Sunday, 8 July 2012

TIPS - JAPAN TRAIN




           Assalamualaikum wbt ,Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal ni , tapi asyik tak ada masa je , tapi bila ramai pm tanya pasal ni dan pasal visa , aku cuba la siapkan jugak . Bila  aku mula beli tiket nak ke Tokyo hari tu , perkara yang paling aku risau ialah nak travel naik keretapi. 
          Memang aku risau sebab masa tu kitorang tak tahu langsung nak cakap Jepun, aku pula cuma sekali je pernah naik train kat Malaysia ni , tu pun dah 10 tahun yang lepas , dan sebab ketiga ialah kami bawa dua orang  budak kecik bersama.Imaginekan cam mana nak bawak beg lagi, budak-budak lagi, bimbang sesat lagi....tapi alah bisa tegal biasa kan, kata orang kalau kita ikhlas..Allah akan permudahkan urusan kita , insyaallah.

Shinjuku Stesen
    Sebenarnya ,memang tak susah langsung kalau ke Tokyo bawa anak-anak sebab kemudahannya memang banyak terutama di stesen keretapi.First time aku tengok map keretapi Jepun ni , lagilah aku pening pala ,  berselirat dan terlalu banyak line keretapi yang ada . Makin aku baca , makin aku tak paham , kat mana nak naik,dan mana nak turun aku tak tahu langsung even hari kitorang dah terbang ke bumi matahari terbit tu pun , aku masih tak faham jugak . Tapi aku dah prepare benda2 asas yang perlu aku tahu , sekurang-kurangnya taklah kami lost sangat kat sana nanti.
Jom tengok dulu, apa yang menarik kat stesen keretapi diorang ni..:)














1. Superclean , teramat bersih , dekat stesen keretapi maupun dalam keretapi , memang payah nak jumpa sampah.Dalam keretapi tak ada bau busuk / hapak .:)
2. Aktiviti orang Jepun dalam keretapi 
    - Tidur
    - Bersms/main game 
    - Baca buku 
-------------- Kalau kitorang naik train..selalunya dengar suara Alya je dalam train tu..sebab orang lain semua senyap..kekeke..
 3. Ada tempat khas untuk ibu mengandung , ibu bawa baby , orang tua dan orang cacat .
--------- Masa balik dari Tokyo Disneysea , ramai sangat orang dalam train , tempat khas ni pun penuh , so aku berdirilah sebelah tempat khas ni . Tiba-tiba ada sorang perempuan muda , dia arahkan perempuan lain yang tak de kaitan dengan tempat khas ni bangun dan dia suruh aku yang tengah dukung amsyar tu duduk. Perempuan tu terus bangun. Baiknya hati perempuan muda tu .Selalunya bila nampak je orang tua atau ibu bawa budak, orang Jepun ni terus bangun beri laluan untuk kita duduk.
4.Kat mana-mana korang akan jumpa line kuning ni. Laluan untuk orang cacat dan orang buta.




5. Berdisiplin tinggi  
Kat mana-mana je orangJepun ni beratur . Keretapi belum sampai pun diorang dah beratur dulu. 

6.  a- Ada elevator kat mana-mana. Memang senang kalau bawa stroller .
----------Sepanjang guna elevator kat sana , aku tak pernah tengok orang yang tak berkaitan guna elevator kat stesen keretapinya. Biasanya yang guna , pengguna wheelchair dan yang bawa stroller je.. :)
    b- Ada English translation, so tak susah nak cari Line mana yang kita nak naikk.

7. Beratur di sebelah kiri kalau guna escalator. Sebelah kanan tu untuk laluan orang nak nak cepat.
------------ Masa mula-mula aku tak perasan , masa tu Alya je yang beratur kat sebelah kanan tu..Nasib baik aku cepat sedar bila tengok escalator  kat sebelah tu dan aku pernah terbaca pasal hi. Memangla diorang ni berdisiplin,kagum aku dibuatnya.
8. Kalau bawa anak, berhati-hati bila nak naik JR train sebab gap antara keretapi dan tempat beratur tu besar , boleh lolos kaki anak tu nanti. So be extra careful k
9. Jangan teragak-agak bila nak naik keretapi.
Sebelum korang nik keretapi, pastikan dulu line mana yang korang nak ambil .




----------- Masa first time naik Metro ni, kami tak sure sangat , last-last aku naik dulu , huby tak sempat nak naik , gate tu dah tutup , aku dalam train, huby kat luar gate. Aku dengan alya masa tu , Amsyar dengan huby aku, beg susu pulak aku yang bawak. Memang aku panik gakla masa tu hahaha..nasib baik tak de apa2.
Yang perlu korang tahu 
1.Kalau korang nak ke Osaka atau Kyoto , baik korang beli JR Pass sebab lebih berbaloi . Harganya lebih kurang RM 1000 untuk satu JR Pass dan TAK BOLEH BELI DI JEPUN . Sebelum pergi kena beli kat MALAYSIA dulu ya.
2.Kalau korang nak pusing-pusing area Tokyo sehari je , baik korang ambil Pass je. Ada banyak jenis, korang google jelah ek.Atau boleh baca kat sini  One day Pass
3.Kalau travel tiap-tiap hari naik keretapi area Tokyo senang guna Suica Card
Untuk pengetahuan , kami turun naik keretapi selama 8 hari dijepun, sehari kadang-kadang naik 4 kali keretapi sampai rasa dah tak nak naik keretapi dah,hehehe.
Perjalanan kami hari tu , kami naik , JR Line , Subway Metro dan Monorail dari Shinjuku ke Haneda. 


Perkara yang PENTING korang perlu tahu dan perlu ada sebelum korang naik train kat Jepun ialah
1  1 JR Map dan Subway Map.

JR Route Map

Map ni memang nampak macam susah nak faham , tapi senang je, setiap line ada warna yang berbeza. Jadi kita cuma ikut je warn tu tu , tengok kat mana train tu berhenti. 

 Contoh  :  Ikebukuro ke Maihama - ( Disneyland Tokyo )
Pertamanya . korang kena cek dulu kat Hyperdia , route yang korang boleh ambil dan berapa harga yang korang kena bayar . Ada banyak laluan , jadi pilih yang mana korang rasa paling senang.Macam hari tu kami naik Metro sebab kalau naik train biasa , kena transfer train kat Stesen Tokyo. Tokyo stesyen rasanya crowded sangat , jadi kami ambil Metro dari Ikebukuro terus ke Shin - Kiba.

Subway Metro

   Route yang kitorang kena ambil dari A - Ikebukuro ke B - Shinkiba , dan dari Shinkiba ke C Maihama.
  Tapi laluan Metro ni sampai ke Shinkiba je , nampak tak warna kuning tu terputus kat Stesen Shinkiba.Jadi dari Shin-Kiba , kami kena tranfer ke train biasa ke Maihama.


JR Line

 Dari sini . kena tengok route map JR balik , ada 2 train yang ke Maihama dari Shin - Kiba.
Jadi kami ambil Keiyo Line yang warna merah tu. Jadi tak susah sangat nak faham. 
   
YANG PALING PENTING 
- Kena tahu kat mana korang kena Exit bila dah sampai ke satu-satu stesyen. 
Kalau tak tahu mana nak exit memang susahla. 
 Macam masa first day sampai Ikebukuro, patutnya aku exit C1 nak ke hotel , tapi puas cari memang tak jumpa, tanya orang pun..ntahlah diorang tak paham ke, tak tahu ke, kemudian baru aku ingat , selain dari C1 boleh gak  guna West Exit. Terselamatlah kami hari tu , sebab stesen JR ni amat besar , jadi baik kita prepare awal-awal dan tak payah nak buang masa tanya orang.

Mana nak ambil map ni ?
·         - Boleh ambil masa MATTA FAIR , cari booth Japan .Bukan je map ada , macam – macam 
      info ada.
·         - Kat Stesyen Keretapi kat Jepun pun banyak diorang sediakan.
·         - Download je kat internet.
·         - Kat hotel tempat aku stay hari tu pun ada gak.Nampak tak anak panah biru kat  
             belakang tu , kat situ memang ada JR dan Subway route map. Tapi tak semua hotel  
             ada sebab masa kat Hotel kamata tu , tak ada disediakan.
Ikebukuro House - arrow biru tu route map JR dan Metro 

2. Suica Card – “Super Urban Intelligent Card
Harga  
2000 yen , lebih kurang RM 80.00 ikut tukaran wang masa tu .Tapi kita boleh dapat balik 500 yen bila kita pulangkan kad ni kat tempat tertentu. Kalau bawak anak , selagi boleh dukung, dukung je anak tu , tak payah beli Suica Card. 
Tapi kalau nak dukung wife atau gf korang sebab korang tak nak beli Suica Card ni , memang korang ni kedekut tahap gaban..Ha..ha.ha..ha..ha..
----------- Kitorang terlupa nak pulang balik kad hari tu , so kalau pegi lagi , boleh je guna kad ni , cuma kena top up je. :) InsyaAllah  akan pergi lagi.

 Cara nak guna
Just touch je kat screen warna biru yang berlabel A tu dan gate tu akan terbuka.Even kad ni dalam wallet pun , boleh touch je wallet kita kat skrin biru tu.
------------Lepas dua hari di Tokyo , Alya yang tolong touchkan Suica Card ni . Senang kan, budak kecik pun pandai dan excited sangat2.
    .
 Ni kat stesen Disneyland , tak ramai orang masa ni
Kalau korang beli tiket dan tak guna Suica Card , kena masukkan tiket kat slot kecik tempat tiket yang berlabel 'in' dan automatik gate tu akan terbuka.Ambil semula tiket kat tempat berlabel 'out'. 
      Sekiranya bila korang touch Suica card tu , tiba-tiba screen biru tu jadi merah dan berbunyi  , maknanya korang kena top up , sebab duit dalam tu tak cukup untuk korang ke destinasi seterusnya

Mana nak top up
Boleh je topup kat mesin yang ada berlambak kat stesen keretapi tu.:)
 Tips - sebelum guna , tekan dulu English button kat screen tu. lepas tu ikut je instruction

Atau kalau tak reti guna mesin tu , boleh suruh staff yang ada kat kaunter dekat-dekat dengan gate tu tu top upkan , just bagi duit dan suica card tu kat dia. Biasanya dekat are gate tu akan ada kaunter untuk staff macam gambar kat atas tu.
        Ataupun kalau rasa tak berbaloi nak top up , beli je tiket .
------- Macam kitorang hari tu, masa nak naik monorail balik ke Haneda, suica card tu dah tak de balance,nak top up pun rasa rugi je , jadi kami beli tiket je kat mesin tiket .

Kalau tak tahu nak beli tiket , boleh minta tolong staff tu jugak . Hari tu kitorang dah confuse masa naik monorail ke Haneda , kami sebut je tempat mana nak tuju, dia bawa kami kat mesin dan tunjuk step by step, walaupun tak berbahasa Inggeris tapi diorang ni memang sedia membantu. :)





 Biasanya kat setiap mesin untuk touch suica card tu , akan ada staff jaga macam kat atas tu.So dont worry k , kaalau korang rasa lost je , boleh tanya diorang.

Oh ya, katakan kita nak ke Ikebukuro dari Kamata ,  , Masa mula naik train kat Ikebukuro , bila kita touch Suica Card kat screen biru tu , akan ada ditunjukkan balance Suica Card kat bahagian depan tu , balance tu belum lagi tolak harga tiket ke destinasi seterusnya,( Ikebukuro ) bila kita dah sampai ke destinasi ( ikebukuro ) , dan touch kat skrin biru untuk masuk ke JR Ikebukuro Stesen , barulah harga tiket dikira atau ditolak. 
Sebenarnya, banyak lagi nak share..tapi laptop aku ada problem..payah nak wat keje..
So hopefully apa yang aku tulis ni dapatlah bagi panduan pada korang yang nak ke Jepun. :)
Dan ..kalau ada apa yang aku tulis ni tak tepat , minta maafla sebab dah 6 bulan..aku pun dah ingat2 lupa. 

Dalam banyak-banyak train, aku paling suka naik train masa nak ke Lake Ashi( gambar kat bawah tu ), Mount Fujiyama dan keretapi Mickey Mouse Disneyland . :) 

                               ................... A presto :)

7 comments:

  1. lamanya cikgu tak post kat blog . menunggu jgk saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. aimi, cgu selalu baca blog aimi :-) , byak mende nak tulis, tpi tak de masa je-

      Delete
  2. wah..menarik!!sangat setuju dengan wa tang exit tu, kitorang pun ada pengalaman dekat tokyo.exit tah kat mana,pastu kena beli sekali lagi pass ke hakone sebab terlambat.uhuks~..

    ReplyDelete
  3. ni la life kat sini
    semua systematic sgt
    suka part tue...easy to everyone

    ReplyDelete
  4. orang jepun mmg sistematik dan disiplin kan...bab dukung wife sbb kedekut tu tak tahan...ekekek

    ReplyDelete
  5. prnah tgk citer jepun pasal peminat train nih..cam best je..hee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete
  6. Thanks!!! :) This is very helpful for our trip in September.. insyallah..

    ReplyDelete