Loading...

Monday, 26 October 2015

- Nasi Ayam Goreng Sedap Noxxa ~




Salam semua..
 Wa kalau hari kerja memang jarang-jarang masak. Tapi kalau hujung minggu memang masak .
Kali ni nak share resepi nasi goreng ayam. Memang selalu masak nasi ni sebab dah jadi makanan favourite family kami. Alya panggil nasi arab hehehe.Resepi asal Wa ambil kat dapur mamasya kat sini.


Bahan-bahannya:

 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
 2 sudu kecil garam* 
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari* 
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....
gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
(Yang ni Wa goreng guna kuali biasa je..tak guna Noxxa)

Bahan Utk Masak Nasi 
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
 2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
 sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
 2 bay leaves/ daun ketumbar 
4 cawan beras basmathi-cuci toskan( Wa guna beras wangi Jasmine sunwhite yang paket pink}
4 1/2 cwn air ( Wa guna 5 1/2cawan )
1/2 cwn susu cair



Cara-Caranya:
1.Tekan butang stirfry - ON 
2.Panaskan minyak/butter tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.Tambah kiub ayam

3. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. . Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air( Wa letak 5 1/2 cawan )
4.Off kan button stirfry




 5.Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam 
6. Tekan button highpressure 6 kali ( untuk 6 minit ) Tekan ON.


7. Pastikan setting Pressure selaras dengan titik( macam dlm gambar kat atas )
Bila dah ada bunyi beep beep .. releasekan wap ( Pusing tulisan steam ke arah titik )

Untuk beras Jasmin ni Wa guna sukatan air 4 cawan beras dan 6 cawan air..setkan high pressure 6 minit.memang elok nasi tu masak. Kalau guna 7 min high pressure mesti nasi berkerak.

Sambal merah
Cili merah 5 biji
Bawang putih 1 ulas
limau nipis 3 biji
gula 1 sd kecil
garam 1 sd kecil
Tumbuk semua bahan.perasakan garamnya.. 

Boleh je makan dengan sup dan sambal macam nasi ayam.Semalam Wa masak acar dengan daging masak hitam.


34 comments:

  1. Best juga resepi ni wa...mudah.Kakak nak juga buatkan untuk anak2 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Must try kak....senang dan sedap..

      Delete
  2. sedapnya.. mcm nasi arab ! nanti mummy pun nak try gak lahh.. hehehe :D

    Mummy mai meronda di pagi hari..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Mummy Julia..ala ala nasi arab gitu

      Delete
  3. waduhhhh da laa sy lom sarapan lg ni ;-)

    ReplyDelete
  4. nampak begitu menyelerakan...senang kan masak dgn periuk Noxxa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah siss ..memang senang je..

      Delete
  5. dgn noxxa mudah je..sedap nmpk yummm..salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh,,mudah je dengan Noxxa

      Delete
  6. haritu masa belajar baking tu, pun cikgu tu sempat promote noxxa.masak makaroni .senang giler tak yah nak rebus dulu.memang terpengaruh betul dgn noxxa ni.

    FAD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Fad..jimatkan masa kita kat dapur

      Delete
  7. Mudah je memasak menggunakan periuk noxxa ni ya. Hmmm nampak menyelerakan dan panjang-panjang berasnya.

    ReplyDelete
  8. sedappnyer nasi ayam goreng mak wa tuuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedappp..must try

      Delete
    2. oke jap lagi nak datang hinggap,, hehe2

      Delete
  9. aduhai memang dok mengidam periuk noxxa nie.. bila nak beli tah..hehehe.. btw berselera tengok menu.. confirm sedap kan..=D

    ReplyDelete
  10. sana sini orang dok cite pasal noxxa ni
    cam best betul rasanya sebab kejab aje masak
    mahal dak kalau beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan harganya YY... :) Tapi ramai yang beli ni main kutu je.

      Delete
  11. Teringin pula nak beli periuk noxxa nie ^-^

    ReplyDelete
  12. Pergh..sungguh sedap rupanya..memang rasa juga sedapkan

    ReplyDelete
  13. Patut la Alya panggil nasi arab memang dah rope nak nasi arab pon....kikiki...sedap sangat lagi2 tengok ayam bersusun2 tu

    ReplyDelete
  14. telan ayaq liur nengok nasi goreng sedap ni... hehe.. dok berangan nak beli juga periuk NOxxa ni.. dah ramai yg guna kan.... :)

    ReplyDelete
  15. Salam singgah sini Wa....sedapnya nasi goreng ayam tu....rupa dia macam nasi arab sangat la Wa.....sedap tu...

    ReplyDelete
  16. Salam singgah sini Wa....sedapnya nasi goreng ayam tu....rupa dia macam nasi arab sangat la Wa.....sedap tu...

    ReplyDelete
  17. 6 minit dh siap semua... lahai bestnya...
    nk cari geng lah bt kutu beli noxxa nih....

    salam kunjung semula

    ReplyDelete
  18. Sedapnya...anak2 saya memang suka masakan yg macam ni. Boleh cuba wknd nanti.
    Tapi...kita tak ada periuk noxxa lagi...huhu
    Salam kenal. Done follow sini :)

    ReplyDelete
  19. Memang sedap ni Wa.
    Dipadankan pulak dgn acar timun hmmm... sepinggan penuh pun habis kan:)

    ReplyDelete
  20. Alahai, sekejapnya masak. 6 minit je dah siap boleh ngap masuk perut. Dah la nasi arab tu nampak sedap. Ni yang rasa nak beli jugak periuk noxxa ni :)
    P/s: Salam perkenalan. Done follow back :)

    ReplyDelete
  21. Nampak sedap... harus cuba ni..

    ReplyDelete
  22. must try. nmpak menarik untuk di cuba. ada masa in shaa Allah tp xda la periuk noxxa tu.

    ReplyDelete
  23. wahh..kena rembat periuk noxxa tuuu..huhu..in my wishlist...

    ReplyDelete
  24. Aduhai.. Menggoda jiwa raga betol.. cam kena kumpul duit juga je.. huhu.. NOXXA yg ohsem..

    ReplyDelete