Alhamdulillah , kami telah kembali dari 'family trip' ke Medan baru-baru ni. Kami di sana pada 28.5 - 1 Jun 2012.Misi kali ni nak bawa ayah , MIL dan nenek berjalan, tapi apa nak buat ayah dan nenek pula tak dapat ikut sekali. Walaubagaimanapun percutian kali ni diikuti oleh adik ipar aku dan juga ibunya , ayah dan neneknya juga tak dapat ikut sekali kerana kesihatan tidak mengizinkan walaupun tiket semua dah beli. Kita cuma merancang..:) semua ketentuan adalah milikNya.
Sebenarnya kami terlewat sampai di airport sebab urusan dibank, adehhh..nak kena selesaikan jugak hari tu, kami sampai dah pukul 4.05 , lagi 10 minit check in kaunter akan ditutup. Adik ipar aku, beserta ibunya dan 2 orang adik aku telah berada di LCCT setelah diorang ambil flight dari K. Terengganu pada paginya. Memang rushing sangat masa tu, nasiblah sepupu adik ipar aku bekerja kat situ, dialah yang tolong kitorang.huhu, kalau tak aku rasa memang tak sempat naik flight sebab queue sangatlah panjang, memang tak sempat nak check in. Pengajaran lagi bagi aku kali ni. Hmmmm..
Perjalanan ke medan cuma ambil masa 45 minit je, aku suka sangat tengok perubahan awan kat Medan ni , dalam banyak2 tempat yang aku pegi..tengok awan dari langit Medan paling cantik bagi aku.. bila toleh je kat tingkap, eh dah berubah dah awan, toleh lagi berubah lagi..makin lawa..Indahnya ciptaan yang Maha Esa ni...memang sepanjang dalam flight tu, aku cuma lihat awan je..hik..hik..hik....Tapi kan , baru je duk , dah sampai..mak aii..rasa kelakar pulak.
view dari flight memang superb..
Kami sampai di Medan jam 5.30 petang .Masa tu hujan lebatla sangat , sian anak sedara aku siap jatuh sebab lantai licin. yang tak bestnya, bila nak ambil beg , tak de troli, semuanya dah dipegang oleh ulat-ulat kat situ.
Kalau nak guna khidmat diorang , kenalah bayar, so kami angkut je beg masing-masing , malas nak buang duit bagi diorang tu. Bila keluar je pintu airport tu , terus aku cari supir dah last minit gak aku booking hahaha.... nasib baik dapat . Dia dah sedia menunggu dengan tulisan " HORAS , KAMAL ARIFFIN ' . Bagussss...!!
Kami menyewa Suzuki Elf 13 seater , dengan harga RM 1050 untuk 5 hari. tak taulah mahal ke murah , janji kami selesa sebab kali ni ada orang tua , budak-budak dan juga baby 2 bulan.
Dari airport kami terus ke hotel, tapi jemnya jalan, last-last kami terus minta supir bawa makan malam. Kedai yang dia bawa tu, dekat je dengan hotel yang kami sewa Alpha Inn. Tapi kami suruh dia tanyakan dulu kedai tu halal ke tak. Bila ownernya kata halal, kami terus duduk disitu, malas dah nak gi kedai lain sebab jalan jem. Bila duduk je ada sorang indon datang , katanya...
'Bapak , sini makanannya tak halal , bapak ' biar betikkk..
Tiba-tiba , owner kedai tu datang dan marah pekerja tu , sekali lagi budak tu kata yang kedai tu tak halal..terus kami bangun. Tapi kesian budak tu kena marah dengan tokey kedai tu. Alhamdulillah..terselamat kami kali ni. Terus aku minta supir kami bawa ke Restoran Garuda . Kami makan dengan banyaknya sebab semua memang tengah kelaparan. Total makan untuk malam tu Rm 190.00 utk 6 dewasa dan 3 kanak-kanak . Restoran ni memang mahal , tapi tak pelah,sebabsedap, dan semua orang pun puas hati aku tengok.hik..hikk..hikk..
Lepas makan kami terus check in . Ish tak de jug elektrik , aku boring betul kalau tak de jug elektik ni..dah 10x telefon minta pun tak hantar-hantar jugak. Memang hampeh servis alpha inn ni. Last-last aku dan huby menapak ke Carrefour , ingatkan dekat , jauh gaklah kami jalan kaki berdua.
Kemudian kami beli makanan banyak-banyak untuk bekalan ke Danau Toba besok pagi. Bila nak balik je , kaki aku kejang pulak ..tak pernah-pernah pulak kaki aku kejang , tengah-tengah malam ni pulak kejang. Last-last kami balik naik angkot ,dengan tambang 15ribu rupiah . Best gak naik mende ni..berangin jee..
Keesokan paginya selepas sarapan kami check out dalam pukul 9 pagi. sarapan sini tak banyak choice , ada bubur , nasi goreng, mee goreng dan roti je. tapi nasi gorengnya sedap.
Alhamdulillah, cukuplah buat alas perut. Memandangkan masih awal , aku minta supir bawa kami ke Pajak Ikan, nilah tempat shopping murah , tapi aku pun tak taulah murah ke tak sebab aku ni bukannya kaki shopping.Tapi rombongan yang aku bawa kali ni semuanya kaki shopping :) . Kat sini kami sejam je sebab pukul 10 kami nak singgah di Carrefour beli barang lagi.Sebenarnya sejam kat sini just nak survey barang je dulu sebab Jumaat nanti kami akan singgah lagi sebelum balik. Senang bila kita rancang perjalanan sendiri perjalanan kita, jadi supir tu ikut je mana kita nak pergi , taklah kita pula yang terpaksa ikut supir. Lagi-lagi bila ada budak kecik dan orang tua, yang penting biar diorang selesa. Alhamdulillah, dapat supir yang cukup sporting dan baik sangat untuk perjalanan kali ni.
Yang baju merah tu Hendry, supir kami
Dalam sejam aku tengok diorang semua beli banyak barang,mak aiii....
Yang aku , aku je beli 2 helai tudung, okla kot , lawa tudungnya , baru RM12. Kemudian kami singgah Carrefour lagi dalam sejam untuk beli barang.
Kueh Medan- lawa-lawa , satu dalam 85sen , beli buat bekal makan dalam kereta.
Dari Carrefour , kami terus ke parapat ...jalan memang bengkang bengkok dan berlubang. Nasib baik aku sewa transport yang besar , so tak lah lengoh sangat kaki dan tak payah berhimpit-himpit. Alya dan Aiman anak sedara aku dah adik Aku Aisyah yang duk belakang siap nyanyi-nyanyi lagi , pas tu tidor, bangun kang nanyi lagi pas tu tido lagi..hihihi.... oklah tu janji semua selesa .
Kami singgah makan burung ruak-ruak di permatang siantar . Sepinggan RM 25 kot kalau tak salah untuk 5 ekor burung . Kami lunch pun dah pukul 4 lebih . Ada lagi 3 jam nak sampai ke Parapat.
Leas tidur bagun, tidor lagi dan bangun lagi untuk yang keberapa kali ntahnya, kami sampai juga ke Niagara Hotel , dah malam dah pun masa tu . Fuhh...memang jauh giler..
Hotel Niagara ni memang lawa , tapi tak de kipas , nak kata sejuk, sejuk lagilah tido umah ayah aku kat kampung tu... Ala-ala Cameron Highland , tempat dah sejuk so tak delah kipas dan aicondnya... tapi sebenarnya parapat ni taklah sejuk mana..
Kat Niagara ni masa booking tu main building dah penuh, jadi aku booking 2 bilik standard yang ada 3 bed. Bangunan ni bersebelahan dengan main building. Bilik luas dan selesa , kalau nak tido 4 orang pun aku rasa selesa lagi.Yang paling aku suka hotel ni swimming poolnya yang besar dan bersih , dan boleh nampak danau Toba gak dari area swimming pool tu.Oh ya , hari tu aku dapat rate RM 217 sebilik tak termasuk breakfast. Booking tru email je, bayar bila kita check in ya. Kalau booking melalui internet lagi murah harganya.
pukul 8 dah mandi kat swimming pool..tak de orang melainkan kitorang je..:)
Paginya, kami terus bawak budak-budak mandi kat swimming pool. Kat Medan ni tak ada sangat tempat menarik untuk budak, jadi tak nak diorang boring..bagi diorang mandi kat swimming pool je. Memang tak ada manusia lain melainkan kitorang je sebab sejuk gaklah pagi-pagi kat situ. Tapi budak-budak ni selamba je mandi, dah terketar-ketar pun tak nak naik lagi. Aku biarkan diorang mandi puas-puas sebab lepas ni kena duk lama-lama lagi dalam kereta.
Kami bersarapan roti , kek dan makanan yang kami beli kat Carefour Medan semalam. Alhamdulillah, tu pun dah kenyang sangat-sangat. Oklah hotel ni, cuma tang tak de kipas tu yang tak best skit.
posing dulu sebelum check out..:)
Dalam pukul 11, kami terus bergerak ke Jetty untuk ke Pulau Samosir.
TIPS N INFO
1. Supir - Sangat baik dan sporting ( boleh call Pak Ramli - +62819613366, hari tu booking transport dengan dia , tapi masa tu dah fully booked , dia ambil dari company lain
( ni no supir yang bawa kitorang hari tu HENDRY 085262859261)
2. Alpha Inn - Tak bestt ,jauh dari Pasar Ikan , staff memang kurang ajar .
3. Niagara Hotel - Bagi aku bestt je, besar dan selesa.
4. Sebelum ke Parapat ( Danau Toba, jangan lupa singgah makan burung ruak-ruak di Permatang Siantar )
5. Sebelum Ke Parapat juga, jangan lupa bawa makanan banyak-banyak sebab perjalanan memang jauh, lagi-lagi bila ada anak kecik.
........bersambung...
Hei, ulat di sana sini...
ReplyDeletePuas naik van kan, bangun tidor pun tak sampai2...
Pernah menginap di Niagara hotel masa trip pertama dulu. Masa gi kali kedua penuh pulak. Memang hotel kat sana tak ada aircon dan kipas, agak rimas jugakla bila tidor sbb kat sana taklah sesejuk mana.
yelah Mie, memang panas kat situ malam2 :-) ulat memang banyak kan,rimas dibuatnya
Deletemmm... terimbas segala memori kat medan dulu...
ReplyDeletemmg booing tru internet mmg lebih murah. pastu harga sewa van wa tu murah sgt2. kak ida punya 1 hari lebih kurang dlm 400 ringgit diorang caj...
best tgk gsmbar2 wa....
ye ke murah kak ? wa ni mmg selalu book last minit.
DeleteWah 2 bulan dah makan angin...mesti ada tahi lalat kat kaki.
ReplyDeletehe he he ..tghi lalat kat kaki tandanya kuat jalan ek nieda ..
Deleteakak pegi 2009 duduk kat tpt yg sama. well dear org medan mmg kureng sikit. so different dengan org Bali and Bandung. Depa kasar sikit. noooo banyakk..
ReplyDeleteBaby pun pegi tuuu.. hee