Sunday 26 June 2011

Winter Trip to Xian' ~ Terracota Museum ~



Dari Beijing kami ke Xian,, menaiki keretapi ,, stesen keretapi  Beijing mmg besar dan sangatlah crowded, nak jalan pun susah .... kat dalam tu tak boleh amik video... sbb masa hby tgh amik video..guard datang dan cakap cina ngan dia... heh heh .. walaupun x paham mende yg dia cakap..tapi pahamla maksudnya....nasib x kena rampas ..
Satu yang tak best kat China ni ialah...org2 sana cukup suka meludah kat tempat awam. :( 

Sebelum naik keretapi kitorg sunggah shopping kat Yes Show market.. kat depan market tu ada org jual ubi rebus.... walla sedappp giler..dahlah time tu musim sejuk ... mmg heaven rasa masa tu dapat makan ubi keledek rebus..sbb dah tak lalu dah makan chinese food tu..
  Malam tu kitorg tido dalam train.... satu blik tu utk 4 org...masa tu kami ber5 ..so hb kena duk blik sebelah ngan org German..dahlah malam tu Krismas... so kitorg berdua bersembangla ngan minah german ngan 2 org anak dia tu ... tapi hb tak nak tdo situ sbb takut diorg  mabuk..lagi2 mlm krismas....
    So dia msuk blik kitorg ..tido berlima dlm blik tu ..nasibla si Ina tu mmg tido kat ketiak mak dia so dia suruh hb tdo katil dia.... seronok sangattttt masa tu ....pengalaman yg tak dapat dilupakanlah....naik train dari Beijing ke Xian....
     Masa di Xian .. kitorg menginap di Hotel New Anderson kalau x silap... hotelnya mmg besar dah bersih w/pun 3* je.. . Masa pegi tu Krismas..so banyaklah lampu2 yang menghiasi bandar Xian.


Keesokannya kami di bawa ke Muzium Teracota . Muzium itu dikelilingi oleh gunung ganang dan pemandangan di situ membuatkan kami betul - betul terpegun . Betapa indahnya alam ciptaanNya.


~ kat depan Muzium Terracota ~

Terdapat 3 muzium Terracota .. yang paling best muzium yang ada  disediakan panggung wayang bulat ..dimana sejarah bermulanya askar teracota dilakonkan semula. Masa tu orang yang mula2 menjumpai  makam teracota tu masih hidup tapi dah tuaaa sangat2.




               

Selepas melawat muzium teracota , kitorg dibawa ke kedai kerajaan untuk shopping.Aduhhh...lama benoo simata sepet tu bawa kitorg kat situ w/pun kitorg berlapan masa tu desak dia suruh bawa kitorg ke muslim street. Yang menyampahnya..dia paksa kitorg ajak tgok show yg kitorg dah pernah tengok kat beijing . Kalau free takpelah jugak..tapi kena bayar 100 lebih sorang... gilooo apoo.. bila kitorg taknak dia tarik muka plak...hek elehhhhh.....

Lepas tu kitorg singgah untuk ambil tiket dari Xian ke Malaysia. Kat sinlah pulak masalah besar timbul. Rupa2na nama kitorg smua dalam waiting list . Dan mmmg kitorg tak dapat balik sbb tak de tiket . dahlah tu Mas dari Xian ke KL seminggu sekali je..  so kitorg rushing sangat2 ...pergi muslim street sekejap je..geram betollah kat mamat mata sepet tour guide kitorg tu.... 
~ Muslim Street , Xian ~

Dah abis shopping rushing plak balik hotel sbb kena naik China Air ke Beijing petang tu dan naik flight dari Beijing ke Kl malam tu jugak. Yang tak bestnya ..tiket sorg 3ratus lebih...kena bayar sendiri... mmg bengongg betul travel agent nih.... mmg kitorg menyumpah2 betul...  :( . terkene lagi ..



                 

2 comments:

  1. wait for my turn pegi sane this dec, hihi

    ReplyDelete
  2. dont trust travel agent...next time kan, if bleh buat sendri, buat je sendiri, lagi best lagi senang :D okeh?

    ReplyDelete