Loading...

Wednesday, 5 June 2013

~ Happy Birthday Alya & Kenduri Doa Selamat ~


          Sambung lagi cerita suka duka  pasal birthday Alya,walaupun dah plan awal tapi kita cuma merancang. Tiga hari sebelum majlis , akak katering yang aku order untuk majlis makan nanti sms , kata dia tak dapat masak , sebab bapa mertua dia sakit tenat . Masa tu pening sekejap , manalah nak cari katering  dalam masa 3 hari in , .Huby cuba deal dengan katering lain , tapi harganya memang mahal yang amat , mahal Rm5 dari katering asal tak termasuk nasi dan air.  
  Untuk katering , memandangkan kami buat 2 majlis , petang dan malam , aku cakap nagn huby , buat je nasi lauk kampung , menu sama petang dan malam. Tapi dia kata tak sesuai pulak petang nak bagi tetamu makan nasi . Cadangan menu hari tu , 
1-nasi putih 2. ikan keli berlada , 3-gulai nenas ikan masin 4. ayam goreng berempah 5. buah 6. air 
       Katering yang first hari tu , dia bagi RM10 , oklah masih lagi dalam budget , bila dia tak dapat masak , katering yang ke 2 nak sampai RM 15 .Bila tanya menu yang RM 10 je..dia macam push pulak kitorang ambil je dengan harga Rm 15 tu , tapi air buat sendiri . 
Untuk menu petang , cadangnya , nak soto , mee goreng basah , roti jala , bubur kacang dan popia basah dan puding , air dia charge sampai RM 13 . Macam ni memang lari budget 
       Dalam pening-pening lalat tu , adik aku bagi no katering akak yang selalu masak untuk majlis kat sekolah dia . Petang tu aku terus call dia , memang friendly sangat akak ni , bila tanya menu tu semua , untuk malam dia cuma charge RM 8 je, aku pun terkejut ..murahnya ..menu yang sama, tambah lagi sambal belacan , ulam dan ikan masin . Bila tanya menu petang pula, dia cuma charge RM 7 je. 
          Aku bersyukur sangat-sangat masa tu , tapi bila cakap nagn dia tarikh 1.6 . Dia pula tak dapat masak , sebab dah masak unuk kenduri orang kawin hari tu. Adehhhh, terkedu aku sekejap masa tu , mana lagi nak cari tukang masak dalam masa singkat tu . So diskuss ngan huby, apa kata tukar tarikh, buat hari Ahad 2.6 .Huby pun ok je,dia terus suruh sms akak katering tu tnya boleh tak hari Ahad, masa tu dah pukul 11.30 malam. Bila aku sms , dia jawab , insyaallah , besok call akak ya.Rasa ringan sangat beban masa tu ..:) Bila dah setel katering barulah boleh concentrate pasal mende2 lain . 
       Untuk majlis hari tu ,kami buat birthday Alya jam 3 petang , dan kenduri doa selamat , tahlil dan bacaan yasin lepas Isyak.Pagi-pagi lepas breakfast aku dan adik aku dah mula buat hiasan untuk birthday , tapi masih tak sempat jugak,nyudahnya ..belon pun tak sempat gantung. 
      Pukul 2 , katering untuk menu petang dah sampai.Alhamdulillah , nampak semuanya sempurna dan sedap.


        Menu petang , soto, roti jala , popia basah , puding , me goreng basah ,bubur kacang + durian( lupa nak snap gambar)  yang ni aku order , pas tu ada fruit cocktail adik aku buat dan nugget untuk budak-budak pun goreng sendiri je. Sebenarnya , semua makanan yang akak ni masak sedap sangat-sangat dan berbaloi dengan harganya , cuma Rm 7 . Memang highly reccommended la kalau sape2 area kota puteri nak buat jamuan. 
    Pukul 3.30 clown dah sampai, clown ni pun sehari sebelum je aku cari kat internet..semuanya last minute , tapi alhamdulillah aku sangat puas hati dengan servis nya. 


Bukan je dia layan budak-budak , even dia entertain tetamu dewasa sekali. Memang bestt sangat-sangat.Pada masa sama tetamu pun dah sampai , kami jemput tak ramai pun, dalam 50 orang je untuk majlis petang dan 50 orang malam termasuk orang surau.
   Bila clown tu sampai je, dia entertain budak-budak dulu , buatkan macam-macam belon untuk diorang.Setengah jam lepas tu , Mr Clown jemput semua tetamu untuk sama-sama menyanyikan lagi birthday dan Allah Selamatkan Kamu untuk Alya.

     Alya pulak malu-malu je masa ni..adehhhh...Tak senyum pulak tu. Alhamdulillah tetamu pulak semua sporting, semua bangun dari meja dn berdiri sama-sama nanyikan lagu untuk Alya. Thanks semua! 


        tetamu yang sporting

Lepas acara potong kek , Mr Clown jemput tetamu untuk menjamu selera. Kelakar Mr Clown ni , sempat buat lawak dengan tetamu sambil melayan budak-budak. Kemudian dia teruskan acara games untuk kanak-kanak. 
        Game pertama , masukkan 4 gula-gula dalam belon . Games ke 2 , masukkan 4 getah dalam straw. Acara ni boleh minta parents tolong , Alya dapat no 5 acara pertama dan acara ke 2 dapat no 1 sebab mama dia terrer masukan  4 getah dalam straw , hahaha...
      Game ke 3 pulak musical chair ,dan games yang paling best acara mencari harta karun.Masa acara mencari harta karun ni , aku tengok je gelagat parents semua, Masa tu aku rasa happy sangat sebab aku tengok parents pun happy dan ambil bahagian dan bersungguh-sungguh tolong anak-anak kecil mereka mencari harta karun. 
        Yang best , bila clown tu minta anak-anak membawa tali pinggang, hehehe ..percaya tak masa tu kaum bapa hampir semuanya bangun dan bukak tali pingang masing-masing.Dan satu lagi, bila clown tu minta rambut uban, kali ni kaum ibu pula yang bersungguh-sungguh cari uban kat kepala suami masing-masing. 
       Masa tu semuanya bergelak ketawa. Alhamdulillah , aku pun happy sangat-sangat sebab tetamu yang datang gembira bersama anak-anak masing masing disamping dapat makan makanan yang sememangnya sedap-sedap belaka. 
Alhamdulillah, walaupun tengah sarat , dan macam-macam dugaan , majlis kali ni berjalan dengan lancar dengan bantuan adik-adik , MIL dan sedara-sedara .

Selesai je majlis dalam jam 6.30 petang , terus kami bersiap untuk majlis doa selamat , baca yasin dan tahlil selepas isyak. 
Alhamdulillah, menu malam ni pun memang sangat sedap.Ramai jugak jemputan yang datang. 
        Penat memang penat , lagi-lagilah dalam keadaan aku tengah sarat , tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar . Pukul 2 pagi baru semua tetamu pulang, aku dengan hubby kemas mana yang patut ,dan pukul 3 lebih jugak kami tidur malam tu , dalam kepenatan :).Aku nak ucap terima kasih pada kawan-kawan dan jiran-jiran juga buat ahli keluarga dan saudara mara yang sudi datang memeriahkan majlis kami kali ni .Terutama sekali buat Mr Hubby yang memang aku tahu dia letih sebab kena buat banyak menda dalam masa 2 minggu ni , :) dan juga buat  adik aku Akman , memang sepanjang masa kena tolong aku buat kerja.

15 comments:

  1. assalamualaikum,

    salam ukhuwah dari bunda...meriah majlis semoga dipanjang kan usia..

    ReplyDelete
  2. rajin nya blogging! keep it up!

    ReplyDelete
  3. Salam kenal..

    Nice blog..

    ReplyDelete
  4. Uiii..respek akak dgn Wa ni...dlm keadaan sarat macam tu...memacam benda happening kat birthday party tu. Happy birthday alia..semoga jadi anak solehah..

    ReplyDelete
  5. kagum ngan dekonyer... meriah gitu.. klu dapat sambut besday anak akak gini bestnyer.. beranganjereler...

    ReplyDelete
  6. nak number fon akak yg masak katering sedap ni bole x,,? Email kat, apple_juice_splash@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. hai.. salam kenal,
    follower no.150
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  8. ni no tel akak tu - 0193575080

    ReplyDelete
  9. boleh saya tahu berapa charge clown tu? dan siapa? sbb dlm google byk...

    ReplyDelete
  10. Nk tnya clown tu brapa rm charge..nk buat bsday anak sabtu ni 25 october. Penin

    ReplyDelete
  11. Berapa rm clown tu sis..nk buat bsdy party sabtu 25 oct ni mohon sis bg contct no

    ReplyDelete
  12. Minta maaf banyak banyak....saya dah tak ada no tel clown tu... tapi yang saya ingat nama dia uncle belon., saya cari kat internet.tapi dah lupa yang mana..maaf sangat2 ya.... harga nya 350

    ReplyDelete
  13. Uncle belon~www.badutclownmagic.com
    012-3649384(call/whatsapp/sms)

    ReplyDelete
  14. Uncle belon~www.badutclownmagic.com
    012-3649384 (call/whatsapp/sm)

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum tuan tanah dan Salam Sejahtera.

    berminat nak sewa kerusi+meja kanak-kanak sempena birthday party? sila hubungi +60123288522

    anak-anak pasti teruja dan gembira bila diraikan umpama meja makan beradap...

    tempahan untuk 2016 telah dibuka sekarang!!

    ReplyDelete