Loading...

Saturday, 30 July 2016

~ Autism N Me Selamat Hari Raya ..~

            Salam aidilfitri buat semua teman. Lamanya tak menulis..banyak cerita suka duka..tapi memang tak ada masa nak coretkan kat sini mmmm.... . Tahun ni kami beraya di Kuala Berang Terengganu..memang best bila dapat beraya di kampung halaman sendiri.
              Seminggu sebelum balik kampung ..hubby dah cakap dia nak makan ketupat nasi. Adehhhh..mana nak cari ketupat nasi kat Terengganu. Memang tak ada..yang Wa pulak langsung x reti nak anyam ketupat . Kalau tak ada jugak memang kena tengok youtube jelah jawabnya.Tapi nasiblah bapa sedara Wa yang duduk Kuantan raya kat kampung jugak..wife dia pandai anyam ketupat...haaaa..lega..selesai satu masalah.
Tiga hari sebelum raya ...kami dah pusing satu kampung,nak tengok kat rumah sapa ada pokok kelapa yang ada daun kelapa yang bole dibuat ketupat. Tapi malangnya..semua pokok kelapa tinggi-tinggi dan kalau ada yang rendah..tak ada yang boleh dibuat ketupat. Frust lagi sekali hubby Wa.Mulalah dengar dialog.. " Tak bestlah raya tak de ketupat..ketupat segera tak main la." haahha
      Malam tu kami buka puasa kat umah Wan...sembang -sembang..pak sedara Wa cakap ..kat rumah dia banyak pokok kelapa ". Hah...punyalah Wa happy dengar dia cakap macam tu...rasa hilang satu beban ".Pagi besoknya hubby terus ajak ambik daun kelapa...semangat betul dia nak makan ketupat nasi . Malam tu kami berkampung kat rumah Wan Wa sampai pukul 2 pagi..tunggu mak sedara dan pak sedara Wa buat ketupat. Dapatlah dalam 30 biji.Alhamdulillah. So habis kisah nak buat ketupat. Dapatlah hubby makan ketupat dipagi raya.Taklah rasa terkilan sebab dah dapat tunaikan permintaan suami. 
Banyaknya pokok kelapa..elok tanam kat rumah Wa lah..nnati nak balik raya ambik je kat rumah sedirikan..:)

           Tapi beraya dengan anak autism yang semakin lasak tak sama macam raya dulu-dulu huhuhu. Selalunya rutin raya Wa ..pergi beraya rumah mak sedara dan nenek yang satu kampung dengan Wa. Lepas sembahyang raya biasanya diorang semua akan singgah rumah Wa dulu sebab rumah dekat dengan masjid. tapi tahun ni semuanya dah tak sihat..tak dapat sembahyang raya..jadi tak adalah yang singgah beraya rumah Wa dulu. Lepas makan dan bergambar..( penat ambik gambar dengan Amsyar...gambar kat atas tulah yang dia diam sekejap..yang lain..semuanya ke laut ).Cukuplah buat kenangan hehehehe.



Nilah my small family..yang lain beraya dirumah suami masing-masing.






Menu raya tahun ni , nasi arab ayam dan kambing

 Lepas makan kami pergi rumah mak sedara Wa..( hubby dah pesan..tak boleh duduk lama-lama sebab takut Amsyar buat perangai . Kat situ dia oklah... tapi tak duduk diam..berpusing-pusing..kejap2 ketawa.Masa Amsyar minum susu...ada makcik ni cakap..
   'dah besar-besar pun minum susu botol lagi? 
            Berderau darah bila dengar dia cakap macam tu.Dalam hati..salah ke minum susu botol. Sedihhhh.....
Lepas tu kami ke rumah nenek Wa..biasanya kalau raya yang lepas-lepas memang Wa stay kat situ sampai petang. Bila sampai..ramai sangat orang.
              Sebenarnya nenek Wa dah tak sihat.Dia tak dapat berjalan sebab tulang dia retak masa dia jatuh.Sedihnya tengok dia..badan kurus sangat-sangat..dialah yang jaga Wa masa Wa kecik. Memang ramai orang datang sebab nak tengok dia. Bila dah ramai orang..hati pun jadi tak tenteram..takut Amsyar buat perangai. 
            Mula-mula dia oklah..pas tu mulalah dia buat perangai pelik-pelik. Dia ketawa sorang-sorang..pas tu berlari-lari , buat bunyi pelik-pelik... orang yang ramai tu mulalah pandang dia lain macam je. Terus Wa bawak dia gi dapur. Kejap dia dia duduk kat dapur dia naik balik. Yang tak bestnya bila dia mengamuk..mulalah dia tarik dan pukul orang. 
          Last-last dia baring kat tangga ..tempat orang letak selipar tu. Bila angkat..dia beratkan badan dia...adoiiii... orang pun pandang pelik je kat Amsyar...Hahahahha..anak normal mana ada baring kat tempat macam tu kan... last-last..aku ajak hubby balik. Raya kali ni sejam jelah dapat beraya kat rumah nenek. Bila dah sampai rumah..rasa legaaaa sangat-sangat. Tak ada lagilah nak rasa semacam bila orang pandang dia dengan pandangan yang pelik-pelik. So kami beraya kat rumah ayah jelah sehari hari raya tu.Kadang-kadang..dah jadi fobia bila ada ramai orang..risau sangat Amsyar tiba-tiba pukul anak orang. Sekarang ni kakak dan adik dia tiap-tiap hari kena tarik rambut dan kena pukul..tak tau dah nak buat macam mana...sob sob sob...

         Kes kami  beraya dengan family husband lagi naya... nanti citer ye.. :)
         

12 comments:

  1. SALAM LEBARAN WA N FAMILI SERONOK BALIK BERAYA KE TERENGGANU TU...BERSABARLAH WA DGN TELATAH ANAK SYURGA...BERKAT KESABARAN BESAR GANGARANNYA...INSYAALLAH

    ReplyDelete
  2. Tak semua orang faham sukarnya nak jaga anak autisme wa.. Biarlah orang nak pandang macamana pon.. Anak istimewa ni kena banyak sabar menjaganya.. Semoga wa & suami sama2 berjaya membesarkan amsyar sehingga jadi anak yang berjaya dunia akhirat.. In Shaa Allah.. Aminn..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  3. Be strong wa. Sedih jugak saya baca.

    ReplyDelete
  4. Dapat jugak hubby makan ketupat daun ek...sabar banyak2 ada orang masih tak faham dengan anak autism. Tapi diorang ni kalau hantar pergi sekolah khas nanti tahulah apa yang terbaik dari diorang.

    ReplyDelete
  5. takpe kak, ramai org yg tak tau psl amysar anak autisme, lg2 kita jarang2 balik kg kan... tp mmg lah kalau anak2 kite special mcm tu mmg kite risau nk bwk pi mana2 tkt dia bt hal or tkt org lak yg bt hal ngn dia... dana paham perasaan akak, sbb anak dana hyper,mmg kene perati tak blh nk lpskan mcm anak2 biasa...

    apa pun dana salute ngn kesabaran akak sekeluarga... sian si kakak ngn adik amysar redo je kene tarik rambut... insyallah mereka msti memahami amysar punya

    ReplyDelete
  6. Salam Syawal Wa..Alahai...paham sangat la apa yg Wa go through ni...orang lain nak beraya excited gile kot..kite2 yg ada anak spesel ni dup dap dup dap tengok jam...tak bole beraya lama2 sgt..kalo pegi pun yg betul2 rapat dan paham situasi kita..which means tak banyak la umah yg dilawat..hahaha....btw, aritu masa nak fetch anak saya, saya nampak amsyar attend eip en.fakri kat selayang..comel nya dia tu.. :)
    -Diana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Diana ..hubby ada citer gak yang Diana ada tegur Amsyar hari tu.

      Delete
  7. selamat hari raya..lama tk berblogging ye...ank autism kena byk sbr utk menjaganya..smoga wa tabah ye

    ReplyDelete
  8. Iyalaa ramai x faham sbb anak anak ini kelihatannya sempurna sifatnya..iyala da anak kita kan..mmg kita sabar

    ReplyDelete
  9. Salam Syawal...saya pun tak reti anyam ketupat..

    Be strong...

    ReplyDelete
  10. Anak autism ni masa kecil memang hyperaktif tapi bila dewasa pulak selalu kena buli dengan kawan2... (dari pemerhatian kes anak saudara)...

    Bertabahlah Wa...

    ReplyDelete
  11. x kiranya bagaimana lasaknya dia yg penting kesihatannya terpelihara...


    jd kenangan raya laa ye gmbr2 ni ;-)

    ReplyDelete