Saturday, 28 April 2012

Autumn in Chidorigafuchi Park


          Assalamualaikum wbt , kita tinggalkan salji di Kashmir sementara sebab dah 4 bulan kami balik dari Tokyo, ada 2 entry masih lagi tertangguh , hari ke 7 dan ke 8 . Insyaalah akan aku cuba siapkan bersama dengan tips-tips sekali nanti, Insyaallah.
Hari ni sebenarnya kami plan nak naik Sky bus ni ke Tokyo. Tapi apa nak buat cuaca tak mengizinkan , cuaca sangat mendung dan nak hujan, jadi on the spot tukar plan
                                                          
Bila tengok balik brochures yang kami bawak tu, huby cadangkan kami ke Hanzomon untuk bawa Alya naik sampan .Untuk ke sana , perkara pertama yang perlu dibuat ialah kena tahu train mana yang kita kena naik , boleh cek kat sini.http://www.hyperdia.com . Sepanjang kami di Tokyo , memang kami guna website ni untuk ke mana-mana. Dari Hyperdia ni , kita boleh tahu berapa tambang , berapa kali transfer dan train mana yang kita nak naik. Selalunya  ada beberapa route  yang kita boleh pilih.
 Selepas packing semua barang , dan bekalan makanan yang kami bawak cuma tinggal maggi je , kami check out dari House Ikebukuro . Tapi barang-barang kami tinggalkan dulu di sini sebab kami akan kembali ke sini untuk ke Sunshine Aquarium .
Hari terakhir di Ikebukuro
      Untuk ke Chidorigafuchi Park ni ,  dari stesyen JR Ikebukuro kami guna Tokyo Metro Marunouchi Line ke Otemachi, dan dari Otemachi kena transfer ke Tokyo Metro Hanzomon Line untuk ke Hanzoman.Taman ni memang terkenal lagi-lagi bila musim sakura . Sebenarnya bila lihat gambar orang naik sampan macam kat bawah nilah yang membawa kami ke sini . 
Tokyo Metro
 So far dah 8 hari naik train, tak pernah tersalah naik train lagi, kira terrer gaklah untuk first time travel di Tokyo ni..acheh, :).
    Bila sampai je di Hanzoman , kami macam lost sebab banyak sangat simpang , dan main agak-agak je , lagipun ni plan last minit , tak sempat nak guna google earth walking direction yang selalu kitorang guna sepanjang travel kat sini. Jadi , kami main agak-agak je. Dari jauh nampak macam taman je, kami pun jalan lah..tapi tak sampai-sampai gak, tasik pun tak nampak bayang. 






































sesat pulak..

           Kami patah balik dan tanyakan jaga kat pondok jaga di situ.Hik..hik..hik.., dia gabra sebab tak boleh speaking , so kami tunjukkan gambar tasik tu . Yang bestnya pasal orang Jepun ni, walaupun ada masalah komunikasi ,  tapi dia akan seboleh-bolehnya cuba nak tolong kita . Banyak kali dia telefon tanyakan sapa ntah , kami pun tak tau .
           Last-last dia tunjukkan direction guna bahasa isyarat je. Oklah..nanti kami cuba cari walaupun tak paham sangat. Rupa-rupanya kami dah jauh dari tempat yang kami nak pergi. Adehhh..penat jalan, nasib baiklah pemandangan musim luruh teramatlah lawa , jadi tak terasa sangat walau jalan jauh. 



 salah taman, tapi lawa jugak taman ni..
Dalam perjalanan, tiba-tiba dari belakang , ada orang bagi salam. Bila kami toleh ada sepasang suami isteri sedang senyum dan sang suami menghulurkan tangan pada huby aku.
                 “ Are you Muslim ?..dia tanya … ‘where you come from ?’
Rasa seronok sangat-sangat bila jumpa orang Islam kat sana. Rupa-rupanya diorang pun ber backpackers berdua je ke sini . Memang kaki travel gak , mmmm lama jugak kami berkenalan dan bersembang dengan mereka.


         Bila berpisah dengan pasangan dari China tu kami terus pasang tripod untuk ambil gambar family , lagi pun cuaca dah macam nak hujan , jadi kena rushing . So, nilah hasilnya , thanks Mr Tripod . :)


  smile...:)
Amsyar tu cute je ..:)



  autumn yang dah nak sampai penghujungnya, tapi masih lawa..
Kemudian , kami teruskan perjalanan , Alya dah mengeluh dah masa ni, dia penat sebab jalan jauh..mulalah dia moody dan buat hal sendiri , last-last bila dah penat sangat dia duduk jugak dalam stroller Amsyar . Alya ni lain sikit peelnya, dari hari pertama suruh naik stroller, dia memang tak nak , dia rasa macam dia ni lemah kot kalau naik stroller tu , bayangkanlah kami travel turun naik train , pas tu memang banyak jalan kaki , memang agak letih , tapi last-last dia naik gak  , tu pun masa hari ke 6 dah kat sini.Bila dia dah seronok naik stroller , aku pulak letih sebab terpaksa dukung Amsyar, dahlah jalan jauh..:( , tapi alhamdulillah , so far ok je . Travel dengan budak kecik memang agak memenatkan, tapi dari segi lain amat menyeronokkan .
      Lepas pusing sana sini , tanya orang sana sini , akhirnya sampai jugak ke tempat yang kami nak tuju . 



  muka happy nak naik sampan
        Bila sampai di taman tu , kami pelik sebab tak de orang. Sampan yang kelihatan dalam gambar masa musim sakura pun tak de. Memang Alya frust sangat-sangat , agak-agaknya musim winter tak de orang naik bot kot, hahaha. Tapi tak pelah , walau pun tak dapat nak bot , tapi dapatlah kami menghayati keindahan musim luruh yang berwarna-warni di taman ni.



 Ni pun antara impian aku jugak, nak tengok daun-daun yang dah bertukar warna ke warna kuning, orange , merah  … memang cantik sangat-sangat. 
       Masa kami kat taman ni, hujan turun renyai-renyai , jadi kami cepat-cepat bergerak ke stesen Metro untuk kembali ke Ikebukuro. 

bersambung .. :)

14 comments:

  1. Taman ni tersangatlah femes nye masa sakura... beribu2 manusia datang masa time tu...tapi kami pun tak penah gi lagi... prgi hanami kat area chiba je...ehehe... sampan tu pulak...klau time sakura kena beratur dekat 2 jam baru dpt naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 jam ke kak?..masaklah mcm tu he he

      Delete
  2. salam..autumn mmg sangat cantik kan..mmg tak jemu memandang..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. siti, memang betul.. kan best kalau sepanjang tahun warna warni je pokok2 kan

      Delete
  3. bestnya..semoga 1 hri nti sy pn dikurniakan rezeki tuk kesana..amiinnn :)jmput foloow sy kmbali :)

    ReplyDelete
  4. YA ALLAH cantiknya.. dah brjalan dan rasa spring. autumn belum lagi.. bila tgk cam ne, macam teringin je..INSYALLAH..gi Kashmir waktu autumn lak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah, ada rezeki dan panjang umur bleh gi lagi kan kak.

      Delete
  5. cantiknyer wa...ni y xpuas ati ni,adey...nk kna adjust itinerary lg..

    ReplyDelete
  6. ello sayang...
    masyaallah...kat sini aku jumpa BLOG ang awe
    aku dok cari mana lah ang pi alhamdulillah
    wah dapat sepasang dah ke? comelnya anak ang awe......

    ReplyDelete
  7. cantik scenery wa....hv fun ya!

    ReplyDelete
  8. comel sungguh si kecil berbaju merah itu!

    ReplyDelete
  9. salam kenal....kita punya hobi sanma lah ye..jalan jalan..makan makan

    ReplyDelete