Sunday, 8 June 2014

~ Happy Frozen Birthday ALYA n ABSYAR ~



 Salam buat kawan blogger yang masih sudi membaca lagi blog yang suam-suam kuku ni...heh..heh..heh..Ni nasib baiklah time cuti sekolah..adalah masa nak menaip sikit-sikit, kalau tak..mau tahun depan baru update gamaknya...
      Rasanya baru je  celebrate birthday Alya tahun lepas..kali ni celebrate lagi...aduhhhh betapa cepatnya masa berlalu...Alya dah makin membesar dan aku..usia dah semakin bertambah rupanya..patutla rasa macam dah banyak kedut-kedut kat muka ni...:) 
      Untuk birthday kali ni , Alya yang request tema FROZEN. Susah jugak nak buat tema ni sebab tak banyak birthday item bertemakan FROZEN yang dijual online. Kalau ada pun ,
Ya Allah ..punyalah mahal yang amat, tak sanggup aku nak buang duit banyak-banyak semata-mata nak beli mende tu semua.Nak tak nak, kenalah buang masa dan tenaga sendiri demi menjayakan tema birthday kali ni.
      Oh ya kali ni aku rasa aku buat kerja lebih teratur dari tahun lepas , aku dah mula buat sikit-sikit sebulan yang lepas , memang susah nak buat sebab si kecik Absyar ni tak duduk diam..semua mende dia nak usik.Nak tunggu dia tidur dulu baru boleh buat kerja.Tapi alhamdulillah...walaupun taklah sesempurna mana, tapi nilah hasil titik peluh aku buat sorang-sorang. Lama tau aku tungu Alya ..7 tahun huhuhu...sebab tulah..dia ni special sangat dalam hidup aku...kalau boleh semua permintaannya aku akan cuba tunaikan selagi tak merosakkan diri dia.

      Birthday girl..
Dah masuk usia 6 tahun, kadang-kadang aku rasa aku bersikap tak adil pada Alya , dengan Absyar yang masih kecil , dan Amsyar yang memerlukan lebih tumpuan dari yang lain , aku rasa aku banyak hilang masa berkualiti dengan Alya ,dan aku sendiri dapat rasa aku kurang memanjakan Alya berbanding dengan Amsyar dan Absyar .Kadang-kadang aku dibelenggu rasa bersalah , tapi bagi aku , Amsyar lebih memerlukan perhatian dari aku .  Alya ni memang selalu kena marah sebab suka melawan, sepatah aku cakap sepuluh patah jawapan yang keluar dari mulut dia, adeehhhhhh..kadang-kadang aku rasa dia ni dah mewarisi sikap aku yang suka melawan.... :( . 
        Buat Alya..kalau suatu hari Alya baca catatan mak ni..bukan mak tak sayang Alya ..mak sayang sangat-sangat ..sebab tulah mak buat semua ni untuk Alya ..moga Alya ada kenangan manis dan indah untuk dikenang andainya mak dah tiada nanti... Bukan senang mak nak buat ni semua untuk Alya , banyak air mata yang tumpah kalau Alya nak tau...tapi untuk Alya ...apa salahnya....si cantik manis mak...  Malam sebelum majlis, aku tidur lewat sebab nak siapkan kek, kalau tahun lepas,aku tak sempat siapkan birthday kek sebab aku rasa  aku banyak sangat nak buat kerja dalam satu masa, aku buat cup cake, buat kek pop dan macam- macam, sampaikan badan dah flat sangat ..memang tak larat lagi dah nak buat birthday kek Alya. Untuk tahun ni, aku dah order cup cake dan apam polkadot dari orang satu taman, tapi malam sebelum majlis tu dia sms kata tak dapat siapkan tempahan, memang aku frust sangat-sangat.Apalah nasibb...


     Candy buffet FROZEN yang tak berapa nak frozen..huhuhu..
    Sebenarnya , bila dah siap atur semua ni, hujan turun dengan lebatnyaaa, masa tu dah    
 jam 2.30 petang , majlis mula jam 3 petang..sedih sangat masa tu , aku takut benda-benda kat belakang tu rosak kena hujan , so aku , hubby dan adik aku Apih naik kat balkoni atas tu dalam hujan lebat sampai basah kuyup kami bertiga .Kami cuba nak tutup ruang terbuka kat area parking tu supaya backdrop dan meja candy buffet tu supaya tak basah . Dalam kami basah kuyup, tiba-tiba je hujan lebat berhenti .Macam kartun pun ada masa tu..hihihi
        Malas nak tulis panjang-panjang...rasa macam tak de yang menarik je ..tngok gambar jelah ek..nanti aku buatkan entry DIY semua mende kat atas candy buffet tu.
Sahabat susah senang ..sahabat ketawa menangis bersama..inilah orangnya..thanks kak sudi datang..:)

Si comel mak..moga diberkati Allah selalu

Merai tetamu

.........kanak-kanak riang
                              He..he..he....anak sapelah yang kena bungkus ni.. ...                            
    Masa majlis tu Amsyar macam biasalah , dia tak de dia kisah langsung dengan clown dan orang ramai tu..yang dia paling minat dengan speaker yang clown tu bawak..siap duduk kat situ lama- lama ..dan dia main pusing2 volume speaker tu..pelik je clown tu tengok gelagat dia..maafkanlah dia ye uncle clown..tulah anak istimewa kesayanganku ..aka dia tu autism hehehe...
hope korang semua enjoylah yaa.....

Goody bag ni yang ada nama tu ..untuk anak-anak saudara je...kat dalam ni ada makanan dan buku note FROZEN

   Homemade rainbow cake..tidur pukul 3.30 pagi sebab nak siapkan kek ni..guna whipped cream je..walaupun pada asalnya nak guna fondant..yang frustnya..ada orang ambik pulak cake topper tu walaupun dah simpan dalam rumah...sob..sob..sob...mahal aku beli tu.... :(



Yang ni coklat cake,,guna loyang no 1 yang beli 6 tahun lepas ..guna sekali je masa birthday Alya..  


       Untuk  Candy bar...aku sediakan olaf marsmallow..hampir tak sempat siap..hehehe..tapi akhirnya dapat juga siapkan mata olaf tu...pas tu ada Kristoff ice  blocks, Elsa's frozen heart, yang ni guna strawberry yang disalut white chocolate je.
..
                                                     
                   Lagi Idea  Frozen untuk candy bar....muffin tu disponsor oleh Ain, jiran sebelah rumah..nasib baiklah sebab cup kek yang ditempah last minute tak dapat disiapkan..:(
Melted Snow
 Ini ' melted snow ' yang paling  budak-budak suka , air ni..hari tu aku beli 3 pack, dalam satu paket ada 10 , dalam masa sehari je Alya dah habiskan satu paket tu .hehehe.. Satu paket aku masukkan dalam freezer dan satu paket lagi just sejukkan je.Sekejap je abis licin..
Untuk menu tetamu pula , soto, roti jala , nasi goreng cina , bubur kacang dan kuih apam dan samosa.Apam warna pink tu disponsor oleh jiran aku Kak Ani..mekasih kak.., Lemang pulak disponsor oleh mak mertua aku..mekasih mak..') Menu ni memang sumple je sebab malam nanti ada kenduri tahlil..barulah menu berat sikit.


Bila dah habis majlis dalam pukul 6 petang , kami bersiap-siap pula untuk majlis malam nanti.Walau apapun, thanks banyak-banyak buat kawan-kawan , jiran-jiran dan adik beradik yang sudi datang memeriahkan majlis kali ni..insyaallah kalau panjang umur jumpa lagi..:)

TQ to my hubby sebab tolong kemas smua lepas majlis....:)

20 comments:

  1. Meriahnya birthday alya.. Mesti kids semua sangat happy..banyak item n ada clown ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah norh...bolehlah..hehehe

    ReplyDelete
  3. Untung anak-anak Wa ada ibu yang kreatif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah Mie, tapi sebenarnya lebih pada nak berjimat, tu yang buat sendiri tu

      Delete
  4. salam wa... wahh meriah giler.. dah besar dah alya. teringat dedolu wa selalu share gambar jenjalan, alya kecik lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..tulah Siti, dah lama rasanya tak gi jalan, ada anak istimewa ni 10x fikir nak bawak dia naik flight hehehe..duk dlm kete pun x duduk diam...

      Delete
  5. WA..walaupun blog suam2 kuku masih ada setia menanti entry baru tau...siapa lagi..JM ler tu :-)

    Ehh..Alya dan Amsyar lahir pada hari yg sama thun berbeza ke?..hepy beltad besday utk mereka berdua dan semoga membesar dengan baik dan dgr cakap ibu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jm, sebenarnya, alya hunung bulan 4 , absyar awal bulan 6, buat sekali masa cuti sekolah sbb senang nak kemas lepas tu hehehe

      Delete
  6. meriahnya! bestnya! canteknya! kreatifnya akak! aaarrgghhhh!!!! terpukau! ;)

    ReplyDelete
  7. ya Allah rajinnyer mak dia.. memang puas hatikan buat sendiri.. anak akakni tak penahler dapat sentuhan dari mak dia cam gini...
    Alya bertuah punya ibu sebegini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...ala kak...buat sikit sikit...kalau tak mmg susah sbb ada budak kecik yg tengah lasak ni..:)

      Delete
  8. wow!meriahnya birthday party! Akak yg teruja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..kak, jemput datang tahun depan kak...:)

      Delete
  9. Meriah!.
    Happy birthday to your daughter.
    Cantik kek2 tu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq siss...alhamdulillah..puas hati sbb buat sendiri kek tu..

      Delete
  10. Meriah!.
    Happy birthday to your daughter.
    Cantik kek2 tu semua.

    ReplyDelete
  11. Meriahnyaaaa dan rajin. Hani ni hati nak buat tapi kudrat tak kesampaian hihi. Dulu larat juga jemput sampai beratus org tp skang mmg surrender. Nk masak nk hidang nk served nak kemas err tak sanggup nak bayangkan pinggang sakit lps majlis hihi. Salam kenal wa!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ladywa, terima kasih sudi singgah, salam kenal dr jepun☺️

    ReplyDelete
  13. Wahhh..semua ni buat sendiri?? Hebat sis...memang kreatif sgt..... sy juga tgh plan nk buat birthday party anak next dec.blogwalking tema frozen,terr singgah kat sini..bleh jd sumber idea nk deco majlis tu nanti...hehehhe..tq sis... ur kids sgt bijak.!

    ReplyDelete