Wednesday, 23 May 2012

Sayonara Gulmarg


          Sambungan dari cerita ni..


Mula-mula aku tak nak naik..huby aku pun tak nak naik ..Tapi Alya merengek-rengek pulak nak naik . Untuk anak, kami naik jugaklah mende ni tanpa rela .Aku share satu sledge ngan Alya dan huby aku dalam nak tak nak naik jugaklah….Si Amsyar pula diorang dukung.

        Korang pernah tak masa kecik-kecik dulu naik upih ?..sebenarnya konsep dia macam tulah..Cuma yang ni lagi mencabar..kejap-kejap nak jatuh , tapi memang besttttttttttttttttttttlah naik mende ni, aku rasa nilah transport yang paling fun pernah aku naik..mengimbau kenangan zaman main upih masa kecik-kecik  dulu.  Jauh diorang tarik kami naik sledge ni hingga sampai ke atas bukit yang agak curam. Rupa-rupanya kami akan gelongsor dari bukit yang curam tu ke bawah. Hah……???????????. Aku cakap ngan Mr Marmar tu 
               ‘ ..Oh..Nooo..Noo..No…and Noo…………….. are you kidding ?? I have kids.‘
‘ Memm..you don’t worry mem… trust me ..’


  kami gelongsor kat sini..hik..hikk
Aku menggelengkan kepala aku , dan tanya Alya , dia takut tak ?..Alya cakap  tak dan sesungguhnya anak aku excited sangat2 nak turun bukit tu. Biar benar….!!! 


 macam aiskrim je salji ni..
Untuk meyakinkan kitorang, kawan Mr Marmar tu buat demo dulu. Dari atas , kami memang tergelak je tengok dia melungsur laju  ala-ala stunt macam dalam tv tu hehehehe
 So oklah, aku tengok pun macam seronok je.
Dengan lafaz bismillah dan aku pegang Alya kuat-kuat , kami berjaya juga gelungsur kebawah dengan bersuarakan suaraala-ala  tarzan…betul ni…tak tipu..hihihi. Dan apa yang boleh aku cakap, aku tak pernah naik lagi mende yang lebih fun dari sledge ni. Bila kami turun menggunakan sledge tu ,  salji yang kena kaki kitorang tu berterbangan, kena muka  , baju , tudung , memang satu saat yang cukup …ntahlah susah nak cakapla..memang seronok sangat-sangat.Bila sampai je kat bawah kami terus baring je atas salji tebal tu sambil tak habis-habis ketawa. Dari bawah tu aku dengar suara huby ketawakan aku ..chehhh…. tak pe..tak pe….
fun dayyyy..
   Bila turn huby pulak, barulah aku tahu macam mana keadaan sebenarnya kami turun guna sledge tadi. Dan memang aku ketawa lagi teruk dari tadi…hari tu memang dalam sejarahlah…hari paling banyak kami sekeluarga ketawa. Jadi kesimpulannya aku memang salah tafsir pasal sledge ni . Aku rasa nilah game yang paling besttttt sekali kat sini . Jadi kalau korang datang ke Gulmarg ni , naiklah sledge ni. Memang terbaikkkk.  Dan tiap kali aku tengok balik video kami turun bukit guna sledge ni, memang nak pecah perut rasanya aku ketawa , honestly..sampai sekarang pun.
         Bila dah turun bukit tu, baru aku perasan rupanya kami dan sampai kat jalan nak balik resort kami. Bila dan sampai resort , kami setelkan duit Mr Marmar. Dan skrip biasa .
    .” Are u happy sir ? Now..you make me happy ..  eleh..dah agak dah pun.
Mr Marmar and the Geng..terbaikk..
Tapi sebenarnya memang kami bagi tips banyak pun kat diorang sebab diorang ni memang kerja guna tulang empat kerat , tengoklah diorang yang kurus-kurus ni  boleh tarik kitorang satu family naik sledge tu, umur dah hampir 50 tahun pun ada. Memang aku tabikla dengan diorang ni. Dan yang sebenarnya kami sekeluarga gembira sangat dengan layanan diorang semua. Jadi, bagilah tips lebih kalau kita happy k.
Selepas berpisah , kami terus je ajak Alya buat snowman.Perghh..ingatkan senang je, rupa-rupanya susah sebenarnya sebab nak guna tangan je.Last-last jadi snowman kecik je. Masa tu aku dah tak tahan sejuk dan terus balik. Alya pula tak puas lagi main salji dengan abah dia.
       Malam tu kami dinner kat resort tu , harga dinner dah termasuk dalam pakej hotel. Tak lah sedap mana dinner malam tu , dan tak banyak choice sangat , tapi Alhamdulillah, cukuplah untuk alas perut .
         Keesokan harinya lepas breakfast kami terus keluar untuk bermain salji sebab akan balik ke Srinagar dalam pukul 12 thari. 
happy time together
       Yang tak best kat sini , tour guide ni ramai2 ikut nak suruh ambil lagi tour yang macam semalam tu . Rimas betul sebab walau dah banyak kali cakap yang kitorang dah nak balik dan dah ambil tour semalam , tapi masih tak faham-faham . Last-last nak kena tinggi suara baru nak paham . Nak berjalan pun susah sebab asyik mengekor je diorang ni. Kat sini kena hati kering sikit , kalau tak kita jadi tak selesa. 
        Kami balik dengan hati yang riang dan pengalaman yang  tak akan kami lupakan. Ada pahit dan manisnya kenangan di Gulmarg ni. Tapi itu adalah asam garam kehidupankan...
Kami sampai ke Kashmir Srinagar dah jam 2 petang. Driver bawa kami pusing-pusing area pecan Srinagar.  Kami dibawa mengelilingi bahagian sebelah lain kawasan tasik dal, bukaknya tempat naik Shikara tu.

 Subhanallah…walau selawa mana pun gambar yang aku letak kat sini, tak sama dengan apa yang aku lihat depan mata. Pemandangan nya cukup menenangkan jiwa .


  Di tepi jalan kelihatan ada beberapa orang penjaja sedang menjaja. Huby minta driver berhenti . Rupa-rupanya diorang jual ' mutton grill ' . 

Kami singgah di situ dan makan beberapa cucuk  mutton grill  tu, rasanya cukup sedappppppp..., oh ya, secucuk dalam RM 1.80 kalau tak salah. Memang best makan panas-panas depan tasik time sejuk macam tu. Saat yang akan ku kenang sampai bila-bila. Alhamdulillah.



  view sepanjang tasik. sayur apa ni ek ?
 Kemudian kami minta driver tu singgah untuk lunch. Aku order mutton fried rice. Kalau grill mutton tadi sedap, mutton fried rice ni 10x lagi sedap , betul ni aku tak tipu, nilah nasi goreng paling sedap pernah aku makan . Tak taulah rempah apa yang diorang letak , tapi memang sedap yang amat sangat.Alhamdulillah , hari ni memang best sebab dapat makan sedap-sedap2,hik hik .

    Restoran Mughal Darbar ni letaknya tepi jalan, kalau order juice , akan dapat botol besar macam kat atas tu, minum sorang gerenti tak habis, hahaha...kami salah order , siap dapat dua botol lagi, tak pelah , rezeki driver tu , makan hari tu dalam seratus lebih , memang harga agak mahal kedai ni, lagipun kami belanja driver tu makan sekali. Tak pelah..murah rezeki dia hari tu sebab makanan yang kami beli kat pekan pun tertinggal dalam kereta dia bila kami balik ke houseboat hari tu.
    Lepas makan kami terus ke jeti untuk kembali ke houseboat.Aktiviti kami pada petang nanti ialah shikara ride. Memang pengalaman yang menyeronokkan sebab kami akan saksikan sunset di Dal Lake dari dalam shikara. :) 
bersambung....


13 comments:

  1. seronok baca kisah percutian Wa... kalau kt cni pun tiap tahun xtvt wajib gi main snowboard...

    ReplyDelete
  2. adoi...geram tau baca blog ni...
    cerita pendek pendek tak puas nak baca..
    sila sambung secepat mungkin :)
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat lagi nak pegi kan ? harap sabar ya wira :-)

      Delete
  3. waaaa.....bestt nyerr citer wa niee..tringinn nyer nak g...tp x tau lerr tahan sejuk x...time g jordan aritu pun dah menggigil..pdhal bukan musim sejuk punn...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Da, memang sejuk , tapi boleh tahan , anak anak pong ok je , means tak sejuk mana kot.

      Delete
  4. Memang best main salji ni, lebih2 kalau dapat main baling2 snow ball. Pernah merasa dulu di Nikko National Park...

    Agak2 laku tak kalau buka kedai ABC kat sini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mie, memang x jumpa org jual abc kat kashmir ni :-)

      Delete
  5. waaaaaa....u buat akak rindu laaaa...pagi2 tadi dah scroll back gamabr2 kat sana.. mulut asik cite je pasal sana.. Naik meluat org demgar.heee..tapi akak tak peduli..

    tgk je N3 akak tu.. dah berbulan balik pun masih melambak N3 Kashmir.. heee..Gila kita kannn..

    Akak rasa nanti akak nak pegi waktu winter lahh.. teringin gak tgk u tu.. Waktu yang tak terlalu sejuk bila ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak yan, kashmir memang tempat yang palung best dan unik wa penah pegi

      Delete
  6. Mcm x sejuk aja nampak u all main2 kat situ kan...?

    ReplyDelete
  7. Salam

    First time singgah sini. Best baca dan tengok gambar. Akak terus follow blog Wa.

    Wahhhh..suka tengok u all main salji. Teringin nak ke sini musim sejuk, sure best kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, thanks follow , insyaallah , wa doakan akak sampai nanti k.

      Delete
  8. Aduhh cantiknya...Double triple cantik!!

    ReplyDelete