Monday 9 January 2012

Day 4 - Part 2 - Day Trip To Hakone


Asalamualaikum wbt ...ok sambung lagi perjalanan ke Hakone .. 

Tiba ke di Hakoneyomato , kami terus ambil Hakone Tozan Railway ke Gora  ..
Kalau korang datang sini , sampai je stesen ni jangan lupa jalan-jalan dulu area sini . Kat sini tempatnya memang lawa , ada jambatan..dan anak sungai yang sangat jernih di bawahnya.Hari tu aku cuma sempat tengok dari dalam train je sebab nak kejar masa. Masa aku pergi tu daun-daun pokok-pokok memang dah bertukar warna ..merah , oren ..kuning...lawaaaa... tapi x sempat ambil gambar..:( ..

Bila naik Hakone Tozan Railway  ni , korang akan rasa dia berpatah balik banyak kali kat tempat sama ,  ..hah..hah..,mula-mula aku pelik gak .. tapi sebenarnya laluan dia zig zag .., best naik train ni .
 


Pemandangan kat luar memang lawa..autumn colours everywhere..... tapi bila ambil gambar dari dalam train ..gambar smua blur..sayangg sangat.... bila train stop kat stesyen , rasa macam nak keluar jap ambil gambar .tapi takut kena tinggal train pulak.. ...

Sampai je kat Gora , kena naik Hakone Tozan Cablecar ke Sounzan .Besst sangat kat stesen Gora ni ..tapi baru perasan sebab nak cepat aku snap  gambar  sikit je..:)



 stesen Gora 
Sampai je ke Gora , kat luar dah mula gelap , dalam hati aku terdetik..nampaknya memang tak sempatlah nak naik ropeway dan cruise kat Lake Ashi.
          sedihnyaaaaaaa...masa tu ada gak discuss ngan hb , nak overnight kat area situ je , so pagi besok mungkin boleh naik cruise tu kejap.. tapi masalah gak nak cari hotel dengan keadaan dah gelap dan kitorang tak pandai cakapJepun pulak ..kalau kat Tokyo oklah..ada gak boleh berbahasa Inggeris , kat area sini tak taulah... lepas discuss dan banyak kemungkinan yang negetif je..so kami terpaksa kensel plan nak tidur sana ,  Pulaknya , besoknya kami kena check out dan akan ke Disneyland ..so memang tak sempat la kalau nak overnight   kat sana. So kami naik train sampai Shounzan dan patah balik ke Shinjuku dan tranfer train pula ke Ikebukuro.

Dari Stesen Sounzan ni kami sepatutnya naik ropeway ke Togendai .
                             

 Ropeway dan Cruise yg kitorang miss:( 
Dan dari Togendai kena naik cruise pulak, barulah lengkap perjalanan kami .
Tapi,what to do..kita hanya merancang ...Tuhan yang menentukan..
       Malam tu , memang penat sebab naik train biasa pula ke Shinjuku. Letihhhhh sangat-sangat sebab perjalanan ambil masa yang lama.Honestly..aku memang menyesal sebab tak booking hotel dan tido sana ,walaupun dalam plan asalnya memang nak tido sana..:( . So malam tu memang pening-pening lalat sebab seharian turun naik train je..bak kata hb..rasa nak muntah dah asyik turun naik train je..hahahaha....lagipun si kecik dua orang ni memang lasak ...Alya asyik berlari-lari je dalam train, si Amyar pulak tengah seronok memanjat..last-last dah tak larat ..kami biarkan je...Perjalanan hari ni memang menyeronokan .Walaupun penat tapi aku  happy sangat-sangat  sebab dapat lihat pemandangan yang amat menakjubkan. Indahnya dunia ciptaan Ilahi ni ..dan dapat juga melihat Mount Fuji walaupun sekejap je. Insyaallah suatu hari nanti aku akan datang balik ke sini dan time tu tak mungkin lagi sampai sekerat jalan je..hahaha....

PANDUAN KE HAKONE 

A ~ Macam aku dari Ikebukuro ,ambil Yamanote Line , dan  kena transfer train di Shinjuku Station

B ~ Dari Shinjuku Station ke Hakone Yamato

1-  boleh naik train biasa , train ni akan berhenti di Odawara Station ( 90 minit )dan dari Odawara kene naik Hakone Tozan Line .( 15 min )
                                                               Hakone Tozan Line 


     atau
2. Romancecar ( harga tiket mahal – 2020yen tanpa Hakone freepass , dengan hakone freepass (5000yen harga Hakone freepass + 870 utk reserve seat Romance car ) tapi cepat sampai – terus ke- Hakone Yomato Station) ( 1 jam 25 min )
                                                            atau
 Shinkanshen
3. Shinkansen ( Keretapi laju ) 30 minit ( 3500 yen )

C ~ Dari Hakone Yomato Station

1. Hakone Tozan Train ke Gora- ( 40 minit )
- Train ni sebelah je dengan platform dimana Romance Car berhenti. Yang menarik kat sini..
---------- Hakone Open Air Museum 
Stop di Chokoku No Mori Stesen , pas tu jalan kaki untuk ke sini
Tiket – 1600yen ( tanpa Hakone Freepass ) , 1400yen dengan Hakone freepass
atau
2. Hakone Tozan Bus- tapi laluan bus ni lain, boleh tengok kat bawah ni ..


D ~ Dari Gora ke Souzan
1. Hakone Toza Cablecar.

E ~ Dari Sounzan ke Togendai


1.Hakone Ropeway
Yang menarik di sini,
-----------------------------Owakudani
Owakudani ni merupakan kawasan kawah gunung berapi yang terhasil semasa letusan terakhir Gunung Hakone kira-kira 3000 tahun lalu.Kat sini boleh beli telur yang dimasak mengunakan airpanas semulajadi dan dikatakan dapat memanjangkan jangkahayat manusia sehingga 7 tahun . Wallahualam..


F ~ Dari Togendai ke Hakone-Machi

1. Hakone Sightseeing Boat 

ada banyak lagi tempat lain yang menarik kat area sini..korang bacalah sendiri kat sini ek..:)
http://www.japan-guide.com/e/e5200.html

7 comments:

  1. Patutnya Wa teruskan perjalanan ke Togendai dg cable car tu, sbb dari sana ada perkhidmatan bas terus ke Hakone. Tak payah ulang naik k'api yg zigzag tu lagi.

    Saya pun tak sempat naik cruise tu... :)

    ReplyDelete
  2. wah dah sampai hakone. kami spatutnya nk ke gotenba/hakone/Izu new year haritu, tp hotel fully booked terus x jd. maybe next time. boleh tengok info dr Wa kat sini. tq! :D

    ReplyDelete
  3. Mie, masa nak gi tu study tak abis..heh..heh..padan muka...

    honestly , masa tu tak tau laluan bas tu..

    ReplyDelete
  4. kak Asmara ... mmg frust tak tido sana... tapi nanti akan datang lagi, insyaalah

    ReplyDelete
  5. salam wa.. bagusnya jalan2 sendiri.. tak guna pakej pun.. sugoi.. permandangan jepun memang cantik..

    ReplyDelete
  6. mengidam nak pegi jepun... salam kenal. baru jumpa blog ni :)

    ReplyDelete
  7. Wah..disneyland Tokyo besar betol... x mcm HK, kecik aja...

    ReplyDelete