Sunday 26 October 2014

SUKAN pun FROZEN....??? Hehehehe..



              Minggu lepas dah berakhir sukan tahunan kat sekolah.Bila dah pindah sekolah baru... aku masih lagi rumah biru huhu..tapi kali ni kena jadi penolong, means sesi petang kena jadi ketualah.Memang berat tanggungjawab jadi ketua ... semuanya atas kepala bahu kita.
     Dahlah minggu yang sama kena hantar fail semakan untuk GB .Kena pulak bawah gb yang serba serbi details dan serba serbi tahu.Tapi dalam kelam kabut sempat jugakla aku siapkan semuanya. 
      Untuk sukan tahun ni, ada pertandingan hiasan rumah  sukan dan perbarisan.Masa tu sukan hari Ahad..hari jumaat baru kami discuss nak buat tema apa. Apa...?????? FROZEN lagi... hahahaha.... oklah frozen pun frozenlah.Bukan aku yang pilih , tapi dah kawan- kawan nak tema frozen,aku ok jelah .So malam tu ..jenuhlah aku cari barang-barang yang masa buat birthay Alya dulu..habis bukak semua kotak.tapi tak jumpa. Frustlah aku...aku malas nak buat lagi sekali..lagipun budget cuma RM 50 je untuk setiap rumah. Tu pun budget skali dengan air. Nasib baiklah ramai pulak kawan-kawan yang sponsor air dan sunquick..so RM 50 tu untuk hiasan jelah..tu pun ada jugak aku guna duit sendiri sebab tak cukup .. :) Dan nasib baik last minute , jumpa pulak hiasan tu..sebab aku ingat aku dah terbuang dah. 
     Hari sabtu dalam puku 10.30..kami bertemu di sekolah... masa tu baru lah ada idea nak buat apa.Tupun untuk kata semangat tu just recyle yang birthday alya baru-baru  ni je. Memang tak sempat nak buat lain.Alhamdulillah..memang happening kami kat kantin..ada yang bawak baby, bawak anak-anak siap bawak basikal sekali kawan aku.. terharu pulak dengan komitmen diorang.




   Muka - muka riang sebab kena buat kerja tambahan di hari cuti.. :)




 Tengok tu...kreatif tak ...Alya tukang tiup belon :)
    Even anak demam pun ada jugak yang datang , mekasih ye Aida.Aku pulak terpaksa bawak Amsyar yang sepanjang masa melompat dan baring atas lantai..adoiiii la.. Masa tu ada jugak ahli rumah hijau yang datang hias khemah kat tengah-tengah panas tu.. rajin betul diorang walaupun bertiga je.. Dalam jam 1.30 kami semua balik lepas siapkan apa-apa yang patut..belon pun dah tiup siap-siap sebab takut besok pagi tak sempat pasang.Hari ni kami tak hias lagi khemah sebabnya tiap-tiap petang hujan lebat.Malam tu kat rumah..aku betulkan dan salotape huruf-huruf yang dah tercabut .Maklumlah...recycle je kan....hehehe.. 
    Tema kali ni biru bersatu.. buat  ringkas sebab malas dah nak tambah lagi dah bulatan-bulatan untuk font tu...dah letih dah sebenarnya.Sepatutnya BIRU BERSATU PADU .. :)

      Pagi Ahad tu..bila sampai sekolah..padang punyalah basah...penuh dengan air..rupa-rupanyanya hujan lebat sampai ke pagi kata diorang..nasiblah kami tak pasang semua hiasan petang tu.So , pagi tu kami cepat2..hias khemah ala-ala frozen.hehehe..


    Memang ramailah peminat frozen ni...sampaikan semua menda nak usiklah budak-budak ni.Pagi tu saja dah banyak belon pecah sebab diorang usik.Rasa nak debik je diorang ni..hehehhe..tak la , gurau je .
       Disebabkan tugas sebagai ketua sesi petang..tugas aku cari dan jaga para peserta..yang lain-lain tak sempat nak ambik tahu.Gambar-gambar ni pun cikgu kaunseling yang tolong snap..mekasih ye...Tapi malang nya sebab dalam kelam kabut..kami tak sempat nak bergambar depan khemah rumah biru..sedihnyaaaa..penat2 buat kan...
      Sepanjang sukan tahunan kali ni..memang meriah..sebab bersukan dalam air..memang habis kasut dan seluar masing-masing dah bertukar jadi warna coklat termasuklah cikgu sekali, memang meriah habis. 




Warna-warni


Seronok ke tak ni...ada muka happy, ada muka cuak..  


Sukan dalam air..sukalah tu budak-budak tu.


   Cikgu-cikgu yang Super awsome !
Keputusan tahun ni..
Juara  - Rumah Merah 
Naib juara  - Rumah Biru
Juara perbarisan - Rumah  Biru 
Juara Kebersihan - Rumah Merah
dan yang best sekali...juara hiasan rumah sukan Rumah Biru jugak...yang bertemakan frozen.Tak sangka pulak boleh menang..alhamdulillah.

So, jumpa lagi tahun depan..yang pasti Rumah biru bukan lagi tema FROZEN... hehehehe..

10 comments:

  1. mesti jeles murid perempuan lain, nak join rumah biru gak...hehe

    ReplyDelete
  2. meriahnya..

    tahniah sbb jadi juara hisan rumah sukan..Frozen masih diminati ramai..suka Olaf..

    ReplyDelete
  3. Seronoknye.. seronok jd cikgu kan?.. tp cikgu dulu dugaannya lain..

    ReplyDelete
  4. rumah biru, sesuai sangat dengan tema frozen =)
    musin hujan sekarang ni kan
    habis padang basah huh
    tapi nampak seronok aje bebudak tu =)

    ReplyDelete
  5. warna warni... meriah........

    ReplyDelete
  6. kemain gembira budak2 dapat berlari2 dalam air :)

    ReplyDelete
  7. life as cikgu cam ni lah kan.. dah lama tinggal dah...

    ReplyDelete
  8. Memang biru yang paling awesome... :)
    nampak meriah...

    ReplyDelete
  9. waa..sgt meriah la.. hebat penangan frozen ni

    ReplyDelete
  10. ala bestnya....teringt zaman sekolah dulu

    ReplyDelete