Loading...

Tuesday, 22 November 2011

~ from Cameron with love ~




Cameroh Highlands memang best..walau orang cakap dah tak sejuk ke dah tak best ke..tapi bagi aku CH tetap best..dan memang tiap2 tahun kitorang pegi CH. So sempena birthday hb baru2 ni ..kitorg pergi lagi ke CH . Kami menginap di rumah peranginan persekutuan. 
Jangan tak tau nak booking rumah peranginan ni macam nak bookig tiket murah AA gak. Booking tahun lepas , tahun ni baru dapat menginap kat sini. Sebabnya .. rumah ni mmgla teramat murahnya..Apartment 2 bilik tapi besar gedabakkk baru RM 60 semalam . Tak nak ?, Dan booking bilik baru RM 25 semalam.. Kalau  bawak toto 10 org dewasa boleh tidur dalam tu sbb bilik pung besar gak. Dan yang penting lagi ..memang jimat gila2 kalau nak compare menginap kat apartment lain. Tapi rumah penginapan ni untuk kakitangan kerajaan sahaja.
       Hari tu kitorang sampai dah malam sbb masa bertolak tu...teraccident pulak ngan budak bawak motor tak pakai helmet. Bukannya accident apa pung.. dia tu yang tak nampak kereta kitorg so.. tergolek2 gak dia bila bawak laju dan langgar belakang kereta . Dia plak lesen L tapi naik 2 orang..eloklah tu...



        Besoknya kitorang pergi ke Mardi. Sebelum tu lunch dulu kat kedai ni. Makanan pun sedap dan murah harganya..




Walaupun dah banyak kali datang ke Mardi ni, tiap kali ke CH kitorang mesti singgah sini... seronok tengok  Alya  berlari2 kat kawasan lapang kat sini . Satu lagi .. kalau datang jangan lupa bawak roti sebab banyak ikan besar2 kat sini..







        Balik je dari mardi...saja kitorang pusing2 masuk area kampung kat sana...lagipun nak gi tempat lain cam ladang teh tu dah banyak kali pegi..malass plak nak pegi .... so just ronda2 je ..sedut udara segar dan layan pemandangan yang lawa kat CH tu ...
      Petangnya kitorang keluar utk beli makanan dan kek sbb mlm tu nak celebrate birthday huby... Tempat makan yang kitorang tak pernah miss kalau pergi CH ialah makan ikan bakar dan tomyam kat kedai ni.Kedai ni dekat je dengan tapak pasar malam tu.


So kat pasar malam tu kitorang mmg beli makanan yang tak pernah miss beli bila ke CH - Jagung mutiara, keledek rebus , strawberry ..ikan bakar, tomyam , kailan ikan masin .. dan juga kek utk hby..


     
So tulah aktiviti kitorang masa di CH baru2 ni..

6 comments:

  1. pandai nye edit gambo ni...hehe

    ReplyDelete
  2. Salam kenal..

    Saya pun tak pernah miss ke CH tiap tahun. Penginapan pun kat situ jugak.

    Anyway, ladywa ni kakak Kemang ke?

    ReplyDelete
  3. Kemang ~ Dia yang ajar...dia plak dah lupa heh..heh..

    Mie ~ Yelah... Kemang tu my brother :)

    ReplyDelete
  4. cute.. :) salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)

    ReplyDelete
  5. salam...camane nok book ek...thankz

    ReplyDelete