Thursday 20 November 2014

INDIA - Itenary, Kos & Travel Agent

     




      Gulmarg
             Aku terpangil nak buat entry ni sebab banyak dapat emel  dari kawan-kawan yang bertanyakan pasal percutian di India hari tu dan juga nakkan contact travel agen yang kami guna masa kami di India dan Kashmir. Masa aku ke India hari tu , aku guna ground pakej je, hotel aku book sendiri guna agoda, booking.com dan ada yang email sendiri pada hotel tersebut. Aku pergi hari tu , Kashmir , New Delhi dan Jaipur ( tapi malangnyaa....entry pasal india ni belum abis lagi, menunjukaan betapa rajinnya aku berblogging .. :) .) 
        Masa aku guna pakej ni hari tu , harganya dalam RM2500 kalau tak silap. 
Pakej ni termasuk airport transfer 
- di New Delhi, di Kashmir
- penginapan dan makan di houseboat 2 malam
- ground pakej ke Gulmarg ,ke Agra ( Taj Mahal )dan ke Jaipur selama 9 hari

Ini ialah itenary kitorang hari tu , memang minta tu agen tu ikut itenary ni dan bukannya kitorang ikut itenary dia sebab local fligt ke Kashmir pun beli sendiri .


Day 1

Sampai dah malam terus gi dinner dan check in hotel Balaji Deluxe di New Delhi . Ni hotel budget je. Tak berapa ok hotel ni . :(

Day 1

Day 2

Day 2

Terus ke airport dan ambil local flight (indigo air) ke srinagar . 
Sampai airport terus disambut oleh jejaka -jejaka hensem Kashmir dan dibawa untuk naik shikara ke house boat.







 Kashmir ..bagaikan lukisan
First time sampai Kashmir ni , tak taulah nak cakap apa. Pemandangan memang cantik sangat-sangat.




   View dari Shikara

Day 3
 First time tengok salji..berbunga-bunga rasa hati..hehehe

Bertolak Ke Gulmarg . Sampai separuh jalan je. Nak naik atas kene tukar transport . ( Tak masuk pakej ) Ambik local tour di Gulmarg.( Bayar sendiri ).Pemandangan sepanjang jalan juga memang cantik sangat-sangat.





 Check in - Gulmarg Resort
Salji memang tebal gile kat Gulmarg ni. Akhirnya..dapat jugak main salji kui kui kui ...nasib baik anak-anak pun ok .

Day 4
Balik ke kashmir , pusing2 pekan kashmir. Petang,naik Shikara pusing-pusing  Dhal lake

Dhal Lake
bye2 kashmir




  Unik sangat perkampungan diorang ni . 






  Menikmati sunset dari dalam Shikara
Day 5

Bertolak Ke airport Srinagar ( pemeriksaan airport paling strict pernak aku lalui )naik flight ke New Delhi.Sampai dah petang, terus ke Agra. Check In Taj Resort , dekat je dengan Taj Mahal. Hotel bersih dan memang selesa.

Day 6 Melawat Taj Mahal . 
Memang terpegun dengan keindahan Taj Mahal ni, rasa macam nak duduk situ lama-lama.



Petang terus bertolak ke Jaipur.

Day 7 
Masa mula-mula masuk Jaipur ni , aku nampak orang tinggal dalam khemah je..sedih pulak.Paling best kat Jaipur ni pemandangan nak ke Agra Fort tu macam tanah gersang , tapi bunga kertas warna pink punyalah banyak menyerikan tanah gersang tu, memang cantik.

Pusing - pusing bandar Jaipur, naik unta, naik gajah . Petang terus balik ke New Delhi.



Day 8 ke Saroja market , Indian gate , 








Day 9 Flight balik malaysia


So..nilah agent yang aku guna hari tu..memang terbaik........

Mr. Sheikh Abdul Ahad
Discover Culture India
www.Discover Culture India.com
01942487005 (o)
9419009591 (hp)
email: discoverculture@bsnl.in

34 comments:

  1. Rasa macam hints nak jalan-jalan balik ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak taulah Mie....risau gak ingatkan nak bawak anak autism ni heee

      Delete
  2. Salam ladywa.. terima kasihbtinggalkan komen d entry Sireh Lovely Care, produk pencuci wanita turun temurun.. kalau. berminat untuk tahu lbh lanjut nanti wasap lady ek.. harganya sgt murah .. thn sehingga dua bulan.. tuk bby pun sesuai disapu pada ruam2 gatal.. ni no lady... 0199005689.

    ReplyDelete
  3. teringin nk ke sana cantik nya..tpi high cost jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah siss..kalau g ngan pakej lagi mahal..

      Delete
  4. memutih sungguh salji nya wa, mesti syok anak-anak main. mak pak pun mesti dua kali lima ni, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kui kui... alhamdulillah....memang pun orga... :-)

      Delete
  5. cantiknya pemandangan di Kashmir..suka tengok perkampungan tepi Dhal Lake tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik..dikelilingi gunung2besalji,.. he he he

      Delete
  6. harga RM2.5k tu untuk seorang ke the whole family?bestnyaaa kashmir...dah lama teringin nak pergi...tp sampai sekarang tak sampai-sampai lagi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ. ...soalan kita sama la....

      Delete
    2. Tu harga utk 1 family...tak termasuk hotel kat delhi, agra n jaipur.

      Delete
    3. Hi ladywa.. naik Malindo ke AA? Visa n tipping mcm mn? Book online ke lical flights tu. so lical flight dr Delhi ke Srinagar je ke?

      Delete
  7. salji di kashmir...bestnya...bila agaka boleh ke sana..nak bpegi sorang x berani..

    DJ, Syieda..JOM!!!

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana sudi singgah kat blog saya : )

    seronoknyer dapat gi sana : )
    cantik betuii pemandangan di kashmir ; )

    ReplyDelete
  9. Wa lawa lawa photo travel wa ni
    good info
    tq for sharing dear

    ReplyDelete
  10. seronoknya jenjalan kat india...canteknya subhanAllah! sure bebudak xnak balik sbb dpt main salji tu kannn? last experience sy dengan salji pun ms sambung blaja dulu, anak2 blum berpeluang lagi..mudah2an ada rezki insyaAllah

    ReplyDelete
  11. wa sesuai tak bawak budak2 ke sana?? husband akakkan dah pergi sini.. duk cakap tak boleh pergi budak2 kecik lagi.. saja nak tanya pendapat wa tak mungkinpun akak dapat pergi ... ha... ha...

    ReplyDelete
  12. Fantastic pictures!!!! Thank you for sharing. Have been to India once!
    All my best from Austria and a happy happy happy New Year
    Elisabeth

    ReplyDelete
  13. wuaaaah ini rare !!!! CT nak bace entry pelan pelan behehe.. bestnyaaaa snow tebal boleh golek golek..!!! bestttttnyaaaaaaaa..

    ReplyDelete
  14. Teringin jugak nak ke India... Tapi tah bile... Lawa tempat2 tu...

    ReplyDelete
  15. seronok tgk dan baca...ibu nza pn suka p travel cuma masa xmengizinkan bila ank2 mula berjauhan,....

    ReplyDelete
  16. lawanya pemandangan tu.
    mmg mcm lukisan.
    bestnya akak dah sampai sana ye.
    jalan jalam tgk tmpat org kn :)

    ReplyDelete
  17. Terima kasih Ladywa. Dalam banyak blog yang saya baca mengenai Jammu Kashmir,blog ini agak bermaklumat dan memberi info asas yang cukup untuk kesana.Dihiasi dengan gambar bagi setiap langkah kesana.Jelas.
    Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  18. Salam, Nak tanye,
    Kos Local flight sne mahal x? around bpe rm ek pegi balik?

    ReplyDelete
  19. Wsalam..akak dulu kalau tak silap naik goAir...dalam seratus lebih sorang...tapi tu dah lama..hehehehh

    ReplyDelete
  20. Wsalam..akak dulu kalau tak silap naik goAir...dalam seratus lebih sorang...tapi tu dah lama..hehehehh

    ReplyDelete
  21. Assalam sis,nak tanya Discover Culture India ni ..travel agent yg based kat Msia or kat India?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam....yang ni based kat India...

      Delete
  22. Ada orang tanya pasal visa..tapi kenapa tak keluar pula komennnya ek.. Visa wa buat sendiri hari tu kat kedutaan India kat KL rasanya...dah lupa pula brapa rm

    ReplyDelete
  23. Tiket ke srinagar beli sendiri jugak..beli online..kitorang naik indigo air kalau tak silap..boleh baca yang belakang2 ..wa ada tulis..

    ReplyDelete