Loading...

Sunday, 3 July 2011

Restoran Lembah Bernam ~ Exotic Food ~

~ Berposing depan restoran ~

~ Restoran Lembah Bernam ~
Jln Main Canal Tali Air 9, Pasir Panjang 45400 Sekinchan, Selangor.
0172858603-EN KARIM
(Kalau nak gi better call dulu tanya ada ke tak apa nak dimakan hari tu k )
make sure cawangan mana yang korang nak pegi ni , jangan order kat sekinchan tapi pegi kat sungai lembing..hahaha.. sbb hampir jadi kat aku sbb tau tau ada cawangan kedai ni .


satu lagi kedainya 
RESTORAN SELERA RIMBA
KAMP
UNG SUNGAI LEMBING
RANCANGAN BELIA 2
SUNGAI BESAR, SELANGOR.
http://www.facebook.com/pages/SELERA-RIMBA/119619658065177?sk=wall
** kalo dr highway (kl) exit kat behrang, amik kanan, pastu nampak balai polis behrang stesyen, masuk kiri... pastu terus je sampai ada simpang tulis gi sungai besar... kena lalu kampung2, utan2, lepas felda gedangsa lagi... tp sebelum felda suharto... pastu korg carik la sendiri ye... hehehe...

016-3160344 (Wak Hamka) 

Minggu lepas kitorg ke Sekinchan ..mmg lama dah plan nak pegi..tapi ade je lah halnya..so mgu lepas mmg tak plan pun... terus je gi sana. Tujuan utama nak try makan eksotik food landak , kijang, rusa , ayam hutan dan ada jugak ikan baung dan ikan sepat . Jauh gak rupanya nak ke sana...dari Kota Damansara ke Parit 9 tu amik masa 1 jam setengah, Kitorg tersesat ke depan dah sbb kecik sgat signboard parit 9 tu .Tu pun bila masuk simpang tu cuak gaklah sbb mg tak de lagsung tanda2 ada restoran exotik kat situ . 
Tapi yang best dari simpang nak masuk dalam tu..kiri kanan dipenuhi padi..mmg sungguh mengasyikkan pemandangan kat situ . Angin plak punyalah kuat...mmg bestttttttt lah...rasa nak pindah dan wat rumah kat situ je..heh..heh...so dari simpang kecik tu...korang terus je sampai hujung simpang..pas tu masuk kiri ..nanti baru jumpa signboard restoran tu k .








Masa kitorg sampai kat restoran tu .. tak ramai org pun.. sbb dah pkul 3 masa tu .. . hari tu kitorg order daging landak masa rendang 100gm , 1 kilo 80 rgit ( mmg sedaaapppp rendang kat kedai ni ) , rusa masak kicap100gm dan ayam hutan goreng berempah 200gm . Kemudian kita boleh pilih macam2 lauk dah dah siap dimasak . Ada udang galah masak kari seekor 2 ringgit kalau tak salah..yang bestnya ada macam2 jenis ulam, mmg cukup membangkitkan selera kitorg yg mmg tgh lapar masa tu .




So total makan hari tu RM 53 .. dengan menu kat atas tu , milo ais 3 , fresh orange 1 , ikan baung goreng , ikan sepan goreng ngan ulam2 . Berbaloila harga tu dgn apa yang di makan . :)

No comments:

Post a Comment