Loading...

Wednesday, 23 March 2016

HAPPY AANNIVERSARY TO US

          

           Kejap je masa berlalu..pejam celik..pejam celik dan 14 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah...walaupun banyak dugaan dan cabaran ..dapat kami tepis walaupun kadang-kadang tu hampir tertewas jugak dengan anasir-anasir yang jahat kat luar sana hahahaha. Wa kenal hubby masa belajar kat JB dulu..2 tahun kami bertunang dan hampir putus jugak masa tu huhuu... tiga bulan sebelum kahwin..wa kena operate sebab appendix ..so ayah suruh tangguh sebab dia risau kan kesan operate  tu ..takut tak sembuh nanti. Masa tu family belah suami tak berapa setuju...masa tu jugaklah macam-macam dugaan kami hadapi..tapi kata orang , kalau jodoh tak ke mana kan.
             Lepas kahwin dugaan lagi...lama tunggu nak dapat anak..dah macam-macam dah berubat ..dah check doktor dah..doktor kata tak de masalah apa-apa.Masa tu buat check up kat PPUM. Doktor suggest suruh buat IUI ..masa tulah kami stop buat treatment kat PPUM. Penat dah bila orang tanya..bila nak dapat anak... yang paling stress sekali bila ada satu tahun tu..dalam family husband ..kakak dia dan dua orang kakak ipar mengandung serentak...cuma Wa je yang tak pregnant..memang dugaan sangat masa tu. Tapi nak buat camamana kan..terpaksalah hadapinya..pekakkan telinga je bila sedara mara cakap macam-macam. 
               Sampai satu tahap tu kami dah berenti berubat dan dan berhenti pergi berurut. Sebelum ni macam-macam tempat dah kami pergi..siap kena pijak perut..pijak kepala..bila fikir balik..betul ke sampai kena pijak macam tu..adehhh...
                 Sampailah satu tahun tu..kami pergi bercuti ke Kundasang Sabah.Bila balik dari Kundasang tu ..life macam biasalah.Dua bulan lepas tu bulan puasa ..ada satu hari tu Wa rasa pelik sangat..rasa  macam lapar yang amat sangat.Memang rasa lain macam sangat..sebab tak tahan..Wa berbukalah masa tu,,tak makan cuma minum air je.Tu pun rasa bersalah sangat-sangat.Dan masa tu tak bagitahu pun suami sebab takut kena marah sebab tak puasa. Tapi masa bulan puasa tu memang rasa pelik sangat,sampailah satu hari tu teringin nak beli pregnancy test . Masa tu memang dah tiga bulan pun tak period..tapi benda tu dah normal..lagipun sebelum-belum ni ..kalau test pun tak pernah positif..so sebab takut frust tu yang tak test ,
                            Bila cek je guna pregnancy test tu..ada 2 line...tapi tak berapa clear..so Wa pun tak confident la...bila bagitahu hubby...dia terus beli pregnancy test yang lain..bila cek lagi sekali..macam tu gak..line tu tak brapa clear.Tapi dia macam happy sangat-sangat..maklumlah..masa tu dah 7 tahun dah kami kahwin. Petang tu jugak dia bawa pergi Klinik Nadia kat Kota Damansara tu. Masa tu doktor tu sahkan Wa pregnant....tapi Wa rasa macam mimpi..macam tak percaya....seminggu leas tu pun masih tak percaya lagi hihihi. Alhamdulillah...tahun 2008 lahirlah putri yang kami tunggu selama 8 tahun.Syukurlah.
      Dugaan datang dan pergi..kali ni kami diduga lagi bila Amsyar didignosekan àutism..rasa macam tak boleh nak terima kenyataan...tapi Allah uji hàmbanya dan nanti adalah balasan atas kesabaran dan ketabahan dalam menjaga anak syurga ni.Memang mencabar jaga Amsyar sorang.Memang 24 jam kena monitor dia.Silap langkah ...terimalàh akibatnya.Ye...kami dah belajar dari pengalaman.Allah hampir ambil Amsyar dari kami atas kelalaian kami yang kami tak sengajakan.Ada anak autism ni life dah berubah 100 peratus.Banyak benda dalam hidup kena korbankan.Tapi apalah sangat dugaan Allah dengan segala kesenangan yang Dia bagi selama ni kan?
       Panjang lak cerita walhal nak cerita anniversary je hihihi. Tapi..buat suami..thanks a lot sebab sanggup bersusah payah selama 14 tahun usia perkahwinan ni. Moga ikatan ni berkekalan buat selama-lamanya, Aamin,


26 comments:

  1. Happy anniversary dear, moga dipermudahkan urusan. InshaAllah. Cantik pic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ siss,,,tu guna photoshop hihihi

      Delete
  2. Tahniah kak..moga jodoh akak brkekalan hingga ke jannah brsama suami trsyg
    14 thn satu tempoh yg pjg

    ReplyDelete
  3. Selamat hari ulangtahun perkhawinan buat Wa dan suami.

    Rumahtangga mana yang tiada gelora walaupun kecil tapi kadangkala bagaikan satu hempasan yang tak tertanggung. Terpulang kepada kita bagaimana hendak menanganginya. Hendak ikut hasutan nafsu atau hendak mengikut bimbingan iman...

    Semoga kalian terus berbahagia bersama hingga ke jannah bersama anak syurga yang dianugerahkan kepada kalian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih Lalcik Nur insyaallah...

      Delete
  4. happy 14th anniversary...smoga berbahagia hingga hujung nyawa

    ReplyDelete
  5. Tahniah. 14 tahun tu...Semoga rumah tangga yang dibina akan terus kekal bahagia sampai jannah

    ReplyDelete
  6. eppy 14th anniversary WA, moga terus kekal bahagia hingga ke syurga...

    baca ntry akak nih bt dana sebak lak psl anak autism tuh, yelah dugaan kan... sblum tu betapa lama nk tunggu dpt anak... tp yelah setiap apa yg Allah beri pasti ada balasan kan, dia saja nk duga kesabaran n keimanan kita...

    Dana paham betapa dugaan besarkan anak Syurga nih, mmg banyak yg perlu kita korbankan, kuatkan hati... tp tgk akak skrg hepi je...

    ReplyDelete
  7. Selamat ulangtahun wa semoga bahagia berkekalan hingga ke Jannah.
    Akak faham perasaan wa sebab akak pun dpt zuriat pertama pd tahun ke 6 perkahwinan.cuma bezanya akak tak pernah jumpa doktor pun.Semoga wa juga diberi ketabahan menjaga anak syurga tg dikurniakan.

    ReplyDelete
  8. Happy Anniversary..
    Semoga kekal bahagia sampai ke syurga.

    ReplyDelete
  9. eppy 14th anniversary WA, moga terus kekal bahagia hingga ke syurga...

    baca ntry akak nih bt dana sebak lak psl anak autism tuh, yelah dugaan kan... sblum tu betapa lama nk tunggu dpt anak... tp yelah setiap apa yg Allah beri pasti ada balasan kan, dia saja nk duga kesabaran n keimanan kita...

    Dana paham betapa dugaan besarkan anak Syurga nih, mmg banyak yg perlu kita korbankan, kuatkan hati... tp tgk akak skrg hepi je...

    ReplyDelete
  10. Selamat ulangtahun perkahwinan ke 14 wa... banyak dugaan tapi kira wa ni pass semua exam kan...

    ReplyDelete
  11. Tahniah dan Happy Anniversary Wa... moga terus tabah menghadapi dugaan hidup ini...

    ReplyDelete
  12. Tersenyum2 sorang bila baca pasal pregnancy tu. Tak tau pulak WA kawen 8 tahun baru dpt anak. Pasal anak autism tu, WA pernah cerita tak dlm blog ni cemana boleh detect yg Amsyar ada autism? Rasanya mgm mencabar kalau anak ada autism sbb fizikalnya nampak sempurna kan? Org ramai boleh salah anggap yg dia normal.

    Oh, by the happy anniversary.

    ReplyDelete
  13. Lamanyaaaaaa xjln2 blog kwn2.....
    Tahniah WA n suami...moga terus kekal bahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  14. tahniah..s.emoga berbahagia hgga ke hujung nyawa...aminnnn

    ReplyDelete
  15. Happy Anniversary, Wa. Moga terus melakar memori indah bersama :)

    ReplyDelete
  16. syukur alhamdulillah...
    lya doakan smoga ikatan ni terus utuh hingga ke jannah..walaupon ujian melanda, smoga terus tabah harungi setiap ujian mdtg bersama.. in shaa Allah

    ReplyDelete
  17. Happy Anniversary Wa.. Moga kekal bahagia hingga ke Jannah..Amin :D

    ReplyDelete
  18. Banyaknya dugaan Wa.. Tahniah sbb berjaya hadapinya dengan tabah..Proud of u!

    ReplyDelete
  19. semoga kekal bahagia selamanya.. janji Allah buat hamba-Nya yang bersabar =)

    ReplyDelete