Monday 19 March 2012

Bermandi Hujan di Disneysea - Part 2

part 1
Bila train tu berhenti di   American Waterfront , kami pusing-pusing lagi area situ  . Main attraction bagi Disneysea iaitu Tower of Terror terletak di sini . 
yang tinggi pic no 4 tu Tower of Terror

Kalau korang berani jangan lupa naik ni k.  Kami tak naik pun sebab bawa budak kecik . Since kami dah silap tadi , jadi kami naik balik train tu untuk ke Port Discovery semula.
     Masa kat Port Discovery , tiba-tiba Alya Nampak Mimmie Mouse dan Guffy kat dalam restoran. Dia ajak masuk restoran tu..aduiii mana lah boleh..restoran tu untuk orang yang dah tempah je , dan dah tentu tak halal makanan dalam tu. Bila kitorang tak masuk..dia mula meragam..kali ni dia merajuk sangat2 sebab dah dua kali jumpa Mimmie Mouse , tapi tak dapat juga bergambar dengan Mimmie Mouse. Lama gaklah aku ngan huby pujuk Alya masa ni … bila dah belikan dia popcorn, barulah dia ok …huhu..
Dari Port Discovery , kami terus ke Mysterious Island . Kat sini ada 2 atrraction yang memang best.Yang pertama Journey to the centre of The Earth  dan 2. 200 00 Leagues Under The Sea. 


Sebenarnya dari rumah lagi aku memang dah bercadang nak naik Leagues Under The Sea tu , tapi sebab tak bawak map , memang aku tak jumpa tempat tu.Frust betul masa tu , dan bila huby nak naik Journey to the centre of the earth tu , Alya tak cukup tinggi pulak, so kensel jugak nak naik mende tu .
Lapas pusing-pusing area Port Discovery , kami nampak Mermaid Lagoon. 


Masa tu dah hujan renyai. Kalau ada anak besar2 Alya tu memang sesuai sangat-sangat bawak pergi Mermaid Lagoon ni .Honestly, aku pun terpegun bila masuk dalam ni..









Kat dalam ni, banyak tempat main untuk kanak-kanak. . Hampir semua permainan dalam ni kami dapat main .Kemudian, kami bawak Alya ke Ariel’s Playground . Memang tempat yang best untuk anak-anak macam Alya tu.Dia cukup seronok panjat fisherman's net tu .. turun naik, turun naik..ntah brapa kali ntah dia turun naik.. tak pulak dia letih .. jadi kami biarkan je dia dengan dunia dia.Memang lama kami lepak dalam tu , lagipun kat luar tu hujan lebat . 




Bila nak keluar, baru sedar aku lupa nak bawak payung..walhall.memang dah bawak 2 payung dari M’sia ari  tu , tapi tertinggal pulak kat hotel Ikebukuro tu . Jadi kami beli 2 baju hujan ..waaaaaa baju hujan bodoh tu je dah RM 20 …semuanya mahal kat Jepun ni .Kat gambar atas yang bentuk ikan paus tu adalah kedai cenderamata. pejam mata jelah beli baju hujan , 2 dah 40 ringgit baju hujan plastik je..:(
      Kami teruskan perjalanan , map tak de , so main redah je.. tempat yang terdekat dengan Mermaid Lagoon tu  yang kami nampak ialah Arabian Coast . Mula-mula malas nak masuk , tapi Alya dulu dah berlari turun tangga. Aku tengok Alya selamba je jalan tengah hujan renyai tu, baju hujan pun dia tak nak pakai..aduiiiiiila…risau gak aku takut dia demam…, since aku bawak stroller ..aku kena ikut jalan jauh nak turun bawah tu ..bila sampai je bawah tu, aku dah tak nampak kelibat hb ngan Alya, dahlah time tu pukul 6 dah gelap dah, dalam hati aku, takkan tragedy  terpisah dalam train tu berulang lagi kot..waaaaaaaaaaaa….
     Seriously..aku memang dah sejuk giler masa tu …aku rasa tak larat dah nak jalan , stroller Amsyar aku tutup je ngan baju hujan yang Alya tak  nak pakai tu , masa tu aku pulaknya bukan pakai winter coat , aku beli autumn coat,so baju aku memang basah pun, gloves pun basah gak…

Lama aku pusing area tu , masalah kat Arabian Coast ni tempatnya banyak open space..so aku berteduh pun sipi2 je ..bila staff Disneysea pandang2 je aku berdiri tengan hujan tu..aku lari dan cari port lain pula utk berteduh.Last2 aku tubggu je kat tengah2 open space arabian coast tu dengan harapan hb akan nampak aku.Menggigil-gigil dah masa tu, tapi aku tahan jelah, nasib baik Amsyar tidur lena dalam stroller.
  Lama gak aku tuggu , barulah nampak kelibat hb aku ngan Alya..Alya pun dah basah tapi dia berdegil gak tak nak pakai baju hujan.Aku ajak hb balik walhal baru pukul 7, hehehe..tapi dia taknak , dia kata alang2 dah sampai sini, baik kita ronda semua tempat..aduiii , aku mengiyakan jelah .. walaupun aku dah terbayang2 selimut tebal kat hotel masa tu.
     Betullah, sesejuk aku kat Beijing -12 darjah celcius dulu, kali ni aku lagi sejuk..angin winter campur angin laut..aku memang surrender.
Sebenarnya best kat Arabian Coast ni, tapi aku dah tak dapat nak concentrate dah sebab sejuk sangat. Masa kami jalan-jalan tu tetiba aku dengar Alya cakap ,
    'Abah, Alya nak naik tu..' ... terus aku dongak ke atas, biar betul anak aku ni.. nak naik Jasmine Flying Carpets tengah2 hujan renyai tu..
Terus aku cakap tak boleh..tapi boleh pulak abah dia cakap ..jommmm... adehhhh....Tinggallah aku kesejukan lagi kat situ..hihihi..
     Lepas naik Jasmine flying carpets tu , banyak gak lagi games yang diorang main..aku tak boleh nak recall dah sebab aku biarkan je diorang berdua. Gambar pun langsung aku tak snap dah walaupun dalam hati aku terdetik gak , mesti bila aku dah balik nanti aku mesti menyesal sebab tak snap gambar banyak2. Memang pun aku menyesal, tapi nasi dah jadi bubur..dan sebenarnya aku tak tahan sejuk dan tak larat nak ambil gambar even guna hp masa tu. Ni kisah benar ni , bukannya aku tipu hahahaha.......
    Bila dah naik train ke Ikebukuo , barulah aku lega sangat2 sebab kat dalam train ada heater kat tempat kaki kita. Sebenarnya aku memang seronok sangat2 sepanjang berada di Disneysea, tapi disebabkan  hujan, kami tak dapat nak main semua games , kita hanya merancangkan.Syukurlah, Alya tak demam dan selsema walaupun sehari bermandi hujan di Disneysea.
   Bila keluar ke dari Stesen Ikebukuo, aku terdengar ada orang cakap...MasyAllah..Alhamdulillah...Subhanallah... , aku tercari2 jugak sapa yang berkata2 tu, tengok- tengok ada 3 orang pelajar Turki tengah tegur Alya masa tu .. bila aku datang je dekat , terus diorang bagi salam , dan sempatlah aku berkenalan dengan diorang sekejap...
' You have a very beautiful daughter mem'.. sambil diorang pegang2 dan peluk Alya masa tu... Sebelum beredar diorang sempat bagi kad nama..Insyaaalah kalau panjang umur  akan jumpa lagi :)

kat sinilah jumpa budak2 dari Turki tu..
sekian....................

4 comments:

  1. cantik nye mermaid tuh..tp betul la kalau bawak anak kecik pegi tempat2 camni, banyak benda yg kita takleh naik..huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Seronok kan! Mmg sgt berbaloi masuk disneyland/sea. Saya pun tringin nak masuk lg sebelum blk msia. Act kat pintu masuk tu byk map2 free boleh je ambil sebelum masuk. :) ada rezeki boleh dtg lagi kan.

    ReplyDelete
  3. Siti , kalau tak bawak anak lagi haru..asik teringat je kang..hihi

    ReplyDelete
  4. Asmara- memanag banyak, tapi excited punya pasal..boleh lupa plak...

    ReplyDelete