Loading...

Thursday, 17 September 2015

Tip & Persiapan ke AUSTRALIA

Salam..
Ni wa nak.share persiapan yang dah dibuat untuk melancong lagi beberapa hari je lagi ni....melancongla sangat dengan budak-budak kecik yang tak reti duduk diam tu kui kui kui.ishh..takutnyaaaaa.......
     Kali ni..paling pening nak buat itenary, sampai saat ni pun masih belum siap lagi itenary kami :) ... .Ntahlah..memang aku pening.. dengan budget yang makin lama makin bertambah..mula-mula budget hotel 300 je semalam..dari 300 dah jadi 4 ratus lebih ..waaaaa.....sebab kat sana tak boleh main masuk je, kalau dah 5 orang kena ambil apartment 2 bilik ..memang pening ...dan dari mana nak ke mana  dulu pun susah nak decide...confuse aku.Lagipun ni ni kali pertama kami sewa kereta,sebelum ni belasah je naik bas dan train.


1.Tiket..

        Dah beli setahun yang lepas masa free seat. Masa ni memang aku tak tau pun masa booking tu time raya haji..aku tengok tarikh cuti sekolah je.Masa beli tiket ni, aku dah rugi sikit sebab beli tiket pergi dan balik asing-asing.Kalau beli dua hala terus lagi murah.
Harga tiket kami hari tu dalam RM 4100.Sebab Aca dah 2 tahun..kira harga dewasa gak.Biasanya masa sale tu..aku beli tiket je..yang add on macam makanan, bagasi tu dua minggu sebelum baru aku beli.Ni pun aku stress gak..sebab terlambat nak beli seat ..dapat seat asing-asing walaupun satu row..nak nangis rasanya...yang paling aku risau, takut aku terlelap, tiba-tiba Amsyar tak de...sob sob sob..janganlah aku tertidur dalam flight nanti...


2.Pasport


Kebetulan pula, pasport kami semua dah expired kecuali Amsyar, tapi masa tu renew jugak pasport dia sekali sebab untuk Amsyar..free je sebab dia pemegang kad oku.Pastikan pasport tu valid dan kena renew kalau travel date kurang dari 6 bulan .

3.ETA - visa 

Untuk visa just emelkan pada Cik Intan.
eta.australia@yahoo.com
Rm 20 seorang.Boleh juga buat online tapi lagi mahal.Dengan Cik Intan ni..mudah dan cepat siap visanya..just emel je dia details macam dibawah ni.

1. copy passport -Your passport MUST BE valid for at least 6 months from the departure date
2. mobile number
3. email address
4. flight details
5. home address


4. Insurans
Aku ambik insuran AAsia, pas tu dapat jugak insurans bila kita sebagai kakitangan kerajaan bila isi borang keluar negara.Satu lagi aku ambik insuran AIG untuk family sebab aku tak pasti AA insuran dan yang goverment bagi tu cover apa.Untuk insuran AIG..aku ambil family plan yang paling mahal..deluxe pakej.Rm208 termasuk tax.Sebenarnya aku dah silap langkah jugak masa beli insuran AAsia.Dari kl ke melbourne murah..dari mel ke kl..punyalah mahal sebab dalam AUD.Masa beli ins AA tu bila dah bayar guna cc..kat situ tulis system error.So bila fikir-fikir balik, baik beli insuran AIG je.Tapi bila call citibank rupanya transaction masa beli insuran AASIA tu berjaya.Arghhhhh tension aku...rugi kat situ sebab pada masa sama aku dah beli insuran AIG.So..untuk next trip..aku nak beli insuran AIG je.

5.Tukaran Wang




Yang ni terpulanglah pada diri masing-masing banyak mana nak tukar.Aku tukar sikit je sebab tak nak bawak cash banyak-banyak.

6.Hotel


Untuk hotel, aku booking guna trivago, agoda dan booking.com je dan satu lagi ni first time try guna Hotels.com.Kalau booking 10 malam..nannti dapat 1 malam free.ngeee..bilalah nak penuh 10 malam tak tau la....
    Boleh jugak book kat website hotel tu sendiri, tapi untuk trip kali ni memang yang kat website hotel tu lagi mahal.Untuk kali ni , kami duduk 4 tempat yang berbeza.

- Sandown Regency 
- Quays Motel San Remo
- Parkville Motel
- City Edge of Elizabeth Apartment
Seminggu sebelum pergi, pastikan email atau call hotel tu.. Comfirmkan kita punya booking k.
(Dah balik nanti aku update k)

7.Translate Lesen

Kat sana nanti kami akan sewa kereta . So . jangan lupa translate lesen. Sekarang ni senang je..gi pejabat pos , cakap je nak buat lesen baru..sebab lesen baru ni dah ada translation sekali. Bayar RM 20.
Tak yah susah-susah nak gi JPJ suruh diorang translatekan lesen.

8. Musim

Ni.pun penting jugak bila nak beli tiket..kalau aku, aku suka pergi musim yang tak ada kat Malaysia.Walau murah macam mana sekalipun tiket, aku tak akan travel time summer.Honestly..dari dulu lagi aku naaak sangat gi jalan time Spring.Tapi rasanya impian tu sampai bila2 pun tak akan dapat sebab Spring biasanya bulan April dah September.Cuti sekolah lak memang mustahillah ada pada bulan April waaaaaa...dan dari dulu cuti sebelum cuti hujung tahuun pula bulan Ogos.Rasanya baru dua tahun ni je mula cuti sekolah pada bulan September.Dan setahun yang lepas aku berjaya jugak beli tiket dan dapat travel time Spring...Yahooooooooo...Alhamdulillah..dah merasa Autumn, Winter kali ni Spring pula.
Memandangkan ada lagi saki baki kat Mt Buller..mungkin pergi jugak bawak budak-budak main salji.


9.Kad Kredit/ATM


Kad kredit ni penting bila kita nak book hotel. Sebelum ke luar negara, call dulu servis center,  minta diorang activatekan untuk kegunaan diluar negara.Ni aku buat seminggu sebelum fly.Lagi satu aku mintak jugak tambah spending limit..bukannya nak shopping, just prepare for the worst. Kad ATM pun sama..kena activatekan dulu..manalah tau ada kes emergency,

10. Salinan Dokumen

Jangan lupa buat satu salinan dokumen seperti pasport ,visa dan hotel voucher dan simpan dalam beg yang lain in case kalau pasport hilang ke beg hilang ke..sekurang-kurangnya adalah salinan dalam simpanan kita. 

11.Semak status
Jangan lupa semak status ke luar negara    disini .

Nanti Wa sambung dengan barang-barang apa yang nak dibawa nanti.. :)




24 comments:

  1. bestnya p ostrolia.kita mmg duk verangan sentiasa nak p sana.tak zabar nak baca travel akak nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena berangan dulu Fad..pas tu baru menabung..hehehe

      Delete
  2. WAH NAK KE AUSTRALIA BERCUTI YA WA...SEMOGA GEMBIRA DI SANA SELAMAT PERGI SELAMAT KEMBALI...HATI2 JAGA DIRI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq siss faridah...mudah mudahan semuanya selamat

      Delete
  3. Wahh sis nak pegi bila tu? ni tgh search camna nak buat eta. hihi
    Nak pegi jgk hujung bulan ni...
    Jom2 ke snowy mountains... salji tebal lagi kat sana tu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honey..lagi 2 hari je...wah...snowy mountain tu belah mana ek..

      Delete
  4. orang yang gemar berjalan ni memang pandai cari peluang tiket free dan hotel diskaun, ya...

    macam kawan saya bebaru ni. bilik hotel harga >rm500 dapat diskaun hingga <rm200...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x beli tiket masa murah..banyak lari budget..

      Delete
  5. Adoiii mahalla pulak accommodation kat sana..dgn currency kita yg merudum ni..dugaan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syida..mahal sebab pergi berlima..hihihi..kalau gi berdua ada je yang murah2... :)

      Delete
  6. Really?. Welcome to Aussie!!.
    Skg memang tgh spring.. Tp winter coat jgn lupa bawak. Tetap sejuk di waktu pagi.
    Happy holiday Wa... kalau berselisih bahu tgh jalan jgn lupa tegur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...best ni klau jumpa kan.. :)tapi jauhlah pulak...ekekeke

      Delete
  7. Bestnya. Baguslah sebelum pergi dah cerita preparation dulu.

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya nak gi Melben... ke Sydney sekali tak?

    Pasal apartment tu boleh je wa ambil yang satu bilik sebab anak2 pun belum besar sangat... paling2 pun dia orang cuma minta sikit extra charge...

    ReplyDelete
  9. Bab make passport copy kakak tak pernah terfikir tau Wa.
    Actually memang good idea dan tip buat kakak beringat lain kali. Memang tak pernah terjadi tapi in case mana tahu kan...

    ReplyDelete
  10. Mie..tak gi Sydney..dok cukup budget ekekeke.... tak muat apartment 1 bilik.budak-budak ni semua tido buas.. :)

    ReplyDelete
  11. Wow!bestnyer...happy holiday...

    ReplyDelete
  12. WA...nak ke Melbourne rupanya..dulu sis JM buat ETA dengan dak Intan ni..mmg pantas servisnya..Insuran tu x pernah plak beli..guna insuran dari goment je..bab tukar duit plak mmg sesak nafas tgk rate skrg ni..

    ReplyDelete
  13. Selamat bercuti, Wa. Have a joyful memorable trip :)

    ReplyDelete
  14. snowy mountain kat area NSW sis, 6 jam jugak dr sydney.
    Baru je buat ETA dgn cik intan, tak sampai sehari dah dapat yeayyy.. =D

    ReplyDelete
  15. Selamat bercuti-cuti wa....best tu p bercuti-cuti luar negara....

    ReplyDelete
  16. bestnya..
    nice sharing
    tenkiu sis berkongsi

    ReplyDelete
  17. bestnyaaaaaaaaa.......thn ni akak xfly mana2 sebab naurah pt3 n farouk upsr...huhuhu....suami je p sesorg berseminar kt n.zealand n vietnam....

    ReplyDelete
  18. pernongsian y lengkap..
    kt bila la ada rezeki nk kesana..
    msti budget bsr kan

    ReplyDelete