Monday, 8 June 2015

Ulasan : Tasik Kenyir Waterpark



                   
             Tasik  Kenyir Waterpark baru je dibuka masa kami balik kampung cuti sekolah baru -baru ni.Dan kami pun tak rancang nak ke sana, cuma last minit planning sebab cuti hari tu sibuk buat persiapan adik aku kahwin, jadi tak sempat nak bawa budak-budak ni ke mana-mana.So sehari lepas kenduri kami dua family bercadang nak berkelah di sana. Untuk ke waterpark, kita terpaksa naik bot kerana jalan untuk ke waterpark masih lagi dalam pembinaan.



 Jeti dan kena naik boat ni nak ke waterpark. 

            Harga tiket pula , untuk dewasa ialah Rm 20 dan kanak-kanak pula Rm10.Water park ni dibuka dari jam 10.30 - 5.30 petang .Oh ya harga ni termasuk tambang bot pergi balik. Masa beli tiket tu , dekat kaunter tiket tu tertulis 'No Outside Food' . Tapi kat sana aku tengok ramai je bawa makanan..don't worry ..memang diorang tak cek pun beg yang kita bawa. Perjalanan menaiki bot ke Water Park pula sekejap je sebab tempat tu dekat je dengan jeti. 


         First impression aku bila sampai tempat ni.. alahai kecik je waterpark ni.Cuma ada satu tempat je untuk mandi-manda. 


            Yang bagusnya sentiasa ada krew jaga kat situ..takut-takut ada budak lemas kot.




           Masih bersih sebab baru dibuka



             Tempat ni memang sesuai untuk anak-anak sebab airnya tak berapa dalam.Ada juga di sediakan pondok kecik untuk disewa dengan harga Rm 15.Kat sini ada jugak dijual pelampung, yang aku perasan yang baby punya boleh masuk dua kaki tu harganya RM 25. Oh ya, kami bawa pelampung sendiri je..yang warna pink kat atas tu..beli kat kedai ECO baru RM 2 je hehehe...




Pondok ni untuk disewa dengan harga RM 15. So kalau bawa bekal eloklah sewa pondok ni.

               Untuk anak -anak ada juga disediakan paddle boat dengan bayaran Rm 5.Ada juga disediakan food court disana, tapi tak boleh nak komen sebab kami tak makan di sana.


     Tempat main paddle boat


              Yang tak bestnya ..tak ada bilik persalinan yang kering dan bersih cuma ada bilik mandi dan bilik tu jugak lah yang terpaksa digunakan untuk menukar pakaian.Yang tak bestnya..bilik mandi tu berkogsi bilik dengan toilet yang pada aku tak berapa selesa dengan lantai yang basah dan kotor.Bilik untuk mandi juga terhad , tak dapat menampung bilangan ramai pengunjung yang datang masa tu.
           Masa kami pergi hari tu, kami stay sampai waterpark tu tutup dan bila nak balik, baru perasan kena ambil no giliran untuk naik bot pulang ke jeti.
Tempat tunggu bot & ambil no giliran.

              Bayangkan ..masa tu baru no 6 , dan no yang aku dapat no 18.Sepatutnya diorang inform pada semua pengunjung yang sedang menunggu ,bukannya bagitau dari tempat bagi nombor giliran tu je sebab ramai orang tak dengar dan ramai yang  menunggu tanpa ambil no giliran.















































Yang ni tak sure pulak untuk apa ada kat tepi tasik dekat waterpark tu.


Yang warna coklat tu, jambatan yang sedang dibina, lepas ni tak payah naik bot lagi 

    Kalau yang tinggal  dekat berbaloi la datang bawa anak-anak. Memang anak-anak seronok main kat situ , tapi kalau yang duduk jauh datang semata-mata nak ke waterpark tu..rasa tak berbaloi je..mungkin boleh bermalam di Rumah Penginapan Persekutuan Tasik Kenyir sambil menikmati keindahan Tasik Kenyir dan bolehlah singgah sini bawa anak-anak. Nanti aku buat ulasan pasal Rumah Penginapan Tasik Kenyir pula, InsyaAllah...

20 comments:

  1. Replies
    1. Hehehe..pergi tau...anak2 mesti seronok

      Delete
  2. Sapa yg kawen tu...Kemang je...hehe

    ReplyDelete
  3. Rindunya Malaysiaku yg tercinta.
    Sy tak pernah pegi lagi Tasik Kenyir ni..
    Menarik nampaknya tu Wa.

    ReplyDelete
  4. Tasik Kenyir Waterpark? Serious tak tau kewujudan Waterpark nie. Tasik Kenyir ni dah banyak berubah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni baru buka..jadi mmg ramai orang belum tahu lagi

      Delete
  5. wah...sudah ada waterpark la....

    ReplyDelete
  6. menarik.. ada bace orang post kat fesbuk.. tapi belum ke area sana lagi hehe..
    maybe sbb baru bukak kan.. so diorang still belajar nak manage..
    bagi feedback mcm ni bagus so that diorang tahu.. hope boleh improve =)

    ReplyDelete
  7. pondok tu pun perlu sewa kalau nk duduk?

    ReplyDelete
  8. blm pernah ke Tasik Kenyir..bos saya beli package Tasik Kenyir cruise, tgk mcm best je..nanti dia pergi, boleh story..

    ReplyDelete
  9. nk cuba jugak ke sini nanti..biasa asyik ke gambangw aterpark aje

    ReplyDelete
  10. nmpak mcm best walaupon msh byk facilities yg x lngkap kan.
    mesti panas bahang kan. xda byk pokok pon

    ReplyDelete
  11. untuk anak2 best la ni. benda baru buka..mungkin Boleh improves lagi pasal facilities semua tu

    ReplyDelete
  12. alamak tak tau kewujudannnyer.. kena iklan banyak2ni.. tp skearang ni banyak benoler waterparknyer...

    ReplyDelete
  13. air cetek kalau anak dah besar mesti bosan kan..n tak bestnya kat part toilet kotor tu..huhu

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak pergi Kenyir. Semakin cantik kan..

    ReplyDelete
  15. Great site. Lots of useful info here. I am sending it to a few
    friends ans additionally sharing in delicious.
    And certainly, thanks for your sweat!

    ReplyDelete