Tuesday 17 November 2015

The Nobbbies Centre , Philip Island

      Lepas puas menikmati keindahan di Cape Woolamai disini , kami teruskan perjalanan, kali ni ke The Nobbies centre untuk melihat sunset. Dalam perjalanan tu..kita akan lalu satu kawasan yang amat lapang.Ha..kat sini nanti kita akan jumpa banyak kangaroo melompat-lompat kat jalan raya hihihi bestttt.Tapi tak ambik lak gambar ambil video je masa tu .


 Bilalah boleh naik Campervan ni..

 
Memang banyak kangaroo kat sini ..ada gak binatang-binatang lain melintas..tapi tak tau apa nama binatang tu.

    Sebelum sampai sini, nanti kita akan jumpa Penguin Parade dulu , tempat dimana kita boleh tengok penguin. Tapi kami tak pergi sebab rasanya tak sesuai bawa anak-anak yang tak boleh duduk diam ni. 





Panjang sangat tangga ni nak turun bawah..aku turun separuh je ..letih dah  nak jalan.








      Lama gak kami duduk kat sini melihat sunset.Ada jugak rombongan yang datang dengan bas masa tu.Kemudian kami teruskan perjalanan, sebab dah petang, kami bercadang  nak terus pulang ke hotel.Banyak lagi tempat menarik kat Philip Island ni.Tapi kami tak singgah sebab dah gelap..lagipun semua dah tutup .
Sebelum pulang ke hotel, kami singgah Coles dulu..nak beli buah strawberry.Masa nak cari Coles tu ntah macam mana tak jumpa lak.Walhal Gps tu kata kat situlah Coles.
'You have reach to your destination' hihihi..tapi mana ada Coles ?

     Tapi,  kami lihat kiri kanan tak ada pulak coles, masa tu rasa kelakar lak..hubby aku tunjuk kat depan tu..tulah Coles kot .Kata Alya lak, tu bukan Coles,  Coles tu warna merah ,ekekeke..
        Alya pun dah kenal Coles...sebab hari-hari singgah Coles.Lama jugak kami stuck kat kedai depan tu..last-last aku cakap ngan.hubby..biarlah aku masuk beli barang dalam kedai tu je.
Baru je nak.keluar,, Alya jerit...
'Mak..Abah..tulah Coles.. '
Aku ngan hubby aku pelik..mananya tak nampak pun.
'Tuuuu.....'
    Rupa-rupanya dia nampak kat celah-celah pokok tu..tulisan Coles tu.Hahahaha memang tergelak sakan kami masa tu.Rupa-rupanya kat depan sikit lagi .Pelik gak GPS tu.

Coles, COWES
       Dekat Coles..aku beli susu dan buah buahan je..cukuplah buat alas perut.Lepas tu kami terus pulang ke motel.Seronoknya bila dah sampai motel..tak sabar nak baring dan rehatkan badan sambil main ngan anak-anak.
   Dinner malam ni cuma nasi , sambal ikan bilis, telur dadar , kari ayam Yeos dan buah-buahan, Alhamdulillah.
 Ni pula aktiviti anak-anak malam ni. panjat katil turun katil dua tingkat.
 Sikecik ni jakun sangat,,first time tengok katil dua tingkat..macam-macam cara dia nak cuba naik kat atas tu hihihihi
Amsyar..macam biasa..makan dan tengok kartun je .
Malam tu anak-anak tidur lewat jugak , seronok bermain dan melompat-lompat kat atas katil. Memang selesa sangat motel ni. Nanti aku buat entry pasal motel ni. Memang sesuai untuk family macam kami. Hubby tidur cepat malam ni..penat drive...fuhhh..memang jauh berjalan hari ni tapi besttttt sangat-sangat kat Philip Island ni.Besok lak nak jalan jauh lagi..




39 comments:

  1. Seronoknya melihat keindahan tempat orang walaupun tekak kita tetap Malaysia... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak chik..x leh duk negara orang lama2..

      Delete
  2. mmg cantikkkkk sangattttt

    agk2 kalu seludup kangaroo tu bw blk boleh x? hahahahah

    ReplyDelete
  3. Subahanallah.. memang cantik sungguh sunset tu Wa..
    Permandangan laut tu pun cantik.. memukau pandangan..
    Hehehe seronok ye anak2 jumpa katil dua tingkat ni..
    Main lah puas2 sayang.. elok2 jgn smpi jatuh ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tulah kak anak2..x leh tengok katil.

      Delete
  4. Canteknya pemandangan saujana mata memandang.
    Sunset juga bagai lukisan...

    ReplyDelete
  5. Subhanallah! Cantiknya view sunset tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah..cantik Farah..speechless jugak wa masa tu.




      Delete
  6. sonoknye dapat melancong kat negara orang.
    anak2 pon sonok nampaknye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Nafira..susah bawak budak2 ni berjalan sebenarnya..hihihi

      Delete
  7. Wa kari ayam yeos beli kt coles ke bwk dr msia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak dari Msia..hihihi..macam2 wa bawak. Penuh dua beg

      Delete
  8. siap bawak kari ayam..tempat orang tapi selera tetap melayu..kan??heheh

    ReplyDelete
  9. woaaaah.. katil dua tingkat tu very the ohsem.. ahaha..
    kami pergi jugak Nobbies tapi huurm biasa-biasa saja kot rasanya..

    hahaha.. okay yang Coles Cowes tu lawak.. CT lepas ke Nobbies mmg jalan ke Cowes konon
    nak cari kedai makan.. tapi kedai tutup plak.. so tahu ada tempat nama Cowes.. heheh..

    adus.. rindu Melbourne =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.wa pun sama..pelik..sebab rasanya ada seagull kat situ..

      Delete
    2. seagull burung tu kan ? tak ada ke burung masa akak pergi ?
      time kami pergi ada.. lepas tu masing2 seram sbb nampak notice beware dengan ular..
      cepat2 tinggal tangga cabut..

      Delete
  10. cantiknya view tempat org xrugi bertandang siap bawa bekal ya wa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak..macam-macam bekal kami bawak hihihii

      Delete
  11. Subhanallah...cantiknye pemandangan sayup mata memandang...

    ReplyDelete
  12. Tak tengok penguin parade pun tak rugi rasanya. Dahlah mahal pastu tak boleh ambil gambar...

    ReplyDelete
  13. subhanallah.. memang cantik pemandangannya..

    terima kasih follow.. follow di sini juga.. ;)

    ReplyDelete
  14. Bestkan kalo ada caravan... hero2 mummy suh beli, tapi tak tau la bila tahun dapat beli..hehehe

    ReplyDelete
  15. sunset tu betui2 menggoda mata.. Cantik sgt!

    ReplyDelete
  16. subhanallah...terbaik lah gambar matahari terbenam tu...:-))

    ReplyDelete
  17. Cantik betul pemandangannya...

    ReplyDelete
  18. Salam kenal WA...dtg dan Follow kamu juga..Tkasih dtg bloq sendu akk tu...

    Sunset yg sgt Indah......Subhanallah...

    ReplyDelete
  19. serius... cantik sgt view kt sana

    ReplyDelete
  20. Tak pernah lagi tengok kangaroo secara live..

    ReplyDelete
  21. Cantiknya sunset dan pemandangan disekeliling.
    Seronok tgk kangaroo melompat lompat kan. Dulu masa kak zai pergi Perth pun dapat tengok.

    ReplyDelete
  22. Philip Island!!!! one of my dream destination huhuuh....berangan je lah

    ReplyDelete
  23. cantiknyaaaaaa pemandangan dia. tenang je nampak. biasa budak2 ni memang mata dorg tajam. dari jauh lagi dah nampak kan. sedangkn kita tengah melilau mata mencari mana nya kan hihihi

    ReplyDelete
  24. tq share , menarik & cantiknyer tempat ni

    ReplyDelete
  25. Kalau ada RV, lagi best ^_^

    Seronok kalau dapat berjalan-jalan ke negara orang ni. Lagi seronok sebab dapat bawa anak-anak berjalan! Nak cari makanan di sana susah ke, Wa? Kalau saya yang jenis makan pun memilih ni, agaknya lagilah susah tak tahu nak makan apa!

    ReplyDelete
  26. ya Rabbi.
    cantik nyer pemandangan, Wa.
    aduhai...

    ReplyDelete