , banyak gak aku beli baju2 dan seluar pregnant , beli handbag , beli souveniour , baju Alya Amsyar paling banyak aku beli sebab memang murah dan kain memang tebal. Nyudahnya tak cukup tangan nak bawak hahaha. Aku masuk kedai beg , aku cari bag travel , memang aku masuk banyak kedai , beg yang sama tapi harga memang tak sama. Since aku dah tahu teknik nak shopping kat sini , aku berjaya beli beg lawa ( mmg aku suka sangat beg tu ) dengan harga RM 35 je. Harga asal , ada yang jual 100 , 120 ,150 dan ada kedai yang letak sampai RM 200.
    Dalam pukul 11 , agak-agak Alya dan Amsyar dah bangun , aku pun berjalan lenggang kankung sambil tarik beg troli yang aku baru beli , sambil menyanyi riang sebab aku puas hati dangat dapat beli banyak barang dengan harga yang murah hari ni.Honestly..aku geram sangat- sangat tengok winter coat lawa-lawa dan yang penting harganya baru RM 25 , Rm 30 ,memang berbaloi-baloi kalau beli. Tapi aku tak beli , sebab rasanya pas ni memang aku 'cuti' lama dari travel ni . Tapi aku belikan gak winter coat untuk Alya RM 20 je sebab geram tengok baju tu lawa sangat.
     Balik je hotel , kami terus bersiap ,  bawa bekal sebab nak stay sana sampai ke malam . Aku masak nasi , pack kan sate kambing yang aku beli tadi , bawa sambal ikan bilis dan juga sedikit buah-buahan , lagi pun aku tak tau ada ke tak makanan halal kat sana.
    Dari ZTL Hotel, senang je nak ke windows of the world ni.
Dari Stesyen Laojie ambil line hijau , terus je korang berhenti  kat  Windows of the world k.
Ni kat stesyen Laojie, memang bersih sangat-sangat.Sampai ke nanti jangan lupa exit J .Tapi jangan risau , korang takkan sesat , sebab banyak signboard.
           Ni area entrance WOW , memang excited pulak bila dah sampai kat sini . Tiket masuk dewasa harga RM 80, budak-budak RM 40 . Masa tu kami belikan jugak tiket untuk Alya, bila dan nak masuk staff tu ukur tinggi Alya , dia kata Alya ni free je , so dia suruh ambil balik duit kat kaunter tiket , :). Untuk yang bawa baby dan stroller , nak masuk dalam ni susah sikit sebab kena naik tangga , boleh tahan tingginya , so kenalah angkat je stroller tu.
     Bila masuk je, kami terus sewa motor elektrik ni. Kalau datang ramai-ramai boleh sewa tour car. Kalau korang gagah perkasa, boleh jalan kaki je..tapi gerenti semua tempat korang tak leh cover sebab tempat ni besar sangat-sangat.Miminum boleh sewa 3 jam, kalau terlebih jam , just bayar je , diorang guna sistem  punch card . Sebenarnya sewa motor ni murah je..tapi aku lupa berapa RM sejam, lagipun kami hari tu terlebih sampai sejam  jadi 4 jam . Tapi masih lagi murah sewanya, Oh ya ,  motor ni kami naik 4 orang ..heh heh heh, bayangkan , aku , alya ngan amsyar duk kat belakang.

   Tapi best naik motor eletrik ni , memang aku rasa hari tu memang fun sangat kami sekeluarga, sekali langgar lubang , sekali terangkat bontot hahaha... lagi pun motor ni rendah je , bila turun bukit boleh dengar bunyi besi bergesel dengan simen, dahlah tu naik pulak empat orang. Memang besttt, nilah antara pengalaman best buat kami satu family , sepanjang masa naik moto tu kami tergelak sakan. Memang 5 star lah naik motor eletrik ni. Selain dari motor ni korang boleh gak naik train , tapi sayanglah, sebab kita tak boleh berhenti kat mana yang kita terasa nak tangkap gambar kan..
    Nilah antara yang ada kat dalam ni, memang berbaloi dengan harga RM 80 yang kita bayar tu.
Ni Japaese Garden , ambil gambar dari atas je sebab kena turun tangga, sumpah lawa kat bawah tu.
 Kat depan sikit , korang akan nampak Eiffel Tower dari jauh , pas tu ada Taj Mahal  dan macam-macam lagilah.Korang tengoklah sendiri ya..
Bagi aku tempat ni memang berbaloi korang datang kalau korang ke Shenzhen ni.
Tapi dalam banyak-banyak tempat , ni tempat yang paling best, sebab lawaaaaaa sangat-sangat.
Amsyar paling suka berlari-lari pah tu siap baring dan meniarap sambil tengok karton kat hp,pas tu panjat pagar nak masuk dalam air tu.Letih mengejar dia sorang. Tapi gelagatnya memang menjadi tumpuan ramai. Ramai yang tangkap gambar dan ambil video dia masa tu..hehehe..Masa kami tengah lepak-lepak kat situ , ada brother ni dia datang kat Alya , dia dokong Alya dan suruh kawan dia tagkap gambar dia dengan Alya, punyalah dia suka kat Alya , macam tak nak lepaskan Alya je..

       Lama juga kami pusing- pusing kat dalam ni.Ada juga jumpa orang Malaysia yang datang dengan rombongan.Punyalah asyik jalan-jalan kat dalam ni sampai lupa nak makan  bekal yang kami bawa...:) ,nyudahnya dah balik hotel baru makan.
Kat tempat ni best gak..ala Hawaii, mula-mula tu cadang nak tengok show,tapi sebab kejar masa terpaksalah lupakan show tu.



        Nasib baik ada anak dara yang nak posing :-) , sebab mak dengan abah sibuk mengejar Amsyar.Aduhh Amsyar..asyik berlari sana-sini je.


Ni view malam.Kat sini pun ada show jugak, tapi masa tu show tu pasal love story , malas nak tengok .

Masa untuk pulang.Pengalaman datang ke sini memang best.So kalau nak pusing dunia naik motor, datangla ke WINDOW OF THE WORLD :-), Shenzhen.

14 comments:

m.u.l.a.n said...

woaaahhhh.... tak sampai shenzen lagi... tapi mmg ramai kata best.. dalam list jgk ni..

tqs for d visit..

Nurzakiah Hanum said...

salam dan selamat pagi...

Mie said...

Nyoping kat Dong Men(g) memang sangat berbaloi... barang2 memang murah giler...

Sate kambing tu memang teringat2 sedapnya sampai sekarang... hehe

FnF Simple Life said...

wow.. best window of the world ni.

Rozita said...

Memang best round the world kat WOW ni...semua replika tu nampak real jer kannnn !

wa said...

Memang best :-)

wa said...

Memang sedap mie, lagi-lagi makan time musim sejuk.

akmaL said...

menariknyee tempat ni..semua tarikan dia dah kumpulkan sekaligus..nice sharing :)

NEKCIK said...

Nekcik dah 2 kali smpai pun rasa tak puas..dgn rm80 boleh jln satu donia

Kesuma Angsana said...

walla wei bestnyer, tq share berkongsi with us yer. Done follow sini juga

Cho Zila said...

ooo baru paham tajuknyer .. best2.. best atas info diberikan... kalau der rezeki ke sana syiok nyer...

Time Traveller said...

Waa.. sakan shopping kat sana.. dgr byk beli tu mcm boleh buka kedai jer hehehee...

Window Of The World.. memanng cantik.. :D - Salam kenal..

Oppss lupa nak puji kecomelan dua kanak2 riang tu :D

ANIM said...

bestnya..kak tak sampai lagi..
paling best bila baca tang shopping..
anyway, wa memang pandai membeli..kak ni tak reti nak membeli di sana

lala yusof said...

bestnya berjalan