Wednesday, 16 July 2014

~ To Taj Mahal With Luv ~

         Salam Ramadhan buat semua , nilah Taj Resort , memang bersih sangat-sangat , sayangnya sekejap je kami singgah di sini. Sampai pun dah malam, pagi -pagi besok dah kena check out sebab nak ke Taj Mahal  , lepas tu terus ke Jaipur .Insiden yang tak boleh dilupakan masa kat-kat area sini , masa tu kami singgah untuk makan malam, waiter tu paksa kami makan menu yang dia akan orderkan ..hah..???bior betik...kami berkeras tak nak dan order makanan sendiri , pas tu bila nak bayar , dia paksa kami bayar tips yang banyak..pun kami tak layan.Kalau datang ke India ni memang kena hati batu sikit , kalau tak asyik minta tips je diorang ni.



Dah malam..gambar semua blur....
Sian budak dua orang ni, pagi-pagi dah kena bangun :)

Dari hotel tu , kami jalan kaki je ke tempat beli tiket , dekat sangat .Depan hotel tu macam-macam binatang lalu lalang bawa pelancong , ada kuda , ada unta, ada lembu ,pilih je nak naik yang mana..hehehehe.


      Ni kat area pintu masuk..dekat sini nanti, akan ramai tour guide yang akan menunggu dan ambil kesempatan.Ikutkan hati aku memang tak nak langsung upah diorang ni, tapi kata hubby, apa salahnya, boleh mintak tolong diorang ambil gambar, tak payahlah nak guma tripod . Oh betul gak tu kan, masa tu memang ada sorang mamat ni asyik follow je kami  dari belakang .Kami pun tanyalah berapa kena bayar kalau nak guna khidmat dia, 950 rupee..katanya..
             Kami tawar dan tawar lagi sampai dia setuju dengan harga 200 rupee je
 :-).Berhati-hati kat sini sebab ramai yang dah kena tipu.











Oh ya gambar ni tour guidelah tulah yang ambik.
Berposing kat entrance tu pun punyalah lama..excited sangat dah sampai kat Taj Mahal.Tu belum masuk kat dalam lagi tu.

Nilah entrance nak masuk ke Taj Mahal..

Sampai sini je,aku dah terpaku..akhirnya Taj Mahal di depan mata, syukurlah sampai juga aku ke tempat yg pernah dinobatkan sebagai salah satu keajaiban  dunia.

.....................insyaallah jumpa di next entry

11 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

munirah rahman said...

Alhamdulillah..rezeki akak dapat jlan sampai sana kan..hehe :D

Sal Bee Yah said...

wah..dah sampai taj mahal..jelesnya.biasa tengok dalam cite hindustan je.pernah jugak dengar cakap orang, kalau bercuti ke India perempuan tak elok gi sorang.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak wa, bestnya... bila sy nk sampai sini...

paridah said...

indahnya taj mahal dpt tengok pic2 yg cntik pun ok..

ros_reeza said...

seronok kalau dapat berkunjung ...

cahaya nur said...

cantiknya....

Mie said...

Cantik... walaupun dah beratus tahun usianya...

Cho Zila said...

bestnyer Wa... syukur kan dah merasa sampia ke situ... akakkni takler merasa gamaknyer...

Nora Karim said...

Allahuakbar... bestnya.... saya ni pun dok pasang je la angan2 nak ke tmpt2 keajaiban dunia... *berangan je la...*

Cik Itah@RRP said...

salam sis..seronoknya datang Taj Mahal..sy dapat tengok gambar sajala :D