Tuesday 22 October 2013

Taman Safari Cisarua Bogor re-visit

   

   Sebenarnya ,percutian ke Bandung ni ,hampir-hampir kami kenselkan. Bayangkan masa tu baru seminggu balik dari HK /Shenzhen dah nak gi Bandung (ohh..tiket ni dah beli setahun yang lepas masa offer :) ).Penat pun tak hilang lagi.Tiga hari sebelum fly , aku rilek je..konon2nya tak nak pegi dah ni.Dua hari sebelum fly.. aku rasa sayang pulak tak pegi , sebab masa tu aku beli tiket cuma tiga ratus lebih je.Tiket Amsyar memang belum beli lagi. So aku bagitau huby ..jomla kita gi, bawa Alya gi Taman Safari lagi. Hari tu jugak huby call booking Caravan kat Safari tu, nasib baik kosong lagi. Lepas tu dia terus ke Terminal subang nak beli tiket untuk Amsyar, Oh my..tak dapat beli tiket sebab line komputer offline..dia ke KL pulak ..sama jugak..tak dapat beli.
     Hahahha padan muka aku, suka sangat buat keputusan last minit.So kami tawakal jelah..beli tiket kat LCCT besok sebelum fly. Malam tu barulah aku book supir dan book hotel kat Bandung nanti. Sebab percutian budget, aku book hotel budget jelah. Ok..semua dah setel...time nak packing lak.( Ni yang aku paling malas tiap kali nak travel..:( .Untuk supir pula , setelah aku google dan baca review , yang ni dapat rate paling murah.Dia datang jemput kita kat airport dan hantar ke hotel FOC.
Ni rate yang diorang bagi hari tu.

Andri Junjunan

hayukka@yahoo.com

4.12 =percuma
5.12= (bandung-safari ) Rp 650k
6.12=(safari-tour jakarta ) Rp 380k
7.12=(jakarta-tour bandung)Rp 370k
8.12=(bandung)Rp 370k
include-minyak.parking bandung.driver.
no include-tiket masuk wisata.meal driver.parking jakarta

   Besoknya kami gi awal ke Lcct sebab nak beli tiket Amsyar . Fuhhh..nasib baik boleh beli lagi, kata budak tu, tiket baby boleh beli 2 jam sebelum fly. Alhamdulillah.
   Sampai je Bandung, supir kami dah tunggu terus dia bawa kami ke HOTEL POP , nilah hotel budget yang aku cakap tadi.Budget-budget pun, harga seratus lebih gak semalam.Aku tak rekemen sangat kalau bawak anak duk hotel ni sebab tak de jug elektrik.nak ambik air panas kena turun bawah . Tak bestla bagi aku hotel ni. :( .

Besoknya kami ke Taman Safari Bogor. Ni kali ke 2 dah kami ke Taman Safari ni. Dan tujuan utama memang nak ke sini je pun. Perjalanan ke Taman Safari dalam tiga jam , tapi view memang superb.





Jangan lupa singgah tepi jalan beli carrot banyak-banyak sebab nanti boleh bagi kat binatang dalam safari tu ya :)

         Kami sampai ke Taman Safari dah lewat jugak, dalam pukul 3.30 baru sampai . Kami masuk je terus check in kat Safari Lodge.

Tempat daftar dan ambil kunci

Lepas ambil kunci, kami terus masuk ke taman Safari , kat dalam ni ada dua bahagian ,satu Taman Safari dan satu lagi Amusement Park , kalau kita stay kat dalam ni boleh masuk dua hari,means hari ni masuk Safari dan besok baru masuk kat bahagian Amusement Park.  Kalau korang stay kat caravan ni dapat 4 tiket masuk kat dalam taman safari ni dengan harga diskaun. Tiket masuk dalam ni harganya dalam Rm 70. Kanak-kanak 0-11 tahun kena bayar Rm 64 dan kereta pun kena bayar dalam RM 5 .






     Sebenarnya memang best gi Taman Safari ni , banyak sangat binatang yang terlebih jinak sampaikan siap block kereta bila kita tak bagi diorang makan..adehhh... Kat sini diorang lepas je binatang tu berkeliaran, bila nampak je kereta , binatang-binatang tu terus datang kat tingkap , dah tahu nanti pelawat akan bagi diorang makan . Tapi kat dalam ni tak de jual carrot , kena beli kat luar, beli je banyak-banyak , yang pasti memang best bagi binatang ni makan ikut tingkap kereta je. Penuh air liur binatang-binatang ni kat tingkap kereta ..iyekkkk...hahahaha . Seronok bawa anak kat sini . Alya walaupun takut-takut pada mulanya, last-last dia yang menangis sebab dah tak cukup makanan nak bagi kat binatang-binatang tu.
       Lepas pusing Taman Safari , kami terus check in caravan. Memang aku request caravan yang sama macam yang kami tidor dulu..betul-betul depan swimming pool dan restoran.Caravan ni boleh je duduk ramai - ramai . Lima dewasa pun selesa lagi :) .


   Kat dalam Taman Safari ni, banyak lagi jenis penginapan yang boleh kita pilih.

     Ni rate tahun 2012, sile emel diorang kalaun nak tahu rate terkini.
 <reservation@tamansafari.net> dan ni website Taman Safari http://www.tamansafari.com/

         Malam tu kami order je makanan dari restoran depan caravan.Harga makanan kat Indon ni memang mahal , tapi sebab tak ada choice , terpaksa lah order jugak.Makanan so so je, tak delah sedap mana . 




  Ni dinner, belikan untuk supir sekali :)
Aktiviti malam tu , tido dan makan  je ngeeee . Yang bestnya tido kat sini, memang sejuk sangat-sangat , maklumlah tido dalam hutan .Alya pula asyik turun naik katil double bed tu ..jakunlah Alya ni hahaha.
         Besoknya , lepas breakfast ( dapat kupon breakfast untuk 4 orang )kami pusing-pusing kat area caravan . Memang cantik kawasan tu , lepas tu baru perasan supir kami dah tukar orang lain. Aikkk..tapi tak kisahlah sebab dapat supir yang lagi sporting dan baik , cuma yang aku tak berkenan , dia ni selalu bersms masa memandu . Hmmmm..

View depan restoran dan jugak depan caravan kitorang

    Tak sanggup nak mandi kat swimming pool ni , dahlah kat situ sejuk sangat, air ni lagilah sejuk.
Kemudian kami terus check out dan menuju ke Amusement Park.
      Kat sini memang happening sangat-sangat. Memang sesuai bawak anak-anak.Macam-macam permainan ada dan juga banyak show yang best-best. Kalau nak best kena datang awal pagi dan petang baru balik, barulah boleh tengok semua show dan main game-game kat dalam ni. Tapi nak main game-game ni kena beli token kalau tak silap.
    Kat dalam ni trainnya semua unik-unik .Nak naik ni kena bayar gak, tapi murah je. Nanti dia akan bawa kita pusing satu taman ni. Kita boleh singgah mana je yang kita nak k.



Alya memang happy sangat datang sini .Sepanjang masa sengeh je dia hehehe. 


..............nanti sambung k

14 comments:

  1. best gak kan teringin nak pergi

    ReplyDelete
  2. Zakiah..ada anak best je gi :-)

    ReplyDelete
  3. bestnyer... ni mestiler kegemaran kanak2kan..harap dapat gi bawak diaorang...

    ReplyDelete
  4. Macam best je tempat ni?

    Keh keh keh! Tido menonggeng

    ReplyDelete
  5. mmg best ...surga kanak2.

    calculator pun interprem

    ReplyDelete
  6. Kesian keletihan tido sampai tertongget macam tu.. :D

    Caravan tu memang lawa.. Harga pun okay untuk keselesaan caravan yang lawa tu :D

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
    Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
    Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

    Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

    Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

    Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

    Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

    KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

    Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

    Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

    Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
    CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
    WhatsApp : +62 858 6137 8328
    pin blackberry : 30D1 82F0
    email:
    tonybandung@smartfren.blackberry.com
    or
    tonytransportbandung@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Salam..nak tanya..caravan tu tempah mase kat sana ke?atau boleh booking online je?

    ReplyDelete
  9. Wsalam...masa first time saya pergi, book guna emel, kali ke 2, book guna telefon.

    ReplyDelete
  10. salam nak tanya,, saya akan ke bandung bulan januari ni.. cmna yea nak contact pak supir yang akak maksudkan tu?

    ReplyDelete
  11. Salam
    jom gi bandung
    Trans 459 menyediakan perkhidmatan pakej pelancongan di bandung,
    beberapa pakej lawatan kami kemas agar sesuai dengan keperluan anda.
    Sila tanya tanya free

    Contact us.
    visit websit. : www.trans459bandung.com
    e-mail. : trans459bandung@gmail.com
    whatsapp. : +6285322230787

    Regards

    ReplyDelete
  12. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :

    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
    *Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum , kami dari trans459bandung.com, nak menawarkan pakej hotel and transport kat bandung dan Jakarta .
    Sila compare dengan company lain jer!!!!

    PRICES START FROM : RM196

    4day 3night (included TEBU HOTEL *** bukan hotel kat pelosok ya tapi kat town , breakfast, and transport yang canteq dan selesa)
    1. 6 person. RM315
    2. 4 person RM400
    3. 2 person RM499

    Contac
    whats app : +62 853 222 30 787
    email . : trans459bandung@gmail.com
    website . : www.trans459bandung.com

    ReplyDelete