Loading...

Friday, 25 December 2015

The Puffing Billy ..Bila hampir kena saman huhuhuhu....

   

             Lepas je balik dari Tulip Festival..kami terus ke Belgrave untuk ke Puffing Billy. Masa sampai tu dah pukul 2.15, train last lak jam 2.30. Tapi masa sampai tu..anak-anak lak lena tidur dalam kereta.last-last aku decide tak payahlah naik train tu.kang kalau kejut Amsyar, mesti dia mengamok nanti sebab kacau dia tidur.
       Tapi aku pergi jugak dengan Alya sebab nak ambik gambar. Jauh jugak berjalan nak sampai ke sana tu .Sebab takut tak sempat nak ambil gambar train tu...aku berlari-lari dengan Alya..sian Alya sampai koyak kasut dia masa tu hahaha.So..kami pun berposing jelah kat situ sebab tak dapat nak naik train ..sob..sob..sob...

 Aku suka sangat train ni..

     Puffing Billy  bermula sejak tahun 1900 dan beroperasi setiap hari kecuali di hari Krismas ( hahaha,,harinilah 25 Dec ..kebetulan pula tarikh sama dengan entry ni) .Pada asalnya train ni digunakan oleh orang tempatan  untuk mengantar  barang dan penumpang ke beberapa tempat sekitar Melbourne. Bermula tahun 1962  Puffing Billy dibuka dan dikelola oleh Puffing Billy Preservation Society dan dijadikan tempat pelancongan. Perjalanan Puffing Billy bermula dari Belgrave menuju Menzies Creek, Emerlard, Lakeside dan kemudian Gembrook.
Dapat ambil gambar pun jadilah :)
   Best kalau dapat naik train ni..lagi-lagilah time spring.Nanti boleh duduk macam ni dalam train.



      source : google
So sebab tak dapat naik train..kami berposing jelah hihihihi






 Last train 2.30

 Nasiblah ada model tak berbayar hihihihi..


 TQ Alya..walaupun kasut dah koyak tapi Alya maintain senyum...terbaikkk..





Jauh jugak nak menapak ke bawah tu


 Klassik je tempat ni kan...

 Next time kita datang lagi ye Alya..Insyaallah...nanti kita naik steam train ni..

 Saaayanggggg Alya....
Nampak tak kasut dan jeans tu ..penuh lumpur masa kat Tulip Festival tu 


Winter coat ni beli kat Shenzhen dulu.....RM 25 je... murahkan.. :)
 Tak tau bunga apa..lawaaaaaa kan..


 Yang ni pun comel gak..




Memang berbaboi bila datang musim bunga..macam-macam bunga kita boleh tengok.





Nak naik Thomas kena tengok jadual kat sini . 





            Lepas je bergambar kami teruskan perjalanan.Destinasi kami seterusnya ialah Melbourne dan kami akan check in hotel disana.  

         Hampir kena saman kat sini
Masa masih lagi kat Belgrave tu , kami berhenti kat satu traffic light.Sebeleh kereta kami betul-betul kereta polis. Dia tegur kami masa tu..tapi memang kami tak faham pun slangnya masa tu. Hubby drive macam biasa ..tiba-tiba polis tu bagi lampu..suruh kami ketepi.Memang berdebar giler aku masa tu..matilahh kena saman...
' Hi..Good Die( Day ) Mate'
'Hi..Hello Sir'
'Your licence please'
Hubby aku bagilah lesen Malaysia ..hihihi
Kata polis tu lagi..'Your real licence' Hahaha,mungkin dia pelik tengok lesen Malaysia
'This is my real licence'
Ohhh...
'Where did you get this car ?'
Ah sudahhhhhhh,,,,aku kat belakang dah cuak..
'We rent the car from Apex '
Kat kereta tu memang ada tulisan Apex..hubby aku tunjuk je kat polis tu..
'Where you from sir?'
'Malaysia sir'
'O...you are not supposed to text when driving'
'Sorry sir...I just use the GPS' 
'You are not allowed to use the handphone while driving in Australia'
'I'm so sorry sir.this is my first time here and I am lost so I use the GPS'
'Ok this time ,I'll let you go '
Dia pandang belakang tegur aku 
Hi Mem,,,Hi Sir..
'So ..how's Puffing Billy ?'
'Oh...The best place I've ever been sir' sambil aku senyum kat dia
'How many of you ?;
'.satu..dua ..tiga..empat..lima..'
Whattt?..Polis tu pandai kira dalam bahasa Malaysia..!!!!
'Have a good die (day) '
'Ok sir..TQ so much sir..'

         Lebih kurang macam tulah dialog kami ngan polis tu...rupanya masa hubby aku tengah guna GPS dia ingat  tengah taip mesej hihii.
          Fuhhhh,,,alhamdulillah, nasiblah tak kena saman, Tapi perjalanan seterusnya lagi menakutkan aku..bila ada kereta berenti kat sebelah je, aku rasa ada kereta polis kat sebelah kami.Dahlah nak ke Melbourne dan ada banyak u hook turn,,Sumpahhh..sepanjang perjalanan aku berdebar-berdebar dan takut sangat .


Sepanjang jalan ,,banyak kedai jual kereta,,uniknya ada banyak belon..lawaa.

Nanti sambung ya...

21 comments:

  1. Ada tgk kwn pegi sini naik train tu and posing mcm tu cantik.. Tp walaupun tk dpt naik..dpt bergmbr nmpk train pn dh happy kn..Thomas n friends bdk2 mesti suka..sure berdebar kalo kena tahan ngan polis di negara org kn..mujur tk kena saman

    ReplyDelete
  2. Memang kena ikut buku kalau nak memandu kat sana...seronok memandu kat sana,sangat bertimbang rasa orang -orang nya.

    ReplyDelete
  3. Dah bnyk kali g melben... tetap tak sempat g bily train ni... hwaaa sedih nya...

    At least ada reason utk g lg

    ReplyDelete
  4. Rent apex ok ke?

    Kt ausie sy rent hertz ngn budget...
    Budget ok.
    Tp hertz kt clayton cm hampeh sket.

    Hertz NZ ok... highly recommended

    ReplyDelete
  5. Kalo g nz jgn ambik apex... tgk review mcm x bgs sgt

    ReplyDelete
  6. Best nyer kalu kt mesia ada train comel cm tu ;)

    ReplyDelete
  7. Kalau ada rezeki ke Melbourne, nak cuba memandu pulak... nampak menarik dan mencabar...

    ReplyDelete
  8. Mmg menakotkan if terjumpa polis ni.

    ReplyDelete
  9. comel je keretapi tu . mcm best je duk kaki terjuntai cam tu ... cantik2 lak bunga di negara org ... straight gak polis aussie ya . kat sini ramai je yg guna hp masa memandu . polis selambe ja . bila accident baru saman ...

    ReplyDelete
  10. Cantiknye pemandangan dgn bunga2 pulak tu dan semua tempat nampak bersih sangat...nasib baik tak kene saman ye

    ReplyDelete
  11. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  12. kredit utk alya..teman ibu ambil gambar. blogger mana boleh terlepas ...gambar penting tu.

    ReplyDelete
  13. cantiknya kawasan Puffing Billy...kalau dapat naik keretapi, best jg..

    ReplyDelete
  14. bestnya boleh naik keretapi macam tu..menarik sgt²...☺

    ReplyDelete
  15. beshnya..train tu nmpk antik sgt...
    waa..dpt naik train thomas lg...

    ReplyDelete
  16. Memang nampak klasik sungguh train tu... Nampak nampak macam Thomas and Friends yang ori..hehehe

    ReplyDelete
  17. Anak2 mummy kalo tgk ni mesti teruja..

    ReplyDelete
  18. Lawa baju Alya..Pink ! I Like ..gimme5 Alya..

    ReplyDelete
  19. En .Polis speaking Malay.. wahh bangga kejap jadi Malaysian..

    ReplyDelete