Sunday 12 March 2017

Kisah bercuti bersama anak autism

Assalamualaikum wbt .. Kami dah lama tak gi jalan ..nak travel oversea apatah lagilah sekarang ni dengan keadaan Amsyar yang hyper dan selalu tantrum..buat aku takut je nak gi tempat orang ramai. Kalau hubby ajak jalan-jalan pun aku macam malas..baik duduk rumah je ngan dia..aku rasa lebih selamat. Tak payah aku nak rasa sedih bila orang pandang semacam bila dia buat perangai pelik-pelik
Tapi masa cuti raya Cina baru-baru ni ..terpaksalah aku ikut jugak sebab family suami buat family day..dan kakak ipar pula yang sponsor penginapan banglo ada swimming pool kat A Farmosa kat Melaka.
     Masa first day tu..dalam perjalanan...Amsyar banyak kali jugak mengamok..dahlah jalan jem.. tak taulah knapa dia mengamok masa tu.kami bertolak dari rumah dalam pukul 12 tengahari sampai Melaka dah pukul 5. Lepas ni memang tak yah gi mana-manalah kalau cuti Raya Cina.
    Sampai je banglo tu..hubby pilih bilik tepi sekali..dan dari bilik tu nampak swimming pool.Amsyar lak bila dia nampak je swimming pool..mulalah dia agresif..tak sabar-sabar nak mandi ..ditolak-tolaknya sliding door tu macam nak tercabut je..adoiii Amsyar Amsyar.
    Budak-budak ni sampai-sampai je ...terus je tukar baju,,semua melompat dalam kolam..Amsyar lah yang paling happy sebab dia memang hantu air.





Lama Amsyar main air ..dah penat..makan ..mandi lagi..makan lagii..hihihihi...memang cuti betul Amsyar kali ni.


Malam tu kami sambut birthday ahli keluarga yang bulan Januari termasuklah aku sekali. Menu simple je..bbq ..kek ..nugget dan ayam goreng.Lepas sambut birthday..budak-budak ni berendam lagi sekali sampai ke tengah malam, termasuklah Amsyar. 
                       Pagi besoknya...mak mertua wa masak nasi lemak..dan kami western breakfast jugak..scramble egg..kacang dlm tin..sosej n roti . semua bawa siap-siap dari rumah. Amsyar bangun je dari tidur..terus masuk kolam pagi-pagi buta tu kui kui kui. Dia orang first yang masuk kolam masa tu.Aktiviti pagi tu..mandi kolam dan makan jelah hahaha.







       
     Petang dalam jam 3 kami keluar ke bandar hilir. Fuh..memang teruk jem..dari Air keruh ke bandar hilir tu..dalam 2 jam lebih.Adoiiii,,,penat dalam kereta jelah. 
Sampai je bandar hilir..kami naik kat food court tu...laa....banyak kedai dah tutup ..then kotor sangat pulak tu,,adoiii...Masa tu Amsyar tahu jelah,,,kejap ke sana kejap ke sini ..abah dia dah berpeluh-peluh kejar  dia. Bila dah tak de tempat makan.... macam berpecah sekejap kat situ...kami pergi 5 family...so masing-masing buat hal sendiri. Kami lagilah...bukannya boleh berdiri lama-lama kat satu tempat..sebab takut Amsyar mengamuk. Hubby ajak naik beca.





Harga 1 beca RM 25.Rileksla sikit bila naik beca sebab tak payah kejar Amsyar hihihi.Lepas naik beca kami singgah Dataran Pahlawan sebba nak makan. Aku tak suka sangat konsep makan kat sini sebab kena ambik order pas tu kena queue panjang kat satu kaunter minuman untuk bayar .Lepas tu baru pergi hantar order makanan..buang masa  ..bayangkan orang punyalah ramai...Ishhhhh..stress buat aku yang ada anak autism dan tak boleh nak tunggu lama-lama. Hari tu kami order nasi ayam 2 set , nasi goreng kampung telur mata , nasi goreng usa , fries 1 set , milo 4 cawan. Semuanya RM 64.40 ..fuhhhhh cekik darah betul.
        Lepas makan ...barulah bertemu semula dengan family suami..rupa-rupanya diorang pun makan  kat situ jugak.Lepas makan..diorang nak naik beca...sebab kami dah naik beca hubby sewa lak motor elektrik. RM 25 untuk setengah jam. Hubby bawa Amsyar naik pusing-pusing kat bandar hilir tu..memang seronok sangatlah si Amsyar tu dapat naik motor.Lama dah bawa Amsyar..abah dia nak bawa Alya lak naik motor. Mula-mula oklah...bila Abah dia dah pergi dengan kakak dia...dia mulalah mengamuk..kali ni memang teruk.. kat jalan tukan banyak beca..ada motor elektrik..ada basikal roda 3 , roda 4 ..diorang ni bawa laju-laju lak tu.
         Yang si Amsyar berlari-lari  nak kejar abah dia,.aku tarik Amsyar kat tepi jalan..dia dengan meronta-meronta dan beratkan badan dia..adoiii..,selalunya Amsyar kalau mengamuk dia akan pukul adin dan kakak dia...kali ni dia kejar adik dia dan dia tolak kuat-kuat kat jalan berbatu tu ...masa tu aku memang tak sempat nak pegang dia.
           Bila dia tolak adik dia aku terus pegang dia kuat-kuat ...bayangkan ..aku tak sempat nak tengok dan pujuk adik dia sebab nak pegang dia...sob sob sob..sian lak kat adik dia..meraung jugak dia masa kena tolak ngan abang dia dan jatuh atas jalan tu.Masa tu dia makin agresif..tak de cara lain..aku dudukkan Amsyar..aku pun duduk sekali atas jalan tu..aku peluk dia kuat-kuat dari belakang...sekali dia meronta...sumpah..terbaring aku kat atas jalan.... 
          Masa tu mata aku dah berair dah....sedih tengok keadaan dia dan sedih lagi aku tak boleh nak kontrol dan pujuk dia..Haahaha..orang dahlah ramai masa tu....ada yang tanya kenapa ni..kenapa ni...aku pun tak boleh nak jawab sebab sedih sangat.... 
         Memang semua orang pandanglah masa tu..... aku buat tak tahu jelah...aku peluk je dia kuat-kuat sambil aku pun teresak-esak masa dia meronta-meronta tu.Masa tu lama pulak abah dia bawa Alya naik motor..rasanya adalah dalam 10 minit kami duduk kat tepi jalan  tu. Bila abah Amsyar sampai....dia terkejut tengok aku duduk atas jalan sambil peluk Amsyar yang tengah mengamuk lagi masa tu. 
       Yang lawaknya...bila Amsyar nampak je bapa dia..elok je dia berenti menangis...dia bangun ..terus gi pegang tangan abah dia macam tak de apa-apa pun yang jadi... :)
    Aku lak..bila bangun je... memang sakit habis satu badan .Punyalah kuat kudrat anak syurga sorang ni sampai terlentang aku kata atas jalan.Memang pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila2....
    Dari  bandar hilir tu..kami terus ke parking kereta....family suami yang masa tu nak ke Taming Sari ....patah balik sebab terlalu panjang queue.Lepas tu kami terus balik ke banglo ...aktiviti malam tu..mandi kolam lagi sampai ke pagi...:)Budak-budak kalau main air..memang tak dapat dipisahkan..kalau boleh nak tidur kat dalam kolam tu.

     


20 comments:

  1. Mmg xpi melaka time cuti perayaan ataupun cuti sekolah sbb xlarat hadap jammed.. Tp dpt stay banglo yg ada pool camtu syok la.. Mandi smp lebam kn.. Bdk2 Mmg suka la main air.. Sian amsyar ngamuk ye tp bila abah nye smp ok plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...rasanya dah serik nakngi jalan2 time jem mcm tu..tpi sebab ada orang sponsor..gilah jugak hihihi

      Delete
  2. Bertabahlah Wa... moga dia berubah kepada lebih baik selari dengan pembesarannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Mie...insyaallah...moga Amsyar jadi lebih baik satu hari nanti

      Delete
  3. satu je bila baca ntry akak nih... tak tertahan airmata msti tumpah time baca, mcm dpt rasa dpt alami apa yg akak rasa, betapa hebatnya dugaan akak nih... mmg tahap kesabaran segunung tinggi....

    udahla emaknya kecik amsyar lak berisi skit, takpe lah kak... insyallah besar ganjaran utk akak n suami di Sana nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dana..akak dah biasa ...tiap2 hari pun kena mengadap perangai dia yang macam2...tapi bukan dia yang minta jadi macam tu... insyaallah...akak kena lebih sabar lagi 😊

      Delete
  4. Ujian buat WA...InsyaAllah syurga ganjarannya...

    ReplyDelete
  5. Alahaiii.. sebak pulak baca. Ibu yang ade anak autism nih memang kuat! kuat fizikal dan mental. Semoga mendapat ganjaran dari Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....dah biasa Nafira... insyaallah..Aamin..tq atas dia Nafira..

      Delete
  6. memang tak sanggup pergi melaka bila CNY. apapun semoga Allah berikan awak lebih banyak kekuatan menjaga anak syurga tu. saya ada juga anak buah perempuan yang autism tapi tak berapa lasak maybe sebab jantina? kadang kesian juga pada kakak yang kena menjaga dia sampai sekarang masih perlu dipantau untuk hal2 kebersihan.

    ReplyDelete
  7. Wah seronoknya mandi pool.

    Anak buah saya pun autism, last week dah start pegi sekolah. Dah besar gini mmg susah nak jaga. Wa dan ibu kepada anak anak autism lain memang iron mom. hwaiting!

    ReplyDelete
  8. Allah tahu Wa dan suami mmg insan yg tabah utk menggalas tanggung jawap itu.. Iya doa ibu tiada hijabnya..Semuga suatu hari nnti Amsyarb ertambah cerdik dan matang amin

    ReplyDelete
  9. Keh keh keh sampai nk tdo dlm kolam ye

    ReplyDelete
  10. Budak budak dengan air mmg tak boleh dipisahkan kan Wa waima yg sihat pun.
    Pergi Melaka tak naik beca mana sah kan Wa haha...

    Tak pergi naik bot ke Wa?
    Alah tak payah nak malu dah Wa.... mereka pun paham.

    ReplyDelete
  11. kalau raya cina memang kami cuba elakkan untuk bercuti kemana2. tobat takmau dah. sebab dah pernah kena jammed je berejam. buang masa dekat jammed je haaaa. tmbh kalau Cameron lagi la mcm apa je lagi.

    nanti kan cuba kalau Amsyar mengamuk peluk dia sambal zikir Ya Latif. hembus kat ubun2 dia. jgn berhenti Ya Latif. sambal doa moga Allah lembutkan hati dia. lembut perlakuan dia. cuba la. anak saya bukan Autism tapi kalau dia mengamuk subhanall memang rasa geram sgt. tp saya cuba cara tu. Alhamdulilah buat masa ni menjadi la jugak.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah akak..diberikan ketabahan ..sbb tu, hnya insan hebat diuji.. seronok nmpk amsyar main air

    ReplyDelete
  13. nak gelak ke sedih hahha..bab jatuh terbaring tu tergelak saya..
    tapi bab Amsyar meronta2 sy dapat bayangkan perasaan seorang ibu control anak dia, nak nangis pun hado..salute kat akak seorang yg kuat, tabah..

    ReplyDelete