Tuesday 17 January 2012

Day 5 ~ Fun Day at Disneyland



Hari ni kami check out dari House Ikebukuro dan menuju ke Tokyo Disneyland. Since hb dah faham fasal sistem train , kali ni dia pula yang tentukan train mana yang kitorang nak naik untuk ke Maihama . Sebenarnya memang senang nak faham , macam my hb dia sebelum datang sini dia memang tak study langsung pasal sistem train ni.  Lepas 2 hari turun naik train ..dia dah faham tapi kena pastikan map subway ,  map JR sentiasa ada kat tangan . Kalau sebelum ni kami selalu naik train biasa , kali ni hb ajak naik subway ( Metro ) .


Dari Ikebukuro kami guna Yurakucho line terus ke Shin kiba. Dari Shinkiba kami tranfer ke line JR semula untuk naik train ke Maihama.

      Kalau ikut aku nak senang naik je train biasa sebab sebelum memang banyak kali dah naik train biasa ,ni first time nak guna subway . Tapi masalahnya line JR tu ke transfer kat Tokyo stesyen .Tokyo stesen dah tentulah sibuk , jadi kalu boleh kami nak  elakkan Tokyo station dan terus ke Shinkiba .
       Sebenarnya  masa naik Tokyo Metro ni , aku dan Alya terpisah dengan hb dan Amsyar. Rasa gelap dunia sekejap … bayangkan kami naik je train , dan hb baru nak naik, pintu train tu terus tutup . Aku pandang hb , hb pandang aku , terpanik sekejap masa tu..tak sempat nak cakap apa2 kat hb. So train terus jalan dan Alya dah merengek bila abah dia tak ada dalam train .
                      ‘ Ibu..abahhh manaaa….. adik mana….. ‘ dia dah macam nak nangis dah.
Aku pun macam blur kejap sebab..susu Amsyar ada dalam bagpack aku, Amsyar pula ada dengan abah dia. Lepas tu aku baru teringat yang masa first day sampai Tokyo , aku ada terims sms dari adik aku . Means , kalau aku sms hb , dia pun akan terima gakla. 
       So, aku try sms..ok delivered. Lega kejap , tapi nak tunggu hb aku balas sms tu , seminit rasa macam setahun je sebab tiba-tiba je terpisah macam tu..hahaha.
Dalam tengah tunggu tu dapat sms dari hb, suruh stop kat stesyen terdekat sebab Amsyar dah macam nak nangis dah . Dapat je sms dari hb, barulah lega sangat masa tu . So aku stop kat  stesen Ichigaya dan tunggu hb dengan Amsyar . Bila Nampak je kelibat hb ngan Amsyar ..aku rasa lega sangat-sangattttt dan rasa nak berlari je peluk  hb aku masa tu ..tapi nasib baik orang ramai masa tu heh..heh..heh… . 
          So lepas tu kami tunggu train seterusnya dan teruskan perjalanan ke Tokyo Disneyland . Mistake kami kat sini ialah, kami tak pernah discuss , kalau jadi apa2 macam ni , apa yang perlu kami buat sebelum kami ke Tokyo . Jadi lepas ni kalu jadi lagi , hb cakap terus je turun  kat stesen yang pertama train tu berhenti .
Tiba je je di Maihama station, kami terus cari elavator dan semasa dalam elavator tu kami berkenalan dengan wanita Jepun yang cute sangat-sangat :-). Dia bawa anaknya ke disneyland sempena hari lahir anaknya.Kami sampai dalam  pukul 2 petang dan kami decide untuk terus ke disneyland dan tak terus ke hotel untuk check in. 
           First impression tentang Tokyo disneyland .. susah nak explain ..rasanya setiap sudut , perfect .. tak ada satu sudut pun yang cacat cela. Serious… tak de pun tempat yang ada sampah , tempat yang berlumut..memang tak de, tak de pun bangunan yang catnya dah luntur ..memang perfect la..

Dekat luar pun dah lawa sangat-sangat , belum lagi masuk kat dalam. Jalan sikit berhenti ambil gambar, jalan lagi berhenti lagi…

      ‘macam ni bila nak masuk disneyland’ ..kata hb heh..heh..hehh

Kami terus ke kaunter tiket dan membeli tiket untuk dua hari sebabnyanya kami akan ke Disneysea keesokan harinya.Harga tiket 2 day pass ialah 10 700 seorang.Kalau convert duit Malaysia,RM 438.00 sorang . Rasa macam mahal gilee kan.. tapi cukup berbaloi dan puas hati main dalam disneyland tu.Harga tiket untuk sehari RM 248 ( bergantung pada tukaran wang ).
            Kalau ambil two day pass ni , boleh je nak masuk

 dua hari ke Disneyland , atau
 dua hari ke disneysea  atau
 satu hari Disneyland dan satu hari ke Disneyea.

Tapi kalau beli pass untuk satu hari , boleh masuk satu je samada Disneyland atau Disneysea  TAK boleh masuk ke dia-dua taman tema untuk tiket satu hari .

Terdapat 7 tarikan utama di Disneyland iaitu .

1.World Bazaar
2.Aventureland
3.Westernland
4.Critter Country
5.Fantasyland
6.Towntown
7.Tomorrowland

                                                                                                        http://www.tokyodisneyresort.co.jp
Semasa kat entrance gate , staff kat situ akan buka beg kita . Masa tu kami bawak dua bagpack . Dua-dua beg penuh dengan makanan. So aku buka beg aku dulu..sebab beg tu penuh dengan botol susu Amsyar , kat bawahnya memang ada sandwich, biskut dan macam-macm lagilah yang kami bawa dari Malaysia. Bila dia nak buka beg hb, jenuh kami nak explainkan yang beg tu untuk check in hotel nanti , so memang banyak barang… Bila kami speaking , dia jawab bahasa Jepun..heh..heh…. agak lama juga kami bercakap bahasa ayam itik kat situ …last-last dia lepas juga kami masuk tanpa buka beg hb..tapi orang Jepun ni memang friendly lah dan amat berbudi bahasa.Boleh je bwak makanan masuk , tapi pandai-pandailah sorok, kat dalam tu payah nak cari makanan halal..kalau ada pun popcorn je kot.
          Bila masuk je ..ramai sangat orang q nak ambil gambar kat sini.. means ambil gambar dari depan..aku malas nak q , ambil gambar Alya dari tepi je..hehe.. 





Masa tengah ambil gambar tu , ternampak pulak atok Donald Duck...cepat-cepat kami kejar ..apalah..tapi seronok sangat2..bukannya apa..buat kenangan untuk Alya yang suka sangat character Disney ni,,


Kemudian kami terus ke World bazaar . Macam-macam ada kat sini ..Sebatang pokok krismas yang sangattt besarr diletakkan ditengah-tengah bazaar tu. Kat sini pun ramai sangat orang Jepun beratur nak ambil gambar..dan macam biasa aku ambil gambar dari tepi je.. :)



































  Keluar je dari World Bazaar...taraaaaa........ :) , kalau dulu cuma tengok dalam tv dan dalam internet je..kali ni betul-betul depan mata dan Istana Cinderella ni.. 


         Seterusnya kami ke Adventureland. Cadangnya nak naik jungle cruise, tapi terpaksa kensel sebab q terrrrrrrrrlaluuuuuu panjang..tak sanggup nak q kalau dah panjang macam tu.:( . Antara yang menarik kat sini ada Swiss Family Treehouse. Punyalah besar gedabak rumah atas pokok ni , tapi tak naik pun .


        So kami just pusing-pusing je area Adventureland tu. Sempat jugak tengok show kat situ . Masa nak ke Towntoon tu , kami lihat dah ramai orang dekat jalan utama, so aku agak ni mesti ada parade kejap lagi . Kami pun terus cari tempat dan lepak kat situ . Masa kitorang pergi tu ada Santa Village Parade  Yang bestnya masa parade ni semua carton character ada bersama. So dapatlah Alya tengok Chip n Dale , Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck  .Goofy dan Daisy. Yang ni jelah yang dia kenal pong.He..he…
Jom tengok gambar parade..:)

 






bersambung...

10 comments:

  1. Hebat kan orang Jepun maintain Disneyland tu. Dah berpuluh tahun masih tetap cantik...

    Tapi mahal gila tiket masuknya...

    ReplyDelete
  2. tengok pic wa, teringat time akak pegi DL HK. semua sudut cantik kan. Tp rasanya DL Tokyo ni lagi besar dan lagi best.

    ohya! alya comel sgt. then muka hb you mcm penyanyi shajiri.. iras2.. sekali tgk la...hehe..

    ReplyDelete
  3. wahh percutian yang berbaloi2 kan meriah sgt nampak...terasa keseronokan...

    ReplyDelete
  4. Mie.memang betul... setuju 100%..hehe..

    ReplyDelete
  5. idasm... memang besar sangat..banyak tempat tak sempat nak pegi hari tu..sayang betul...:)



    Hanis ....memang meriahh kan, akak rasa cam tak mo balik je..

    ReplyDelete
  6. U gi both disney ke? or land jek?

    ReplyDelete
  7. mmg rule nak masuk dinseyland x leh masuk makanan actually....owh this year ai plan nak gi Disney sea sebab last year dah gi disneyland still tgh tgk date bila ok....look fun semuanyer @_@

    ReplyDelete
  8. WOW! Bestnya jenjalan ke Tokyo Disneyland!!
    Nice blog, nice pic...

    ReplyDelete
  9. wow menariknya..kali plan nak ke HK Disneyland this coming feb...coti mesia lajak ke HK hehhe

    ReplyDelete