Saturday 19 July 2014

Biskut Red Velvet

 

     Sebenarnya dah bertahun tinggalkan dunia kuih raya ni, selama ni pun beli je..tapi ni bila dah pindah sini,ruang dapur pun besar sikit dan si Alya hari-hari ajak buat biskut raya,so tahun ni tahun kami buatlah biskut raya sendiri , tak payah beli :-)
     Resepi biskut red velvet ni aku ambil dari blog k Azlita masam manis.Resepi asal di sini
Biskut ni memang popular dan memang sedap pun.Memang akan jadi penyeri di hari raya nanti hehehe.
a) Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.Tambahkan telur dan putar sebati.

b) Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang telah  kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata








d) Tambahkan serbuk koko 

e ) Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cip putih( tak letak sebab tak ada )

f) Gaul adunan rata.












Buatlah bentuk suka hati :) SELAMAT MENCUBA ......

























RED VELVET CHOC CIPS COOKIES
Oleh : Planta
Rujukan : Koleksi 20 Resepi Planta
120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips
Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh)
Bakar selama 20 minit
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.

31 comments:

  1. eloklah mula membuat biskut di akhir ramadan ni ya..cantik n nmpak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..bercinta nak siapkan sejenis biskut dengan ada budak kecik ni :-)

      Delete
  2. terliur saya kak tgk gambar biskut tu. xD
    singgah klik dove. :)

    ReplyDelete
  3. Merahnya mak ngah hiksss bestnya pandai buat biscuit sendiri W lagi save budget. Si alyah tu tlg x ke tlg kacau je heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM Alya memang tolong, tapi tolong kacau je...:-)

      Delete
  4. Alamak!. Saya blom buat 1 apa pun lagi... jelous tau!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siss, ada lagi seminggu, sempat buar 5 jenis lagi :-)

      Delete
  5. rajin wa buat biskut sendiri ya....kakak dh lama pencen buat sendiri.

    ReplyDelete
  6. 1t time tgk biskut red velvet.nmpak meriah kaler merah kan..rajinnya buat sndiri..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lily..bukan rajin tapi kena paksa ngan alya..:-)

      Delete
  7. Alhamdulillah..nice sharing ni..

    ReplyDelete
  8. cantik biskutnya..macam senang nak buat..tapi diriku ini ntah rajin ke idok nak membaking2 biskut raya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he..kalau x rajin..beli je kak

      Delete
  9. Wah merah menyala... nampak sedap la...

    ReplyDelete
  10. ~biskut ni dh msk senarai kuih raya taun ni..mmg femes kan..dh rmai kengkawan lain bt ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah yana... jeles tgok kwan2 buat :-)

      Delete
  11. Ini kalau hidang kat bebudak mesti biskut ini akan habis dulu:)

    ReplyDelete
  12. wah biskut tu buat saya terliurlah
    merah menyala! =)
    saya sukalah lagu latar belakang blog ni
    lagu apa ye

    ReplyDelete
  13. Eh eh...nampak sedap nyaaaa... teringin plak! :-)

    ReplyDelete
  14. wow, nmpk sedap ni..merah menyala tu..hehe

    ReplyDelete
  15. wah ! biskut red velvet pun ada yer..sedapnyer tengok ! baru tengok tu..hehe

    ReplyDelete
  16. salam.sy dtg lagi..awak menang GA ye..nnt sila kontek sy melalui emel dr_basya@yahoo.com

    http://www.teacherbasariah.blogspot.com/2014/07/kerjaya-bukan-pilihan.html

    ReplyDelete
  17. wah cantik dan nmpak sedap..lapor plak. hihi

    dtg singgah sini..:)

    ReplyDelete
  18. salam kenal.. sedapnya biskut. comel2 pula tu

    ReplyDelete
  19. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    ReplyDelete
  20. p/s SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG PERKENALAN & PERSAHABATAN KITA MESKIPUN HANYA BERLEGAR DI ALAM MAYA. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH YA...

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum kak wa, amik tempahan tak? sheila suka sangat biskut ni. terliur sheila tengok nak buat sendiri, takda oven. hihiiii kalau amik tempahan, gtau kita ye ~~~

    ReplyDelete