Tuesday 19 April 2016

Autism n Me :Warna warni kehidupan ( Khaleef Amsyar )

   Khaleef Amsyar ..anak syurga Autism kami :)

     2 April setiap tahun ..mungkin ramai yang tak tahu, 2 April merupakan hari AUTISM SEDUNIA.Almaklumlah dah ada anak autism..bersemangat pula nak sambut hari AUTISM ni hihihi.
      Amsyar sekarang ni dah 5 tahun 3 bulan. Diam tak diam dah nak masuk 6 tahun dah.Dan dalam masa ni jugaklah macam-macam dugaan dah kami lalui dalam membesarkan  anak syurga kami Amsyar. Sekarang ni kami hantar kat PDK dan buat terapi kat Hosp Selayang. 
      Alhamdulillah...
Setakat ni yang positif :
Banyak perkataan yang dia boleh sebut contohnya : 
1. Cuba teka... Upin...Ipin....Mael..Jarjit...Atok...
2. Bahagian Satu ...Dua...Tiga.... Cip..Cip..Cip....
3. Banyak lagilah dialog Upin Ipin yang dia selalu sebut
3. ABC ..Shapes..Animals..Colours..Vegetables..Planets ...dan semua perkataan kat flash card dia boleh baca dan boleh tunjuk.
4.Dah tidur awal tak ada lagi berjaga sampai pukul 3/4 pagi.
5.Pandai pergi bilik air sendiri.
6.Dah suka makan ayam dan telur tapi nasi tak nak.


Yang Negetif
1. Suka pukul adik dan kakak dia - bila tak dapat apa yang dia nak.
2.Suka mengamuk..ha yang ni memang hari-hari - Stress sangat-sangat..kadang-kadang tu aku biar je dia mengamuk sampai dia diam sendiri.
3.Memang tak duduk diam...ada saja yang dia nak buat terutama sekali sepahkan barang.So..sepanjang masa ada saja barang yang bersepah kat ruang tamu ni. 
4.Suka baring kat atas lantai bila gi mana-mana contohnya gi Shopping Mall atau gi Hospital.

5. Suka melompat sangat-sangat sampaikan katil dia dan katil akak dia dah patah.
6.Tak boleh orang usik barang-barang dia terutama sekali ABC dan Flash card.
7. Tak minat nak menulis.
8.Tak faham arahan. 
9. Suka naik kereta orang..walaupun dia tak kenal..lori orang datang repair pintu pun dia nak naik jugak :(
10. Tak tau bezakan yang bahaya dan tak bahaya ..yang kotor dan bersih..contohnya..kalau dia nampak tasik..dia akan masuk je dalam tasik tu.:
10.Ni perangai baru dia...tiap kali pergi sekolah dan hantar kat rumah pengasuh dia mesti mengamok...pas tu pukul orang lain....adoiii...naik tebal dah muka aku ngan cikgu2 dan pengasuh dia.Sedihnyaaaaa  ....

      Sekarang ni Abah dia ambil dia lepas hantar Alya ke sekolah agama...Aku sekolah petang..so dia tinggal dengan abah dialah. Selalunya dalam pukul 4 ..mesti hubby aku whats up..
' adoiiiii...dia dah tarik kerusi bawak ke ruang tamu... adoii..dia dah sepahkan barang...dan macam-macam adoiii lagilah ekekekekekeke.....

Sungguh..dia memang langsung tak duduk diam..kecuali ada hp kat tangan. 
   Dalam life kami pulak..memang dah banyak berubah. Memang tak ada lagi nak keluar makan satu family macam dulu-dulu. Yang kesiannya Alya lah....selalu dia cakap
                  ' Dah lama kita tak makan kat luar '
      Nak pergi mana-mana pun susah..selalunya kalau pergi beli barang..memang sorang kena tinggal dalam kereta jaga dia.Tu pun pergi beli barang-barang dapur je. Kalau bab nak gi shopping barang-barang lain ..memang tak pergilah..sanggup aku beli barang online je.Nak gi kenduri..memang fikir 10x ..kebanyakannya memang tak pergilah.
        Nak gi travel ?....Rasanya memang tak dah lah...kena tunggu dia boleh bercakap dululah.
Kalau ada aktiviti sekolah macam high tea ke..lunch ke.. selalunya aku tak pergi..sebab kalau gi aku mesti teringat kat Amsyar..Lebih pada rasa bersalah aku pergi bergembira dan tinggalkan dia kat rumah..memangg selalunya tulah yang aku rasa.
Nak keluar dengan kawan-kawan pun dah tak ada dah dalam kamus hidup aku ni.
       Kalau tengok  TV kan....1 jam tu..45 minit tengok badan dia jelah..sebab dia akan pergi berdiri kat depan TV.Badan dia yang montel tu pun dah tutup separuh tv hahahhaa. Tak boleh buat apalah..
   Tu belum lagi dia main off je plug TV kalau dia tak suka iklan kat TV tu..selalunya iklan bulu kat Astro tu dia paling tak suka.Lagi satu , kalau kita tutup lampu dia akan bukak.kalau kita bukak lampu dia akan tutup lampu.Adoiiiiii....peti sejuk sehari 20 kali dia bukak..pas tu tak pernah dia tutup.Amsyar-Amsyar.........
   Kalau nak tahu kat rumah ni sehari lebih 50 kali dengar jeritan NO AMSYAR ...NO AMSYAR NO.....NO..NO....sungguh ni tak tipu ni.,,rasanya lebih 50 kali kot.. :)
     Even kalau aku jaga dia pagi-pagi..memang aku tak biarkan dia..kalau dia kat ruang tamu..aku kat dapur..sepanjang masa kena jengok dia kat

ruang tamu.
     Nak rehat..? Memang aku rasa aku tak pernah rehat kecuali waktu dia tidur je.
     Tapi sesungguhnya aku risau sangat ,,yang paling aku takut,,pengasuh dia tak sanggup nak jaga dia. Ni pengasuh yang ke tiga dah. Tu pun dia jaga dari pukul 12 thari sampai pukul 3 ptg je...Kalau yang ni pun tak sanggup jaga dia ..rasanya aku kene berhenti kerja WAAAAAAAAAAAA......hutang banyak-banyak ni macam mana nak bayar kalau tak kerja... Ya Allah..mudahkanlah urusan kami dalam menjaga anak Syurga ni . Aamin...
         Nak kata aku tak pukul dia..kadang-kadang terpukul jugak bila terlalu stress..tapi selalunya aku pukul tapak kaki dia. Yang sedihnya bila kita marah dia..macam-macam perkataan yang keluar dari mulut dia ..dengan nada yang amat sedih sambil mengalir air mata dia...seolah-olah banyak yang dia nak luahkan....tapi dia tak pandai..Aku lagi sedih sebab aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan....Maafkan mak Amsyar....
            Bila macam tu..aku pun sama menangis......Aku rasa berdosa sebab tak punya kesabaran yang tinggi dalam menjaga amanah Allah ni :)

       Tapi yang paling best tentang Amsyar..tiap-tiap hari dia mesti kiss kami banyak kali..baaaaaanyaaakkkk kaliii sangat2..tak payah suruh pun dia mesti kiss.... tu yang anak istimewa buat yang anak normal tak mungkin buat ... :)
    Maafkan mak Amsyar...mak sayang Amsyar sangat-sangat.
      
        


25 comments:

  1. SubhanAllah...

    comelnya Amsyar. Anak syurga yang diamanahkan untuk menambah saham akhirat ibuayahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik..kebanyakan anak autism ni memang lawa2..hihihi

      Delete
  2. Masya-Allah... Entri Wa ini sudah mengalirkan airmata kakak banyak. Sungguh besar ujian yg Allah berikan buat Wa and family. Kesabaran yg memberi ganjaran yg banyak tapi menagih kekuatan mental & fizikal. Kakak mengikuti rancangan di TV3 berkaitan hari autism sedunia kelolaan Puteri Irin baru-baru ini. Sungguh ramai anak-anak autism yg sudah cemerlang. Ada dipaparkan remaja sudah awal 20an bila bertemu dgn Mahadhir Lokman sampai dia menangis sebab itulah idolanya. Bermakna dia pun punya misi utk berjaya. Doa kakak moga Amsyar juga mampu cemerlang. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq banyak-banyak kak.... Wa pun harap Amsyar pun macam tu nanti...Insyaallah

      Delete
  3. Sedih akak baca luah hati wa...begitu mencabar menjaga anak syurga ni.Wa dengan suami insan terpilih untuk menjaga anak istimewa ni...besar ganjaran nya kelak.
    Akak banyak juga mengetahui tentang anak Autim ni bila tengok kat tv tempohari juga kat Majalah 3....anak2 ini punyai bakat tersendiri ,ada yang dapat menghafal ayat Quran melebihi insan2 biasa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kak..memang ada anak syurga ni yang hafaz Quran... kelebihan yang Allah beri..istimewa sangat kan..

      Delete
  4. Amsyar sangattttt mewah dengan kasih sayang....

    ReplyDelete
  5. COMELNYA AMSYAR ANAK SYURGA YG MEMBAWA UJIAN KPD IBUBAPANYA YG AMAT TABAH...SABAR YA WA UJIAN ALLAH SELALUNYA UTK MRK YG MAMPU MENGHADAPINYA...AMSYAR SEORANG YG AKTIF N AKAN BERUBAH SAMBIL MMENAFAATKAN KEAKTIFANNYA KELAK...INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kak...doakan Wa tabah selalu ya...

      Delete
  6. ya Allah kak... ntry akak ni bt hati dana sebak... sedih...
    betapa besar dugaan family yg ada anak2 syurga nih.... betapa kuat n tabahnya akak suami isteri membesarkan amsyar...

    moga Allah sentiasa merahmati akak sekeluarga terutama si anak syurga tuh, moga Allah sentiasa melindungi dia... moga akak sekeluarga terus kuat n tabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena banyak bekorban dana....untuk anak syurga ni .insyaallah...TQ banyak2 atas doa dana..

      Delete
  7. Salam Wa,
    saya selalu baca blog ni pasal travelogue Wa. Tak sangka anak kita sebaya dan sama2 ASD. Saya hantar anak saya di attend EIP, di area Selayang Utama. Principalnya baik. Anak dia pun autism. Cikgu2 pun baik, understanding. Dah pegi situ dari tahun 2014.hihi.Boleh kontek beliau kat number ni 019-3811601 (En.Fakhri).

    kalo nak chat apa2 bole email saya (adianaadib@yahoo.com).

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq siss... EIP ni kat mana ye..rasanya husband Wa pernah call en Fakhri ni..nanti wa comfirm balik dgn dia...TQ2x

      Delete
  8. kna byk kesabaran mjaga ank syurga..
    alhamdulillah..amsyar pom masih kecil kan..
    perkara (-) tu ada pd bdk normal lain..
    nnti mkin bsr amsyar akn makin bijak n byk hal (+)

    ReplyDelete
  9. banyak kali kiss..tersentuh hati membacanya..

    ReplyDelete
  10. As Salam, wa..
    Sedih sangat bila baca entry wa ni.. Semoga wa dan suami diberi ketabahan dan kesabaran dalam menjaga anak syurga ni.. amsyar comeyy sgt.. :-)

    ReplyDelete
  11. Sedih bca Wa... bnyk bersabar... mmg dugaan untuk wa n hubby tp insyallah, semua yg berlaku itu ada hikmahnya. Berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul...
    Amsyar comel la....

    ReplyDelete
  12. Tabahnya Wa... Banyaknya dugaan membesarkan Amsyar... Be strong! Insya Allah banyak ganjaran yg menanti disana nanti.. walaupun tak mudah sepertimana yg diungkap.. :(

    ReplyDelete
  13. Moga Wa dan husband akan terus tabah dan kuat untuk membesarkan Amsyar... Pray the best for u.. and i know u can do it!

    ReplyDelete
  14. he is soooo cute akak.. besar pahala akak besarkan dia =)
    adik sepupu CT pun ada seorang autism.. when he was 6 mak ayah dia pindah UK.. kebetulan kat sana ada therapy centre yang khas untuk budak2 autism. biasalah kt negara orang mmg macam2 kemudahan ada. alhamdulillah.. he is now 19 kak.. memang masih lagi dengan tabiat2 budak2 autism but thanks to the program dia lebih matang. when the time comes.. dia akan mengerti. kena banyak sabar..

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya kak.. maaf zahir batin..
    have a blast aidilfitri =)

    ReplyDelete
  16. Allahhu...perangai anak akk..sama type dgn anak sy...skrg tgh fasa buang air besar mesti depan meja tulis n bukan kat toilet..kat nursery die pun sama die wat mcm tu...

    ReplyDelete