Saturday, 15 March 2014

Alhamdulillah..Moga Ikatan Ini Kekal Buat Selama-lamanya...Happy 12th Anniversary.....


Duhai suamiku tersayang,
Terlalu banyak dugaan yang telah kita lalui untuk menikmati saat indah di hari ini. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan dalam mengejar impian sebuah kebahagiaan yang kita idamkan. Maka, saat pertama kali dahiku dikucup adalah detik terindah yang tidak akan kulupakan terakam dalam hidupku. Tika itu terasa mengalir benih-benih cinta dari dalam hatimu memasuki lubuk jiwaku. 

Duhai suamiku tercinta,
Hari ini bermulalah perkongsian hidup antara kita. Penyatuan dua jiwa dan dua hati berlainan perasaan dalam mengharungi suka duka alam rumah tangga. 


Duhai kasih, duhai sayang,
Saat ini, engkau merupakan keutamaan bagiku selepas Allah dan Rasulmu. Wajib aku mematuhimu selama mana engkau tidak menyuruhku untuk melakukan sesuatu yang menjadi larangan Tuhan. 

   ' Senyumlah suamiku kerana  senyumanmu itu penambat hatiku. Jagalah tutur katamu, karana lidahmu itu tajamnya boleh melukakan hatiku. Fahamilah aku, kerana aku hanyalah seorang wanita biasa yang tiada keistimewaan dihadapan Tuhanmu dan Tuhanku. Bersabarlah dengan aku, kerana aku manusia yang tidak pernah tidak berbuat salah. Tatkala itu maafkanlah aku. Redhalah hatimu untuk susah dan senang bersamaku, . 

Ya Allah yang Maha Penyayang,
Jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.
Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.
Ya Allah…..

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 12 ...suamiku..Terima kasih atas segala-galanya .....

13 comments:

  1. Nekcik ucapkn hepi anibesari untuk Wa dan suami semuga kasih sayang sentiasa di rahmati Allah hingga ke jannah...insyaallah

    ReplyDelete
  2. happy anniversary wa and husben, kitorang pun baru sambut jugak 12 march ritu, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy anniversary utk orga n wife jugak

      Delete
  3. Salam WA, dh lama x update tertunggu entry baru
    Epy anniversarry dan semoga ikatan perkahwinan kekal ke akhit hayat. So sweet nukilan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam jari manis , thanks ya...mmg banyak benda nao tulis...tapi selalu srparuh jalan je..hehehe

      Delete
  4. Selamat ulang tahun perkahwinan wa... moga berbahagia hingga ke Jannah...

    Bila nak mula jalan-jalan lagi ni...

    ReplyDelete
  5. selamat hari ulang tahun perkahwinan... sweetjer tulisan Wa tau.. akak aminkan setiap baris perkataan...
    ps thanks sudi melawat blog akak... lama wa tak menulis.. mesti der tempat menarik untuk dikongsikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak...tak gi jalan mana2 pun heheh

      Delete
  6. akak cam dah komen rasanya... awat tak keluar yerk...
    any way selamat ulang tahun...

    ReplyDelete
  7. Tq Mie...kena tangguh dulu jalan-jalan atas sebab yang sangat penting..hehehe

    ReplyDelete
  8. happy belated anniversary..semoga kekal bahagia hingga ke Jannah
    Cik nur singgah & follow sini ^-^

    ReplyDelete
  9. happy 12th anniversary. semoga kekal bersama hingga ke jannah.

    jemput join segmen saya di sini. hari ni last day.

    http://www.mystorymory.com/2014/07/segmen-wow-duit-raya-12-17-julai-2014.html

    ReplyDelete