Loading...

Tuesday, 4 June 2013

Alhamdulillah..Sambutan Hari Jadi Alya ( Persiapan )

         Asssalamualaikum w.b.t .. lamanya tak berupdate blog ni... walhal dalam draft banyak cerita yang menunggu masa je nak dipublishkan,,tapi semuanya,,belum siap edit.Tambahan pula, dah pindah rumah baru , banyak sangat mende nak kena setelkan, apatahlagilah aku  tengah menungu hari je nak bersalin, terpaksa gagahkan jugak diri, kemas rumah dan setelkan mana yang patut sebelum bersalin sebab nak bawak baby masuk rumah baru . Bila diskus ngan huby, kalau nak buat kenduri doa selamat , biarlah sebelum bersalin , nanti bila dah operate lagi susah nak bergerak nak buat kerja.
          Hubby macam tak berapa konfident je sebab aku dah sarat benor..lagi-lagi bila aku cadangkan buat kenduri 2 in 1 terus , petang buat birthday Alya , malam pula buat doa selamat , bacaan yasin dan tahlil. Tapi aku yakinkan dia ..insyaallah ..boleh , cuma harap tak kena tahan wad lebih awal je. 
       Dalam  masa 2 minggu kitorang betul-betul struggle , tahu jelah bila masuk rumah baru , banyak mende nak kena setelkan..pada masa yang sama aku buat persiapan untuk birthday Alya sikit-sikit, tak nak kelam kabut nanti.Pada masa yang sama jugak kitorang ulang alik Kota Damansara , ambil barang yang masih ada kat rumah sana.Memang letih sebenarnya, tapi kaki gagahkan lah jugak .
         Jadi kali ni aku nak ceritakan sikit , persiapan untuk birthday Alya kali ni buat panduan korang .Untuk birthday Alya , kali ni aku pilih tema Minnie Mouse , pink + corak zebra , tapi payah sangat nak cari corak zebra, terpaksalah aku guna kertas putih hitam dan liquid paper je. 


yang ni buat sebulan sebelum majlis , guna kertas , liquid paper dan print je mana yang boleh


   Seminggu sebelum majlis , aku tidur lewat nak  siapkan centrepiece untuk candy table .Terpaksalah sebab , pada masa yang sama , aku kena jugak kemas rumah dengan barang berkotak-kotak dalam bilik tu.
          Untuk centrepiece , aku cadang nak buat dua kepala Minnie Mouse tu, satu hitam dan satu lagi pink, tapi malangnya bila nak buat yang besar warna hitam tu , tak jadi lak. Untuk warna hitam tu , aku guna cat spray yang dalam tin, bila spray terus cair polisterin bulat tu , so kensel jelah .Tinggallah yang kecik macam gambar no 4 tu . Yang tu aku cat dulu guna Buncho warna pink , letak gam pas tu salut dengan star dust warna pink , yang  tu oklah, walau tak berapa lawa..tapi menjadi jugaklah.Untuk hiasan kali ni , aku banyak buat bunga guna kertas crepe ( gambar no 7) ,ikut je tutorial dalam youtube.
Untuk hadiah budak - budak , aku guna kertas pembalut putih dan print pas tu tampal je .Satu lagi yang aku buat , untuk kulit chocolate kitkat tu , aku print sendiri , letak gambar Alya . 


    Untuk candy table pula , aku buat sendiri jugak , yang ni sehari sebelum majlis , aku siapkan 2 jenis cup cakes , 2 jenis mini cup cakes , 2 jenis kek pop dan cadangnya nak buat kek rainbow. Tapi bila kaki dah bengkak - bengkak , kek rainbow tu aku kensel je , suruh je huby belikan kek secret recipe untuk Alya.Nak buat cup kek tu tak de masalah sangat sebab da biasa sangat , tapi nak buat kek pop tu agak mencabar , sebab ni first time buat ,bila cocok je kat batang putih tu..kek tu gelongsor..banyak kali gaklah jadi macam tu. 


Tapi setelah bertungkus lumus dengan pertolongan adik aku yang amatlah rajin tu, akhirnya kami berjaya siapkan jugak kek tersebut.Mulanya nak buat jugak cream puff , tapi sesungguhnya aku memang tak larat dah :) .
Ni makanan yang aku sediakan untuk candy bar.



1- cake pop , 2- kek lapis sarawak , 3 kek pop, 4 - 2 jenis cup cake 5- marshmallow dan gula-gula , 6. kek pop lagi , 7- 2 jenis cup kek  8 - chocolate.

Pada hari majlis tu , aku siapkan hiasan dengan bantuan adik aku ( kalau dia tak datang memang aku rasa aku tak sempat siapkan semua tu ..Thanks so much my dear Akman ), dan mak mertua aku pun banyak sangat membantu..thanks Mak . Sebenarnya dia risau tengok aku buat kerja macam-macam dengan keadaan memboyot tu..hehehe....Dan tak lupa bebanyak terima kasih to my hubby yang bertungkus lumus menjayakan majlis ni.
bersambung...:)

3 comments:

  1. teacher dah pindah ? wah, dekat lah rumah kita kan.

    ReplyDelete
  2. HB to Alya...

    Gambar last tu Mr Kemang kan, dia dan pencen memblog ke...

    ReplyDelete