Loading...

Saturday, 12 May 2012

Sunshine Aquarium , Ikebukuro

Assalamualaikum wbt, tak habis lagi entry Jepun, tak sempat nak menulis..hujung minggu baru boleh concentrate sikit sikit , tu pun puas berperang dengan dua orang budak kecik kat rumah ni.
 Cerita sebelum ni boleh baca kat sini ya
         Dari taman dalam hujan renyai , kami terus cari stesyen Metro Hanzoman, susah gak nak cari sebab banyak simpang area situ . Dalam kekalutan tu , ada sorang perempuan Jepun datang menghampiri aku
   ' Are you ok ?..Can I help you ? '
Ah,,pucuk dicipta ulam mendatang ,time -time  sesat kat Jepun ni, mesti ada penyelamat datang selamatkan kami..hehehe....dialah yang tolong tunjuk arah ke stesen Metro tu. 
       Sampai ke ke Ikebukuro, kami terus ke Sunshine City, dimana kami akan ke Sunshine aquarium, sebenarnya dah plan nak ke sini dua hari lepas, tapi terpaksa ditangguhkan sebab hujan lebat. Misi terakhir di Sunshine City ni  kami akan ke 

- Sunshine  Aquarium
-Toyota Amlux
- Daiso ( Kedai 100 yen = Ikut kadar tukaran wang masa tu RM 4.00 )
Lepas tu kami akan singgah ke Kedai Makan Malay Chan, kedai orang Malaysia kat sini.Kedai ni kami baru jumpa kat Internet sehari sebelumnya. Lepas makan kami akan kembali ke House Ikebukuro , untuk ambil beg dan naik monorail ke airport.

Sebenarnya masa kami jalan kaki ke Sunshine Aquarium tu pun hujan renyai, tapi terpaksa redah gak. Nasib baik anak-anak ok je. Tak susah nak cari Sunshine City berpandukan Google Map . Yang ni memang hb dah study siap2 , so aku ikut je lah. Sebenarnya aku nak cari mende ni ..
 tak jumpa ultraman..arghhhhh...
   Puas  pusing , tapi  tak jumpa , nak tanya orang ..paham2 je lah ..dengan bahasa Jepun aku yang amat fasih ni , dah tentu diorang tak paham nanti. Last-last jumpa kaunter pertanyaan , nasib baik boleh cakap omputih sikit-sikit minah Jepun ni. Dia kata benda ni bukan permanent kat sini. Dah dialih kat tempat lain. Aduhhh..memang frustt betol aku. 
        So, oklah , kami terus cari Sunshine Aquarium, susah rupanya nak cari aquarium ni, lengoh kaki aku jalan jauh-jauh, tapi aku tengok Alya sedang bergembira je masa tu, lari sana-lari sini  sikit tak nampak letih. Hero aku lagi best..memang langsung tak meragam.
 Cari punya cari , berapa kali berhenti kat kaunter, bila kitorang tanya, ada yang aku paham, dan ada yang aku tak paham..last-last sampai jugak kat aquarium tu .Nak ke sini kena tukar lif , better tengok map sebab tak banyak signboard nak ke aquarium ni.

 Ni info pasal Sunshine Aquarium tu.

Ni websitenya.
http://www.sunshinecity.co.jp/index.html

Waktu operasi
Isn-Jum 10:00am-6:00pm; Sabtu, Ahad & Hari Cuti  10:00am-6:30pm;
Boleh masuk 30 minit sebelum tutup.

Yang tak best harga tiketnya.:(
1800 yen bersamaan kat2 RM 70 duit kita..dua orang dah RM 140 , tapi nasiblah kami dah nak balik malam tu dan duit yen memang banyak lagi dalam dompet sebab aku ngan huby tak shopping pun , just belikan mainan budak2 ni je dan souveniour sikit-sikit. 



Sampai-sampai , cari port tukarkan pampers Amsyar dulu , sebab dari pagi kami keluar ni baru sempat nak tukar pampers dia. Kat sini tak de tong sampah ye, selalunya aku memang stand by plastik kecik dalam beg. Masa mula-mula sampai tu , Alya jatuhkan aiskrim yang dia tengah makan , jenuh aku cari tong sampah , tapi tak de , tanya staff Sunshine aquarium tu , dia cakap memang tak de tong sampah , last-last dia ambil aiskrim tu dari tangan aku dan dia kata dia akan buangkan. Segan pulak masa tu , tapi jalan bawa budak-budak kecik memang macam ni . :)
 unik..aquarium atas atap

Aquarium ni terletak belah atas sunshine city, means kat atap , dan ada aquarium besar macam ni kat atas ni masa mula-mula masuk. Masa kami sampai tu hujan renyai , jadi tak boleh nak tengok sangat aquarium belah luar ni. Yang bestnya diorang memang sediakan payung  kat sini.
        Masa mula-sampai tu aku memang seronokla sebab banyak sangat penguin . Alya pun excited , terlompat-lompat dia masa tu.

 Asyik tengok penguin banyak-banyak macam ni..cute je..      
 
     Aquarium ni kecik je, tapi banyak ikan-ikan dan hidupan laut yang unik dan pelik-pelik kat sini . Tak banyak aku ambil gambar sebab dah tak larat dah, asik dukung si Amsyar je.Ni antara gambar-gambar yang aku sempat ambil dalam aquarium tu.



..feeding time


gambar Alya dan penguin ni ada mat salih tolong ambilkan sebab masa tu dia tengok aku tengah dukung Amsyar :).Abah Alya ntah mana hilang masa tu, bz ambik video.

warna warni..memang mengasyikkan..
sotong dan ketam tu memang besar giler,first time tengok yang macam tu.
Alya asyik senyum je sebab seronok tengok ikan lawa-lawa
Lepas puas berjalan , kami ke kedai souveniour , dah tentu mahal barang kat sini , tapi beli jugak beberapa barang buat kenangan.
pingu tu kalau convert , harganya RM 93.00 :) murah kan.. :(

     Seterusnya kami terus mencari Toyota Amlux Showroom. Nasib baik masa nak sampai ke Sunshine Aquarium tadi , aku dah perasan tempat ni. Jadi senanglah sikit nak tuju . Bila masuk je tak de orang sangat , dan ada tempat untuk budak-budak mewarna. Seronokla Alya , bolehlah rest  sekejap sebab dari tadi berjalan. Huby naik tingat atas , aku dah tak larat naknaik, kitorang tunggu kat bawah je. Tak banyak gambar dalam ni , banyak ambil video je.
 Toyota Amlux

  Kemudian kami bergegas pula ke Daiso. Daiso ni macam kedai RM 2 kat tempat kita tapi kat sini harganya lebih kurang RM 4 . Banyak barang-barang cute mute kat kedai ni . Selain tu ada juga kedai 100 yen  sama je kedai macam Daiso ni. Aku tak ambil gambar pun kat sini sebab kejar masa. Tapi dekat je dengan area Toyota ni .
  Dalam Sunshine City

Dah habis shopping kitorang terus keluar mencari kedai halal , dari tadi tak makan memang kebulur, dahlah sehari jalan. Nasib baik musim sejuk .

bersambung...jumpa nanti di restoran orang melayu di Jepun. :)

11 comments:

  1. Seronoknya bercuti ;) banyak tempat dah pegi ye..

    salam kenal drpd cikwan. selamat hari ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik wan , salam kenal , selamat hari ibu utk cik wan jugak :-)

      Delete
  2. Seronoknya bercuti ;) banyak tempat dah pegi ye..

    salam kenal drpd cikwan. selamat hari ibu.

    ReplyDelete
  3. bestnya jln2 apatah lg kt tmpt org kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. neeza, memang seronok cari pengalaman tempat orang..lagi2budaya diorang cukup berbeza dengan budaya kita.

      Delete
  4. Tawaran pertolongan yg datang pun mcm ultraman yg datang membantu hehehehe....seronoklah pergi Jepun.. bilalah akak nak sampai jepun ni.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah kak , tiket g jepun dah murah sekarang ni, sape2pun boleh gi

      Delete
  5. seronok betul baca entry wa ni. hihi.. kat japan mmg byk aquarium besar(kaiyukan), yg ni saya x pernah smpai lg. tp konsep dia mana2 sama je. nmpk enjoy sgt wa n family. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak thanks, memang seronok berjalan , lagi2 ada anak2 .. insyaalah , kalau ada duit lebih nak ke hokkaido pula :-)

      Delete
  6. best baca kisah percutian wa. sy dok dekat ngn tokyo pun tak penah sampai lg...

    ReplyDelete
  7. yg ni my son adam jer pernah gi trip ngan youchien tomodachi *kengkawan tadika* last year...ai x terjah pun...mmg kids suka tgk ikan ni

    ReplyDelete