Friday 28 August 2015

My little garden...............

        Salam Jumaat buat semua..sebenarnya aku memang suka berkebun. Masa kecik-kecik dulu, ayah memang suka tanam pokok bunga . Penuh bunga warna-warni kat rumah ayah.Yang tukang siram..akulah..tapi ayah selalu pesan , jangan siram bunga siram je batang pokok tu, nanti bunga cepat gugur, sampai sekarang aku ingat pesan ayah. Arwah mak pula memang suka tanam sayur, macam-macam sayur yang dia tanam kat kebun..memang best bila makan sayur hasil titik peluh sendiri.
      Bila dah kahwin , memang lama tak berkebun sebab masa tu duduk rumah flat je. Bila dah beli rumah teres kat Subang Bestari, aku mula menanam pokok semula. Masa tu arwah mak tanam pokok kunyit , serai dan pokok katak puru . Aku ngan huby pulak tanam pokok mangga, lemon dan macam-macam pokok bunga masa tu . Bila dah pindah Kota Puteri , bawak juga beberapa pokok bunga dari Subang Bestari , tapi semua mati     hehehe sebab masa tu memang tak berjaga . 
     Bila dah lama duduk sini , join lak group tanam bunga kat fb ..minat nak menanam pokok tu datang balik .Hari-hari tengok orang post gambar pokok bunga kat rumah masing-masing, rasa tercabar dan jeles yang amat sangat masa tu , 
    So kami start beli pokok dan pasu sikit-sikit. Huby aku suruh tanam pokok bunga kertas je sebab dia kata senang nak jaga. Tapi banyak lagi bunga lain yang aku suka.Memang kalau gi Sungai Buluh tu , rambang mata dibuatnya.


Kalau boleh satu lori pokok bunga  nak beli waaaaaaaaaaaaaaa.
    Yang seronoknya ..bila Alya pun suka sangat tanam pokok bunga. Tiap kali tanam pokok, mesti dia nak tolong.


  Seronok bila berkebun dengan anak-anak :)



































         Asalnya tempat ni macam ni je..
     Memang dari dulu lagi..kat depan ni aku nak jadikan mini English garden. So aku pun mulah menyangkul rumput yang tebal amat tu..fuhhh memang nak patah pinggang masa tu.Aku tobatlah tak nak buat lagi.Jadi aku upah bangla yang potong rumput tu cangkulkan tanah .boleh gitu ? Hehehehe...

 Aku mulalah tanam pokok sikit-sikit. Yang kat sebelah tu, terpaksa alih pasu sebab masa tu nak buat pagar.
Bila pagar dah siap..macam nilah keadaannya, masa tu pokok bunga pun dah banyak dah.Bila kami nak cat pagar, terpaksa aku alih lagi sekali segala maknenek ni..lengoh oooo angkat pasu-pasu ni semua.













Masa ni memang bersepah taman.Masa ni  baru je cat undercoat..pun rasa nak pengsan cat pagar ni sebab kami cat masa bulan puasa hahaha.Orang lain bila time raya sibuk nak melawa..kami pulak time tu memang sunburn habis.














     Bayangkan nak cat kayu-kayu ni semua ..yang stress nak cat kat celah-celah kayu tu..waaaaaaaaaaa....nyudahnya cat sampai ke malam .Masa ni, aku cat belah dalam , hubby cat kat bahagian luar.Kalau nak tau hehehehe..sampai sekarang ni pagar kami yang tepi dan belakang tu  cuma undercoat je.Cat yang finishing sampai sekarang tak cat lagi sebab asyik hujan je.
       Yang bahagian depan tu, aku gigihkan jugak diri cat sorang-sorang sebab nak alih balik pasu-pasu bunga tu.Tiga jam nak siapkan dua petak pagar tu, tapi terpaksalah sebab aku tengok semak dah depan tu dengan pasu bersepah-sepah. Malam tu hubby aku cakap , masa dia gi surau ada kawan dia tanya, 
" Ko upah indon ke cat pagar tu Bob ?" waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............
Memanglah kalau time mengecat pakai baju buruk ngan topi besar gedabak tu..takkan nak pakai baju kurung...adehhhh..penat aku mengecat..indon jugak yang dapat nama tak adil betul dunia ni.
     Tapi bila tengok taman yang kat depan tu dah siap dengan bunga berwarna-warni..rasa berbaloi-baloi sangat berpenat lelah selama ni. 
            Nanti next entry Wa share gambar My Little Garden ya...

11 comments:

  1. WAH BERSEMANGAT WA MENGINDAHKAN LAMAN DGN BUNGA2 YG CANTIK...SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...CUTI2 GINI SERONOK BERKEBUN...

    ReplyDelete
  2. CANTIKNYA BUNGA2 YG WA TANAM..

    ReplyDelete
  3. Kalau dah minat tu..sanggup berpanas berhujankan..tapi bila tengok hasilnya..berbaloi penat lelah kita..

    ReplyDelete
  4. Huntungla ada kawssan luas...boleh tambah buat kolam ikan nanti...

    ReplyDelete
  5. hehehe...tersenyum akak sendiri...tang ayat upah indon tu...sabar jelah dik oi

    ReplyDelete
  6. Best jugak berkebun dgn ahli keluarga. Lagi2 dgn anak2. Ajar mereka isi masa lapang dgn berbudi pada tanah :)

    ReplyDelete
  7. luasnya kawasan rumah...edn lot eh...mmg ssuai sgt buat garden ni makin berseri rumah tu

    ReplyDelete
  8. salam sis...boleh minta no tepon wak yg buat pagar tu...?

    ReplyDelete
  9. Siss ... ni no tel nya 0176790898 - Yanto

    ReplyDelete