Loading...

Friday, 6 February 2015

Surat dari IJN

   
         Assalamualaikum wbt... Baru-baru ni, 8.1 kami ke IJN bawak Absyar untuk follow up.Sepatutnya appoinment bulan 5 tahun lepas..tapi sebab masa tu huby kena denggi,kami terpaksa tunda.Ni follow up kali ke dua untuk Absyar sebab masa lahir,doktor detect dinding jantung dia tebal..dahlah masa tu dia duduk nicu sebulan sebab kurang oksigen,ada pulak g6pd..pada masa yang sama..ada pulak masalah jantung.
        Rasa macam tak boleh bernafas masa tu..sedihh sangat-sangat,dahlah dalam pantang masa tu.. hu hu hu. 
        Masa first jumpa doktor kat Ijn, kata doktor memang ada nampak dinding jantung dia lebih tebal dari sepatutnya...tapi doktor bagi harapan.Katanya..dinding jantung ni akan menipis bila dia makin besar.Pada masa tu..kami hanya mampu berdoa.

       Lama jugak kami menunggu kat IJN,Amsyar tahu je lah..mulah dia buat perangai pelik-pelik.Nasib baik lah.. ada tempat mainan kat situ...tapi alahai...kecik je..tak padan dengan ramainya budak kat situ. Tengoklah Amsyar..dia sorang je melompat dari atas meja sampaikan semua budak yang tengah main tu ke tepi takut kena dia .memang dia tak boleh tengok meja..kalau jumpa meja je, mesti dia melompat.




Bila dia dah bosan melompat , dia masuk pulak dalam playhouse , masa tu dalam tu dah penuh budak-budak. Bila ada orang nak masuk..budak-budak yang kat dalam tu tak bagilah..
'Ehh...awak, tak boleh masuklah...dah penuh ...'


Bila tiba turn Amsyar..selamba je dia masuk..sampaikan budak-budak dalam tu pelik. Hehehe..dia bukannya faham apa budak-budak tu cakap. :) . Agaknya parents yang ada kat situ mesti bengang dengan Amsyar dan bengang dengan aku gak sebab biar je Amsyar lompat-lompat. Maaflah ye..anak aku autism..aku pun dah tak larat dah nak mengejar dia dari pagi huhu..asalkan dia tak pukul anak orang sudah.
              Masa masuk jumpa doktor tu dub dub..memang berdebar sangat-sangat..Amsyar bila masuk je bilik doktor, dia terus pergi kat komputer (dia memang tak boleh tengok komputer / laptop) dia buat macam hak dia je.. jenuh pulak nak pujuk dia kat dalam bilik doktor tu.Penat melayan dia main tadi belum hilang lagi..ni lagi penat nak jaga dia tak bagi sentuh komputer doktor pulak. Amsyar..Amsyar...
          Absyar pulak bila kena baringkan sebab doktor nak scan..mulalah melalak... Bila abah dia bukakan cerita upin..terus diam..hehehe..senang sikit doktor nak check. Aku dah berdebar-debar masa tu. dalam hati berdoa-doa moga-moga tak ada apa-apa yang tak elok pada jantung Absyar.
             'Mmmmm...saya dah tak nampak ada masalah pada jantung anak encik ni.bla..blaa ..blaaa..banyak jugak doktor tu explain .' 
Masa tu nak menitik air mata aku..syukur sangat-sangat.So lepas ni tak payahlah nak ke IJN lagi... 
       Sebab dah tak larat nak jaga Amsyar dalam bilik doktor tu..aku terus bawa dia keluar , tinggallah Absyar dengan abah dia dalam bilik doktor.
Bila dah selesai je jumpa doktor,kata hubby 
          ' Abang bawak budak-budak tunggu dalam keretalah ya..' 
Lega sangat aku rasa masa tu... tak payah nak kejar-kejar Amsyar lagi dalam IJN tu .. ;)
So..nilah surat dari IJN...

moga Absyar sihat dan makin bulat dan bulat ..Amin.

36 comments:

  1. Alhamdulillah...moga amsyar terus sihat walafiat yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah noe..absyar..hehehe..amsyar tu abangnya..

      Delete
  2. Comelnye.. Syukurlah dr cakap tak ada apa2 kan...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..saspen gak awal-awal baca tadi.semoga anak-anak akak makin sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sal...ha ah lah...moga2 dia sihat sampai bila2...hehehe

      Delete
  4. alhamdulillah utk absyar, semoga terus membesar dengan sihat & bijak..amiin

    (teringat ms bawak abil appt hosp kecik2 dulu, hiper yg amat. nak duduk sesaat pun x boleh huhuhu)

    ReplyDelete
  5. adik saya juga punyai anak pertama yang autism. tak reti duduk diam tapi aktif ddalam dunianya sendiri.

    anak saya Akhmal pula dalam kategori Disleksia. Bila tak boleh picup pelajaran, cikgu suruh duduk kat belakang kelas.

    Biasanya yang suka duduk di belakang ini adalah murid nakal...

    ReplyDelete
  6. syukur Alhmadulillah.....akak pulak menitik airmata gembira...moga absyar membesar dgn sihat....

    ReplyDelete
  7. syukur alhamdulillah : ) absyar sihat
    absyar yang comeii : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq miesha...memang sihat dan bulat..hehehe

      Delete
  8. salam ukhwah jugak dari kaknoor smoga diaorang sihat2 saja kaknoor doa kan

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah...semoga absyar terus sihat dan semakin aktif...amin..
    yan baru tahu wa ada 2 anak taman syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak syurga yan....kenalah banyak2 bersabar..

      Delete
  10. Semoga Absyar diberikan kesihatan yang baik ye :)

    ReplyDelete
  11. Mmg saat yg menggembirakan lah kalau doktor kata tak de papekan Wa...kalau okje mau menitik jugak air mata tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..memang ye kak... risau yang amat bila nak ke ijn tu

      Delete
  12. syukur...mummy plak rasa nak menitis air mata....faham bila anak2 sakit...semoga absyar diberi kesihatan yang baik n dipermudahkan segala urusan membesarnya....amin

    ReplyDelete
  13. syukur Alhamdulillah.semoga absyar terus sihat..boleh tahan jugak ye gaya lasaknya anak istimewa absyar ni ekk.suka tgok dia akrif.hehe

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, berita yang sangat gembira untuk ibubapa Absyar ni. Lega hati dah takda apa-apa yang perlu dikhuatirkan. Konpius saja sekejap tadi, rupanya nama anak-anak Absyar dan Amsyar ya :)

    Anak bongsu saya pulak kalau ramai budak-budak, mula datang sifat malu terus sembunyi belakang Mommynya. Mommylah yang kena layan boraknya bila dia 'ditimpa' malu :)

    ReplyDelete
  15. Salam. Hee semoga anak Absyar itu terus sihat sejahtera.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. Dapat surat macam ni lebih hepi drpd dapat surat cinta masa dulu2 ye tak? Semoga Absyar terus sihat.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah dan bersyukur... Sentiasa mendoakan awk sekeluarga dipermudahkan segala urusan dan hidup bahagia dunia akhirat...sama2 lah kita.

    ReplyDelete
  18. syukur alhamdulillah.. berita gembira ni.. smoga absyar trs sihat hendaknya..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah. Smoga Khaleef Absyar membesar dengan sihat ☺

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah
    smga absayar terus mbesar dgn sihat
    ciksu doakan dr jauh

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah syukur yerk... akak pun rasa lega sangat... ehm ya Allah memang tabiklah pada Wa suami isteri... kuat semangat... dan rasanya sebab inilah ikatan kasih sayang korang bertambah2kan...

    ReplyDelete